4 syarat beramal dengan hadis dhaif

oleh: Abu Muhammad
 
Pertama, mesti ada dalil yang sahih yang mendasari sesuatu amalan itu
Kedua, kita tidak berpegang kepada hadith yang dhaif itu (meyakni bahawa hadis itu benar-benar berasal dari Nabi)
Ketiga, hadis tersebut tidak terlalu dhaif (dhaif jiddan)
Keempat hadith itu berkenaan dengan fadhilat bukannya berkenaan pensyariatan.

Penjelasan
Saya huraikan sedikit jika ada hadith dhaif, kita lihat sama ada ianya dhaif yang berat ataupun daif khafif. Jika ianya dhaif yang berat, tidak boleh ianya perlu ditolak terus.edua adakah berkenaan dengan hukum ataupun dengan pahala.  Siapa yang solat dhuha dia akan mendapat pahala sekian-sekian contohnya. Kita gunakan itu untuk targhib, untuk mendatangkan orang supaya solat dhuha tetapi bukan untuk solat dhuha kerana solat dhuha itu perlu dalil yang kuat.
Yang ketiga mesti ada dalil lain yang sahih dan yang,
Keempat ialah tidak bergantung kepada hadith itu. Kita berpegang kepada hadith yang lain ataupun dalil yang sahih bukan kepada hadith itu.
Masalahnya sekarang kebanyakan orang yang beramal dengan hadith dhaif dalam ‘fadhail amal’ (kelebihan sesuatu amalan) kebanyakannya dalil lain yang sahih tidak ada. Hanya ada dalil itu yang berkenaan fadhilat ataupun keutamaan sesuatu amalan, dia beramal terus dengan hadith itu. Hadith lain yang sahih tidak ada. Contohnya ‘solatul roghoib adalah hadith palsu. Tidak ada hadith yang sahih tentang ‘solatul roghoib, jadi ulama menyatakan ini adalah hadith yang palsu. Ada yang masih beramalkan dengan hadith itu tetapi masalahnya tiada hadith yang sahih berkaitan dengan itu. Jika ada hadith yang sahih, hadith yang dhaif itu ceritakan pahalanya barulah boleh mengikut pandangan yang tadi.
Dengan itu sebenarnya apa yang mereka amalkan tidak sama apa yang disebutkan oleh Ibn Hajar. Ibn Khuzaimah menyatakan, ‘ke dalam hadith yang sahih itu sudah memadai dan cukup’. Hendak beramal dengan hadith yang sahih, sehingga kita mati masih banyak lagi hadith sahih yang tidak dapat kita amalkan, mengapa mesti mencari hadith yang dhaif? Perkara seperti ini tidak wajar dilakukan.