[ KENALI RABBMU(TUHANMU) MELALUI KALAMNYA DAN SABDA RASULNYA S.A.W SERTA PARA PENGIKUTNYA ]
Firman Allah Ta`ala:
إن ربّكم الله الذي خلق السماوات والأرض في ستة أيام ثم استوى على العرش.
يدبّر الأمر ما من شفيع غلا من بعد إذنه ذالكم الله ربكم فاعبدوه أفلا
تذكّرون
Maksudnya: " Sesungguhnya Tuhanmu ialah Allah yang
menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,kemudian Dia
beristiwa`(bersemayam)di atas `Arasy
mengatur segala urusan,tiada seorang pun yang akan memberi
syafaat(pertolongan)kecuali sesudah mendapat izinNya,(Zat)yang demikian
itulah Allah,Tuhan kamu,maka sembahlah Dia.Maka apakah kamu tidak
mengambil pengajaran? [ Yunus 10:3 ]
Sabda Rasulullah s.a.w:
" لما خلق الله الخلق كتب في كتاب فهو عنده فوق العرش إن رحمتي تغلب غضبي "
" Apabila Allah telah mencipta makhluk,Dia telah menulis di Kitab dan
ianya berada disisiNya diatas `Arasy " Sesungguhnya rahmatKu mengatasi
kemurkaanKu".
[ Muttafaqun`alaihi ],sabda baginda lagi:
" ألا تأمنوني وأنا أمين من في السماء يأتيني خبر السماء مساء وصباحا "
" Apakah kamu tidak mempercayaiku? sedangkan aku ialah kepercayaan yang
berada di langit,datang kepadaku khabar langit petang dan pagi" [
Muttafaqun`alaihi ]
Kata Abu Bakr As-Siddiq r.a:
" من كان يعبد محمدا فإن محمدا قد مات ومن كان يعبد الله فإن الله في السماء حي لا يموت "
" Sesiapa yang menyembah Muhammad maka sesungguhnya Muhammad telah
mati! dan sesiapa yang menyembah Allah,sesungguhya Allah yang di langit
Maha Hidup dan tidak mati!!" [ HR Al-Bukhari dalam At-Tarikh Al-Kabir
no:623 ]
Kata `Adi bin `Umairah radiallahu`anhu ketika
mengisahkan kisah keluarnya beliau berhijrah kepada Nabi s.a.w dan
pengislamannya:
" فإذا هو ومن معه يسجدون على وجوههم ويزعمون أن إلههم في السماء فأسلمت وتبعته "
" Aku mendapati beliau(Nabi) dan orang-orang yang bersamanya sujud
menundukkan wajah-wajah mereka dan mereka berkata bahawa Tuhan mereka di
langit,lalu aku pun masuk islam dan mengikutinya" [ Al-Maghazi Yahya
bin Sa`id Al-Umawi,rujuk Ijtimak Juyush hlm 67 ] —
No comments:
Post a Comment