Manhaj Ahlus sunnah Membawa Kesatuan Ummat.
Apabila di teliti, tidak
ada di dalam Al-Qur’an juga As-Sunnah yang membenarkan nya membentuk
Pelbagai jama’ah-jama’ah dan kelompok atau Parti-Parti Politik. Al Quran
sendiri mencela Perbuatan ini sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala
berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّ
هِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
Sesungguhnya
orang-orang yang memecah belah agamanya dan mereka (terpecah) menjadi
beberapa golongan, tidak ada sedikitpun tanggung jawabnya terhadap
mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah (terserah) kepada Allah,
kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka
perbuat” [Al-An’am : 159]
Firmannya lagi :
مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ
Yaitu
orang-orang yang memecah belah agamanya mereka dan mereka menjadi
beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada
pada golongan mereka” [Ar-Rum : 32]
Dan tidak diragukan lagi
bahawa Poitik lah banyak memecah belahkan umat ,apabila terdirinya
parti-parti Politik ,Mereka menafikan apa yang diperintahkan Allah,
bahkan bertentangan tentang Perintah Utama Allah Subhanahuwata’ala
seperti di Firmankan Nya
وَإِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ
Sesungguhnya
(agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku
adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku” [Al-Mu’minun : 52]
Telah
terbukti Parti-parti Politik inilah Punca utama Umat Islam Bermusuh dan
berpecah-belah, Masing-masing akan cuba menunjuk-nunjuk kehebatan Parti
masing-masing, yg disana menuduh disini tidak Islamik, yg disini
menuduh di sana sekular , fasik dan sebagainya, adik-beradik tidak
bertegur sapa, ayah,ibu bercerai berai, ipar duai ,bermasam muka,
akibat-akibat perpecahan dan berpartai-partai ini, setiap parti dan
setiap kelompok menuduh yang lain dengan memburuk-buruk, mencela dan
menuduh fasik, dan boleh jadi akan menuduh dengan sesuatu yang lebih
besar dari itu. Oleh kerana itu maka terbukti bahawa berkelompok atau
Berparti ini adalah satu kerosakkan besar bagui umat islam.
Kebanyakan
mereka ini telah terjerat dengan Talbis Iblis, yg membisikan ke telinga
telinga mereka bahawa tidak mungkin berdakwah akan kuat dan tersebar
kecuali jika berada di bawah sebuah parti dab Mendapat Kuasa
Pemerintahan ? Inilah Kebatilan yg di bisek oleh Iblis Laknatullah ,
Yang Benar Dakwah akan semakin kuat dan tersebar jika seseorang semakin
kuat berpegang teguh kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah, dan
semakin ittiba (mengikuti) jejak-jejak Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
sallam serta para Khulafa beliau yang Rasyidun.
No comments:
Post a Comment