Friday 28 December 2012

[ Sikap Melampaui Batas ]

[ Sikap Melampaui Batas ]

Saya pernah berjumpa dengan seorang pengamal tarekat, dan dia memaklumkan bahawa antara amalan mereka ialah tidak memakan daging. Kerana beranggapan bahawa itu akan menjejaskan ibadah mereka. Saya melihat amalan ini bertentangan dengan petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan beralasan mahu lebih menumpukan ibadah serta mahu mengurangkan nafsu syahwat. Makan daging dianggap boleh menaikkan nafsu syahwat mereka.

...........................

Dalam ash-Shahiihain dari 'Aisyah bahawa sejumlah orang dari Sahabat Rasulullah bertanya kepada para isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang amalannya pada waktu tidak terlihat oleh sahabat. Sebahagian dari mereka mengatakan, "Aku tidak akan makan daging." Sebahagian yang lain mengatakan, "Aku tidak akan berkahwin dengan wanita". Sebahagian yang lainnya lagi mengatakan, "Aku tidak akan tidur di tempat tidur." Hal itu terdengar oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka baginda bersabda:

"Mengapa mereka mengatakan demikian dan demikian? Tetapi aku berpuasa dan berbuka, tidur dan bangun (untuk shalat malam), makan daging, dan menikahi wanita. Barangsiapa yang benci terhadap sunnahku, maka ia bukan termasuk golonganku."

[Fathul Baari (XI/5) dan Muslim (II/1020). [Al-Bukhari (no.5063) dan Muslim (no.1401). Lafazh hadith ini diriwayatkan dari Anas r.a. Adapun riwayat 'Aisyah, lafazhnya berbeza sedikit dari riwayat yang menulis sebutan di atas. Riwayat 'Aisyah ini ada dalam Shahiihul Bukhari (no.7301) dan Muslim (no.2356).]

- Lihat; Shahih Tafsir Ibnu Katsir (Tafsir Surah Al-Maidah, ayat 87-88) m/s 201-202, Jilid 3, Terbitan Pustaka Ibnu Katsir.

No comments: