Friday 28 December 2012

Roh & Mati

Roh & Mati

Bismillah. kita baru sahaja mengalami mati kecil iaitu tidur, mati kecil ini setiap hari kita akan alami sementara menunggu mati yg besar iaitu diwaktu roh keluar dari badan kita dan tidak akan kembali lagi.

Perlu kita ketahui bahawa, semasa kita tidur, Roh kita boleh bertemu & saling kenal mengenali dengan Roh orang yang sudah meninggal dunia. Tetapi bila sampai waktunya (bangun dari tidur), Roh kita yang keluar semasa tidur akan Allah pulangkan kembali ke dalam jasad kita tetapi Roh mereka yang sudah meninggal dunia juga ingin kembali ke jasadnya tetapi Allah menghalangnya.

Allah berfirman, "Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu Roh dari badannya, Roh orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan roh orang yang tidak mati; dalam masa tidurnya; kemudian Dia (Allah) menahan Roh orang yang Dia tetapkan matinya dan melelaskan balik Roh yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan." Surah Az-Zumar: Ayat 42.

Abu Abdullah bin Mandah menyebutkan, dari Ibnu Abbas r.a dia berkata mengenai ayat ini; "sampai berita kepadaku bahawa Roh orang-orang yang hidup dan yang sudah meninggal dunia boleh saling bertemu ketika tidur, lalu mereka saling bertanya. Kemudia Allah menahan Roh orang yang sudah meninggal dunia dan mengembalikan Roh orang-orang masih hidup kejasadnya."

Ibnu Abu Hatim berkata di dalam tafsirya, dari As-Suda tentang firman Allah; "Dan Roh orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya" bahawa Allah memegang Roh di dalam tidurnya itu, lalu Roh orang yang hidup itu bertemu dengan Roh orang sudah meninggal dunia, lalu mereka saling mengingat dan saling mengenal. Kemudian Roh orang yang hidup kembali ke jasadnya di dunia hingga sampai ajalnya, dan Roh orang yang sudah meninggal dunia ingin kembali jasadnya, tetapi di tahan."

- Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah dlm kitabnya "Mengenal Hakikat Roh".

No comments: