Monday 3 December 2012

Sujud Pada Syaikh/Tok Guru/'Mursyid

[ Sujud Pada Syaikh/Tok Guru/'Mursyid' ]

Berkata Al Imam Al-Qurthubi rahimahullah:

"Sujud yang dilarang ini telah dijadikan oleh orang-orang sufi bodoh sebagai adat dalam sama' mereka, dan pada saat mereka masuk kepada syaikh-syaikh mereka, juga pada saat meminta maaf kepada mereka. Salah seorang dari mereka, jika sedang dalam keadaan tertentu menurutnya, maka dia bersujud di telapak kaki kerana kebodohannya, baik untuk menciumnya atau lainnya kerana kebodohannya. Usaha yang sia-sia dan amal perbuatan yang tidak berguna."

[Tafsir al-Qurthubi, 1/294]

Ibnul Qayyim rahimahullah menjelaskan perkara ini, kata beliau:

"Di antara bentuk syirik adalah sujudnya murid kepada syaikh, ia merupakan syirik dari orang yang bersujud dan orang yang disujudi. Yang aneh mereka berkata, 'Ini bukan sujud, ia hanya meletakkan kepada di kaki syaikh sebagai penghormatan dan sikap tawadhu kepadanya.' Kepada mereka dikatakan, 'Walaupun kaliah menamakan apa saja, akan tetapi hakikat sujud adalah meletakkan kepala kepada orang lain. Begitu pula sujud kepada berhala, matahari, bintang, batu, semua adalah meletakkan kepala di depannya."

[Madarij as-Salikin, 1/344-345. Lihat pula al-Jawab al-Kafi, Ibnul Qayyim, hal. 178, dan Tajrid at-Tauhid al-Maqrizi, hal.21]
 
 

No comments: