Friday 23 November 2012

masalah imam solat rawatib

Kalau masjid tu ada imam rawatib, adakah wajib utk kita tunggu imam rawatib tu dulu baru boleh solat berjemaah? Kalau ya, apakah dalil nya?
 sunnah menunggu imam rawatib berdalilkan para sahabat menunggu Nabi untuk solat w/pun ketika Nabi sedang uzur.. w/a..

hukum ini berbalik kepada hukum solat jemaah ke-2 di dalam 1 masjid.. ulamak berkhilaf tentang hal ini.. Jumhur melarang jemaah ke-2.. Oleh itu, afdhal tunggu imam la..
 Sheikh Ibn Utsaimin ketika beliau ditanya, bagaimana hukum mengerjakan jemaah kedua pada masjid yang terdapat imam rawatib? Beliau menjawab : Mengerjakan jemaah kedua pada masjid yang memiliki imam rawatib (tetap), jika dilakukan terus-menerus, maka ini menjadi satu kebidaahan. Namun, bila itu hanya kadang-kadang (dilakukan), misalnya oleh sekelompok orang yang datang ke masjid dan mendapatkan orang lain yang telah selesai shalat. Di sini mereka dibolehkan dan tidak mengapa mengerjakan solat berjemaah (kedua). Adapun pendapat yang menyatakan, hal ini sebagai satu kebidaahan (haram), maka pendapat ini lemah, kerana dahulu Rasulullah SAW duduk bersama para sahabatnya, lalu masuk seseorang yang belum solat. Rasulullah bersabda:

أَلَا رَجُلٌ يَتَصَدَّقُ عَلَى هَذَا فَيُصَلِّيَ مَعَهُ فَقَامَ رَجُلٌ فَصَلَّى مَعَهُ

Adakah orang yang mahu bersedekah kepada orang ini, lalu solat bersamanya? Lalu ada seseorang yang bangkit dan solat bersamanya.

No comments: