Friday 28 December 2012

[ Kehebatan Imam Ath-Thabari Dalam Mengajar Ilmu Sejarah ]

[ Kehebatan Imam Ath-Thabari Dalam Mengajar Ilmu Sejarah ]

Ketika Ath-Thabari hendak menyerahkan ilmu sejarahnya, dia bertanya kepada murid-muridnya. "Apakah kalian sedia untuk mempelajarri sejarah dunia dari sejak penciptaan Adam hingga saat ini?" mereka bertanya, "Berapa banyakkah kira-kira yang harus kami pelajari?" Lalu Ath-Thabari menyebutkan jumlah lembaran yang hampir sama dengan jumlah lembaran tafsirnya (yakni sekitar 30,000 lembar), lalu murid-muridnya berkata, "Sepertinya umur kami sudah habis sebelum menyelesaikannya." Kemudian Ath-Thabari mengatakan, "Inna lillah (ucapan tanda bersimpati atas jawapan mereka), ke mana semangat kalian!" lalu Ath-Thabari meringkas ilmu sejarah itu hingga lembarnya berjumlah hampir sama dengan jumlah lembaran tafsirnya (yakni sekitar 3000 lembar sahaja).

[Lihat. Tadzkirah al Huffazh (2/712). Lihat; Shahih Tarikh Ath-Thabari jilid 1 m/s 111-112, Tahqiq, Takhrij dan Ta'liq oleh Muhammad bin Thahir Al Barzanji.]

No comments: