Friday 23 November 2012

Menyembunyikan kecacatan barang yang dijual adalah dilarang.

Menyembunyikan kecacatan barang yang dijual adalah dilarang. Penjual tidak boleh menyembunyikan kelemahan yang ada pada sesuatu barang yang ingin dijualnya jika dia mengetahui akan hal tersebut. Di antara hadith yg menunjukkan hal ini:

1.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا، فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ: «مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ؟» قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللهِ، قَالَ: «أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ، مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي»


Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah melalui setompok makanan lalu beliau memasukkan tangannya ke dalamnya. Tangan beliau lalu menyentuh sesuatu yang basah. Maka Baginda saw bertanya: "Apakah ini wahai pemilik makanan?" Pemiliknya menjawab, "Makanan tersebut terkena air hujan wahai Rasulullah." Beliau bersabda: "Mengapa kamu tidak meletakkannya di bahagian atas makanan agar manusia dapat melihatnya. Barang siapa menipu maka dia bukan dari golongan kami." (Muslim)


2.

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: «الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ، وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ بَاعَ مِنْ أَخِيهِ بَيْعًا فِيهِ عَيْبٌ إِلَّا بَيَّنَهُ لَهُ»
(صحيح انظر حديث رقم: 6705 في صحيح الجامع

“Seorang muslim itu saudara bagi muslim yang lain maka janganlah seorang muslim menjual sesuatu kepada saudaranya sedangkan ada cacat padanya melainkan ia menjelaskannya. ” (Ibnu Majah)

No comments: