Friday 7 December 2012

indah syurga

Indahnya Syurga...

Pada hari Kiamat nanti akan di datangkan orang yang hidupnya paling sengsara di dunia dari salah seorang penghuni Syurga. Kemudian, dia dicelupkan ke dalam Syurga dengan sekali celupan lalu ditanya: "Wahai anak Adam, apakah kamu pernah hidup sengsara (semasa di dunia) walau hanya sebentar? Apakah kamu pernah mengalami kesulitan (semasa di dunia) walaupun hanya sedikit?" Orang itu menjawab: "Tidak, demi Allah, wahai Rabbku". - HR Muslim.

Kerana begitu indah dan nikmatnya Syurga, orang itu pun lupa terhadap semua penderitaan yang pernah dialaminya di dunia.


Pedihnya Neraka...

Pada hari Kiamat nanti akan didatangkan orang yang paling banyak bergelumang dengan kenikmatan dunia dari salah seorang penghuni Neraka. Lalu dia dicelupkan ke dalam Neraka dengan sekali celupan kemudian ditanya: "Wahai, anak Adam, apakah kamu pernah hidup bahagia (semasa di dunia) walau hanya sebentar? Apakah kamu pernah merasakan kenikmatan hidup (semasa di dunia) walau hanya sedikit?" Orang itu menjawab: "Tidak, demi Allah, wahai Rabbku". HR Muslim.

Kerana begitu dasyat dan pedihnya siksa Neraka, orang itu pun lupa terhadap semua kenikmatan yang pernah dinikmatinya semasa di dunia.

HN Sultan Jamal, Kuala Lumpur.
 
 

No comments: