Friday 23 November 2012

Definisi negara Islam


DEFINASI NEGARA ISLAM

            Sebuah Negara islam, walaupun bermasyarakat plural (majmuk) dan mempunyai kepelbagaian agama dan budaya, namun apabila majority rakyatnya beragaman islam, dipimpin oleh penguasa yang beragaman islam keselamatan, kekuatan dan pertahanannya masih dikuasai oleh pemimpin islam, pemimpinnya masih mendirikan solat, laungan suara azan masih terus berkumandang dan penguasa masih terus menguasai urusan kaum uslimin, maka ia dinamakan Negara islam. Petanda Negara islam yang dijelaskan oleh imam Nawani dan imam Ahmad yang disebut di atas, dalilnya diambil dari beberapa buah hadis sahih, antaranya sabda Rasullullah sallallahu’alaihi wa-sallam:

Maksudnya:
            “Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya, maka sesiapa yang mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah berlepas diri dan sesiapa yang membenci kejahatanya dia telah selamat, akan tetapi ornag yang meredhai kejahatannya akan mengikut kejahatannya. Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasullulah!)? Baginda menjawap: Jangan! Selagi mereka masih mendirikan solat di kalangan kamu”. (Hadis Riwayat Muslim 6/23.).

            Dengan penjelasan hadis ini, menurut perspektif ulama Salaf as-Soleh dan ahli hadis, suatu Negara dinamakan Negara islam apbila tanda besar iaitu azan dikumandangkan dan solat ditegakkan. (Al-Manhaj as-salafi inda Nasruddin al-Albani. Halaman 215. Amru Abdul Mun’im Salim). Tanda seterusnya ialah larangan oleh Rasullullah sallallahu’alaihi wa-sallam memeranginya dengan pedang (haram Menjatuhkannya).

            Dalam konteks ini, Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wa-sallam menyeru agar bersabar terhadap pemimpin dan penguasa selagi mereka bersolat, kerana ia adalah makna keislaman yang pertama sekalipun tidak berhukum dengan hukum islam, kerana petanda dan bukti utama seseorang itu pemimpin islam adalah solatnya sebagaimana sabda baginda:


Maksudnya:
            “ Dari Abi Umamamah al-Bahili, dari Rasullullah sallallahu’alaihi wa-sallam baginda bersabda: ikatan-ikatan islam akan terlepas satu demi satu. Apabila lepas satu ikatan akan diikuti oleh ikantan berikutnya. Ikatan islam yang pertama kali lepas adalah hukum dan yang terakhir adalah solat”. (Hadis Riwayat Ahmad. 5/251)

oleh: Zaidie assalafy

No comments: