Friday 30 November 2012

hadith jiran itu dhoif (lemah)

Hadith dhoif:

"Hak tetangga itu sampai empat puluh rumah, ke arah kanan, kiri, depan dan belakang."

Diriwayatkan oleh Abu Ya'la dalam Musnad (10/385/5982) beliau, Ibnu Hibban dalam adh-Dhu'afa' (2/150), dari Muhammad bin Jami' al-Athor, '' Telah menceritakan kepada kami Muhammad Bin Utsman , telah menceritakan kepada kami Abdus Salam bin Abul Janub , dari Abu Salamah, dari Abu Hurairoh secara ma

rfu''.''

Sisi cacat hadith ini ada tiga:

1) Pada sanadnya ada seseorang yang bernama Abdus Salam bin Abul Janub. Ibnu Hibban berkata, '' Hadithnya mungkar.''Abu Hatim berkata,'' Hadithnya matruk (ditinggalkan).''

2) Pada sanadnya terdapat Muhammad bin Jami' al-Aththor. Imam al-haitsami berkata,"Dia itu lemah".

3) Pada sanadnya juga ada Muhammad bin Utsman al-Makki, dan dia itu seorang yang lemah.

Oleh kerana itu imam al-'iroqi berkata dalam Takhrij Ihya' (2/189),'' Hadith ini lemah."
 
 

No comments: