Saturday 24 November 2012

Al Qur'aan dan As Sunnah tidak pernah memberi julukan kitab suci kepada Al Qur'aan.

Orang-orang Kristian memanggil kitab rujukan mereka iaitu Bible sebagai Al Kitaab Al Muqaddas iaitu kitab suci.

Al Qur'aan dan As Sunnah tidak pernah memberi julukan kitab suci kepada Al Qur'aan. Hanya pengarang-pengarang moden Islam semenjak 100-200 tahun yang lepas yang mempopularkan istilah ini lantaran terpengaruh dengan gaya terjemahan Bible. Di dalam Al Qur'an maka anda akan mendapati perkataan yang mengiringi Al Qur'an seperti Al Karim, Al 'Azhim, Al Hakim, Majid dan selainnya. Al Qur'an juga dikenali sebagai Al Kitaab, Al Furqaan dan puluhan nama lain yang berasal dari Al Qur'an dan As Sunnah. Menisbahkan sifat suci kepada Al Qur'an adalah tidak salah menurut Ulama namun ini bukan gelaran yg diberi kepada Al Qur'aan dan bukan suatu sifat utama yang dinisbahkan kepada Al Qur'aan. Menggunakan istilah yang Islamiyy dalam menyifatkan perkara-perkara keagamaan adalah paling utama. Allah dan Rasulnya lebih tahu tentang bagaimana menyifatkan Al Qur'aan dan pedoman keduanya lebih utama untuk diikuti dari pedoman kaum sesat dan dimurkai Allah, Kristian dan Yahudi. Jika beginilah halnya dengan kitab yang begitu mulia ini maka apatah lagi dengan perkara-perkara lain.
0leh: imran ahmad

No comments: