Sunday 2 December 2012

Kuburan dan Amalan Syirik

[ Kuburan dan Amalan Syirik ]

Ada hikmahnya kenapa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melarang umat meninggikan binaan di atas kuburun, melarang membina kubah ada apa-apa sahaja yang menjadikan kuburan itu nampak megah dan cantik. Hari ini kita saksikan, pantang sahaja melihat makam yang besar, cantik dan berkubah/berbumbung lalu datanglah para orang-orang jahil ke kubur berkenaan lalu disembah, diminta no.ekor, dipohon pula pelbagai hajat kononnya makam itu karamah dan doanya makbul kiranya berdoa di situ. Hal ini adalah satu kesyirikan yang nyata.

Al Imam Ibnu Qayyim rahimahullah, ketika menjelaskan perkara ini kata beliau:

"Di antara bentuk syirik akhbar adalah meminta hajat kepada orang mati, beristighatsah kepada mereka, dan bertawajjuh kepada mereka, ini adalah asal syirik pada makhluk Allah, kerana amal mayit telah terputus, dia tidak memiliki manfaat dan mudharat untuk dirinya lebih-lebih untuk orang yang beristighatsah dengannya, meminta ditunaikan hajat kepadanya atau memintanya agar memberi syafa'at kepadanya di sisi Allah pada hajat tersebut, dan ini kerana kebodohan terhadap pemberi syafa'at dan yang diberi syafa'at di sisiNya."

[Madarij as-Salikin, 1/346]
 
 

No comments: