Friday 10 January 2014

PELAKU SYIRIK AKBAR ADALAH MUSYRIK

Antara Syarat Takfir (menghukum kafir) seorang muslim adalah: Sampai kepadanya Hujjah Syarak dan penjelasan bahawa perbuatan yang dilakukannya adalah Kufur. Namun, sampai Hujjah ini di sisi Ulama' Ahlus Sunnah wal Jamaah mempunyai perincian:

Pertama: Sampai Hujjah dalam masalah Syirik Akbar yang jelas bersangkut dengan asal makna  لا إله إلا الله (Tiada Tuhan yang berhak disembah selain ALLAH) adalah Syarat untuk dilaksanakan hukuman bukan syarat untuk dinamakan pelakunya sebagai Musyrik dan dilaksanakan padanya hukum Musyrik di dunia.

Kedua: Sampai Hujjah dalam masalah selain Syirik Akbar atau Syirik yang tersembunyi seperti ingkar nama-nama ALLAH atau sifat-sifatNya, menghalalkan perkara yang haram dengan ijma' tetapi ia bukan perkara yang zahir seperti ijma' Ulama' wajib merejam penzina muhson dan ia daripada Hudud, atau sebaliknya mengharamkan apa yang Ulama' Ijma' ianya halal namun ia bukan perkara yang zahir, dan seumpama perkara-perkara ini. Maka dalam perkara seperti ini, pelakunya tetap Muslim sehingga sampai padanya Hujjah lalu dia ingkar, ketika itu baharulah dihukum dengan Kufur.

Maka, mereka yang melakukan Syirik Akbar seperti menyeru dan berdoa kepada orang mati sama ada si mati itu wali ataupun Nabi, bernazar kepada kubur dan wali, menyembelih haiwan sebagai taqarrub untuk makhluk, dan seumpamanya yang dihukum sebagai Syirik Akbar; mereka ini adalah MUSYRIK terkeluar daripada Islam dengan semata-mata melakukan perbuatan ini walaupun mereka mengucap dua kalimah Syahadah dan bersolat.

Adapun hukuman di dunia iaitu Had Murtad dan hukuman di akhirat (kekal dalam neraka) maka ini dihentikan dahulu sehingga disampaikan padanya Hujjah dan penjelasan, jika setelah dijelaskan hujjah dan dia masih degil maka Mahkamah Syari'ah hendaklah menghukum fulan ini dengan hukuman murtad –na'uzubillah min zalik-.

Kedudukannya di akhirat juga diserahkan kepada ALLAH ta'ala jika dia mati dalam keadaan syirik sebelum sampai padanya hujjah. Pendapat yang sahih di sisi Ulama' adalah kedudukan fulan ini adalah seperti Ahli Fatrah. Adapun jika jelas dia mati dalam keadaan enggan patuh pada hujjah setelah sampai padanya hujjah maka ini adalah Ahli Neraka tanpa syak lagi dan jika melalui kuburnya kita 'berikan khabar gembira padanya dengan neraka' sebagaimana sabda Rasulullah (sallallahu 'alaihi wa sallam):

إِذَا مَرَرْتُمْ بِقُبُورِنَا وَقُبُورِكُمْ مِنْ أهْلِ الْجَاهِلِيَّةِ، فَأخْبِرُوهُمْ أنَّهُمْ فِي النَّارِ
Maksudnya: "Jika kamu melalui perkuburan kami dan perkuburan kamu daripada Ahli Jahiliyyah maka khabarkan kepada mereka bahawa mereka berada dalam neraka". [HR Ibn Hibban dalam Sahih beliau. Hadis Hasan].

Berikut dinukilkan fatwa para Ulama' Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam menjelaskan masalah ini:
Fatwa Syaikhul Islam Ibn Taimiah (rahimahullah):

وكذلك أخبر عن هود أنه قال لقومه: {اعبدوا الله ما لكم من إله غيره إن أنتم إلا مفترون} فجعلهم مفترين قبل أن يحكم بحكم يخالفونه؛ لكونهم جعلوا مع الله إلها آخر فاسم المشرك ثبت قبل الرسالة؛ فإنه يشرك بربه ويعدل به ويجعل معه آلهة أخرى ويجعل له أندادا قبل الرسول ويثبت أن هذه الأسماء مقدم عليها وكذلك اسم الجهل والجاهلية يقال: جاهلية وجاهلا قبل مجيء الرسول وأما التعذيب فلا.
Maksudnya: "dan demikian juga Dia memberitahu berkenaan Hud bahawa baginda berkata kepada kaum baginda: (Sembahlah ALLAH tiada bagi kamu sembahan (yang benar) selain Dia, kamu ini tidak lain hanyalah kaum yang mereka-reka). Maka baginda menjadikan mereka sebagai golongan yang mereka-reka (berdusta) sebelum baginda menghukum mereka dengan hukuman disebabkan mereka menyelisihi baginda; ini kerana mereka menjadikan bersama dengan ALLAH sembahan selain-Nya maka nama Musyrik sabit sebelum Risalah (pengutusan Rasul); sesungguhnya dia mensyirikkan Tuhannya dan menjadikan bersamanya sembahan selain-Nya dan menjadikan bagi-Nya sekutu sebelum datangnya Rasul dan pengisbatan nama ini didahulukan atasnya (sebelum datangnya Rasul) demikian juga nama Jahil dan Jahiliyyah dikatakan: Jahiliyyah dan Jahil sebelum datangnya Rasul adapun Azab maka tidak (tidak diazab sebelum diutusnya Rasul)". [Majmuk al-Fatawa, 20/37-38]

Kata beliau juga (rahimahullah):

كذلك من دعا غير الله وحجّ إلى غير الله؛ هو أيضا مشرك، والذي فعله كفر، لكن قد لا يكون عالما بأن هذا شرك محرّم، كما أن كثيرا من الناس دخلوا في الإسلام من التتار وغيرهم، وعندهم أصنام لهم صغار من لبد وغيره، وهم يتقرّبون إليها ويعظّمونها، ولا يعلمون أن ذلك محرّم في دين الإسلام، ويتقرّبون إلى النار أيضا، ولا يعلمون أن ذلك محرّم؛ فكثير من أنواع الشرك قد يخفى على بعض من دخل في الإسلام ولا يعلم أنه شرك، فهذا ضالّ وعمله الذي أشرك فيه باطل، لكن لا يستحقّ العقوبة حتى تقوم عليه الحجة. قال تعالى: فَلا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْداداً وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: "demikian juga sesiapa yang menyeru (memohon doa) kepada selain ALLAH dan mengerjakan haji kepada selain ALLAH; dia juga Musyrik, dan yang melakukannya menjadi kafir, tetapi boleh jadi dia tidak tahu bahawa ini syirik yang diharamkan  seperti mana kebanyakan manusia yang masuk Islam daripada kaum Tatar (Mongol) dan selain mereka, mereka mempunyai berhala kecil yang dibuat daripada bulu yang dianyam dan selainnya dan mereka bertaqarrub kepadanya dan membesarkannya namun mereka tidak tahu ianya haram di sisi Agama Islam, dan mereka bertaqarrub kepada api juga dalam keadaan mereka tidak tahu itu adalah haram. Maka kebanyakan perkara syirik tersembunyi atas sebahagian yang memeluk Islam dan tidak tahu ianya syirik. Maka orang seperti ini adalah sesat dan amalannya batil tetapi dia tidak berhak menerima hukuman sehingga tegak atasnya hujjah. Firman ALLAH (maksudnya): maka janganlah kamu jadikan bagi ALLAH itu sekutu sedangkan kamu mengetahui (bahawa ianya syirik)" [al-Baqarah: 22]". [al-Radd 'ala al-Ikhna'ie, m.s 70].

Fatwa Ulama' Dakwah (Anak-anak Imam Dakwah dan Syeikh Hamad bin Nasir –rahimahumullah-):

إذا كان يعمل بالكفر والشرك، لجهله، أو عدم من ينبهه، لا نحكم بكفره حتى تقام عليه الحجة؛ ولكن لا نحكم بأنه مسلم، بل نقول عمله هذا كفر، يبيح المال والدم، وإن كنا لا نحكم على هذا الشخص، لعدم قيام الحجة عليه؛ لا يقال: إن لم يكن كافرا، فهو مسلم، بل نقول عمله عمل الكفار، وإطلاق الحكم على هذا الشخص بعينه، متوقف على بلوغ الحجة الرسالية
Maksudnya: "Jika dia melakukan amalan kufur dan syirik kerana jahil atau kerana tiada orang yang menegurnya, kami tidak menghukum bahawa dia kafir sehingga tegak atasnya hujjah; tetapi kami tidak juga menghukum bahawa dia muslim, bahkan kami berkata: 'amalannya ini adalah kufur menghalalkan harta dan darah. Jika kami tidak menghukum atas individu ini (sebagai kafir) kerana tidak tegak hujjah atasnya; tidak dikatakan juga: "jika dia tidak kafir maka dia muslim", bahkan kami berkata amalannya amalan orang-orang kafir dan meletakkan hukum atas individu ini secara zatnya terhenti atas sampainya hujjah risaliah". [al-Durar as-Saniyyah, 10/136]

Difahami daripada kalam Ulama' Dakwah ini, mereka yang melakukan Syirik kerana jahil dan belum sampai kepada mereka dalil perbuatan mereka syirik, tidak dinamakan Muslim bahkan amalan mereka amalan kuffar dan musyrikin namun menghukum Kafir dengan makna hukuman dunia yang melazimkan had al-riddah (dibunuh) dan menghukum dia kekal di neraka jika mati atas perlakuan syiriknya maka ini terhenti atas sampainya hujjah risaliah (Al-Quran dan as-Sunnah).

Kata Syeikh Husein bin Muhammad bin Abdul Wahhab dan Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Abdul Wahhab (rahimahumullah):

من مات من أهل الشرك، قبل بلوغ هذه الدعوة، فالذي يحكم عليه: أنه إذا كان معروفا بفعل الشرك، ويدين به، ومات على ذلك، فهذا ظاهره أنه مات على الكفر، ولا يدعى له، ولا يضحى له، ولا يتصدق عنه؛ وأما حقيقة أمره، فإلى الله تعالى، فإن كان قد قامت عليه الحجة في حياته وعاند، فهذا كافر في الظاهر والباطن، وإن كان لم تقم عليه الحجة فأمره إلى الله تعالى.
Maksudnya: "Barangsiapa yang mati daripada Ahli Syirik sebelum sampai kepadanya dakwah ini (yakni: dakwah Tauhid) maka yang dihukum atasnya: bahawa jika dia dikenali dengan perbuatan syirik dan beragama dengannya dan mati atas perlakuan itu maka ini zahirnya dia mati mati atas kufur, tidak didoakan baginya, tidak disembelih korban bagi pihaknya, tidak disedekahkan bagi pihaknya; adapun hakikat keadaannya maka ini diserahkan kepada ALLAH ta'ala, jika telah tegak hujjah atasnya semasa hayatnya lalu dia enggan menerimanya maka ini kafir pada zahir dan batin, jika beluam tegak atasnya hujjah maka urusannya diserahkan pada ALLAH (yakni: kedudukannya di akhirat)". [al-Durar as-Saniyyah, 10/142].

Difahami daripada kalam dua orang Ulama' Dakwah ini bahawa mereka yang mati dalam keadaan syirik sebelum sampai hujjah adalah musyrik pada zahir halnya maka tidak didoakan keampunan untuk mereka, tidak disediakan jenazahnya seperti jenazah muslimin namun kedudukannya di akhirat maka diserahkan pada ALLAH 'azza wa jalla, kita tidak jazamkan dia sebagai Ahli Neraka berbeza dengan mereka yang telah sampai padanya hujjah.

Fatwa Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi:

كل من آمن برسالة نبينا محمد صلى الله عليه وسلم وسائر ما جاء به في الشريعة إذا سجد بعد ذلك لغير الله من ولي وصاحب قبر أو شيخ طريق يعتبر كافرا مرتدا عن الإسلام مشركا مع الله غيره في العبادة، ولو نطق بالشهادتين وقت سجوده؛ لإتيانه بما ينقض قوله من سجوده لغير الله. لكنه قد يعذر لجهله فلا تنزل به العقوبة حتى يعلم وتقام عليه الحجة ويمهل ثلاثة أيام؛ إعذارا إليه ليراجع نفسه، عسى أن يتوب، فإن أصر على سجوده لغير الله بعد البيان قتل لردته؛ لقول النبي صلى الله عليه وسلم: «من بدل دينه فاقتلوه» . أخرجه الإمام البخاري في صحيحه عن ابن عباس رضي الله عنهما، فالبيان وإقامة الحجة للإعذار إليه قبل إنزال العقوبة به، لا ليسمى كافرا بعد البيان، فإنه يسمى: كافرا بما حدث منه من سجود لغير الله أو نذره قربة أو ذبحه شاة مثلا لغير الله 
Maksudnya: "Sesiapa sahaja yang beriman dengan Risalah Nabi kita Muhammad (sallallahu 'alaihi wa sallam) dan semua yang baginda bawa dalam Syari'at jika dia sujud selepas itu (selepas beriman) kepada selain ALLAH sama ada kepada Wali, mayat dalam kubur, atau Syaikh Tariqat maka dia dianggap Kafir, Murtad daripada Islam, mensyirikkan bersama ALLAH selain-Nya dalam ibadah walaupun dia mengucap dua kalimah syahadah semasa dia sujud; ini kerana dia telah melakukan apa yang membatalkan perkataannya iaitu sujud kepada selain ALLAH. Akan tetapi, dia mungkin diberi 'uzur kerana kejahilannya, maka tidak dijatuhkan hukuman sehingga dia diajar dan ditegakkan atasnya hujjah dan diberi tempoh selama 3 hari; sebagai memberikan keuzuran kepadanya supaya dia merujuk semula dirinya, mudah-mudahan dia bertaubat, jika dia terus degil dengan perbuatannya sujud kepada selain ALLAH setelah diberikan penjelasan maka dia dihukum bunuh kerana murtad berdalilkan perkataan Nabi (sallallahu 'alaihi wa sallam): "Barangsiapa menukar agamanya maka bunuhlah dia". Hadis dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam sahih beliau daripada Ibn 'Abbas (radiallahu 'anhuma). Maka penjelasan dan penegakkan hujjah adalah untuk memberikan uzur kepadanya sebelum dikenakan hukuman atasnya bukan untuk dinamakan dia sebagai Kafir selepas penjelasan, sesungguhnya dia telah dinamakan sebagai Kafir disebabkan apa yang dia lakukan daripada sujud kepada selain ALLAH, atau nazarnya sebagai taqarrub atau dia menyembelih kambing sebagai misal untuk selain ALLAH …"
[Fatwa Lajnah Daimah lil Buhus al-'Ilmiah wal Ifta', Arab Saudi, Fatwa no. 4400, 1/334-335].

Fatwa ini ditanda tangan oleh: Ibn Baz, Syeikh Abdul Razak 'Afifi, dan Syeikh Abdullah Qu'ud (rahimahumullah).

Fatwa Syaikh Muhammad bin Soleh al-'Utsaimin (rahimahullah):

فدعاء القبر شرك، لكن لا يمكن أن نقول لشخص معين فعله: هذا مشرك؛ حتى نعرف قيام الحجة عليه، أو نقول: هذا مشرك باعتبار ظاهر حاله.
Maksudnya: "Maka menyeru (berdoa) kepada kubur adalah Syirik, tetapi tidak mungkin kita berkata kepada individu tertentu yang melakukannya: Ini adalah Musyrik; sehinggalah kita tahu telah tegak hujjah atasnya, atau kita katakan padanya: Ini adalah Musyrik berdasarkan zahir halnya". [al-Qaul al-Mufid 'ala Kitab al-Tauhid, m.s 35].

Jelas pada ucapan Syeikh Ibn Utsaimin (rahimahullah) ini, individu yang terlibat dengan syirik akbar dinamakan Musyrik berdasarkan zahir halnya sebelum tegak hujjah, adapun hukuman atasnya sebagai Musyrik zahir dan batin, ini hanya berlaku setelah dipastikan hujjah tegak atasnya.

Ini adalah cebisan kecil daripada penjelasan dan fatwa Ulama' Ahlus Sunnah wal Jamaah berkenaan masalah ini. Terdapat juga penjelasan banyak lagi berkenaan isu ini daripada kalangan Ulama' Ahlus Sunnah wal Jamaah antara mereka yang masih hidup; Syeikh Soleh Alu Syaikh dalam Syarah Kasyfu as-Syubhat, Syeikh Soleh al-Suhaimi, Syeikh Sa'ad as-Syatsri, dan Syeikh Soleh al-Fauzan (hafizahumullah) yang mana fatwa-fatwa mereka tersebar di Youtube berkenaan masalah ini.

Oleh itu, sesiapa sahaja yang diketahui dia melakukan Syirik Akbar; memohon "Madad" (pertolongan) dan Istighasah dengan orang mati sama ada Wali mahupun Nabi, menyembelih korban untuk Jin atau Wali atau Nabi, melakukan Sihir dengan memuja jin dan seumpamanya daripada Syirik Akbar yang jelas dan zahir maka dia adalah Musyrik. Mereka yang telah tsabit padanya keadaan individu tertentu bahawa dia melakukan syirik akbar ini, terhalang atasnya untuk solat berimamkan individu musyrik ini, memakan sembelihannya, mengahwininya atau menikahkan wanita muslimah dengannya atau lelaki muslim dengannya jika pelakunya wanita, terhalang juga untuk dia mensolatkan jenazah pelaku syirik ini dan memohon keampunan daripada ALLAH untuknya, adapun kedudukan individu musyrik ini di akhirat maka diserahkan kepada ALLAH ta'ala.

Ditulis oleh;
Muhammad Asrie bin Sobri
B.A Dakwah & Usuluddin, Universiti Islam Madinah.
5 Muharram 1435 Hijrah, Madinah Nabawiah, Arab Saudi.

No comments: