Saturday 11 January 2014

Siapa salafi wahabi?

TAUHID 3: AKIDAH ORANG 'WAHABI' ?


Bolehkah jelaskan akidah golongan yang digelar Salafi Wahabi?

Jawapan:

Golongan yang berpegang kepada manhaj Salaf yang kini digelar oleh para musuhnya sebagai Salafi Wahabi memiliki keyakinan bahawa:

1- Allah adalah satu-satunya Tuhan yang mencipta dan mengatur alam semesta. Inilah yang disebut sebagai Tauhid Al-Rububiyyah.

2- Allah adalah satu-satunya Tuhan yang layak disembah. Dia tidak boleh disekutukan dengan sesiapa dalam beribadah kepada-Nya. Inilah yang disebut Tauhid Al-Uluhiyyah.

3- Semua nama dan sifat-Nya adalah sempurna, jauh dari kekurangan dan kelemahan. Dia Maha Suci daripada diserupakan ataupun disetarakan dengan makhluk. Inilah yang disebut Tauhid Al-Asma' wa As-Sifat.


Para penentang Salafi Wahabi amat marah kepada pembahagian tauhid kepada 3 ini kerana poin ke-2 di atas benar-benar menelanjangkan akidah dan amalan syirik mereka yang meminta doa dan pertolongan daripada makhluk seperti orang mati dan juga menjadikan kuburan mereka sebagai tempat beribadah.

Padahal semua ini amat ditentang oleh Rasulullah dan para sahabatnya.

No comments: