Sunday 4 August 2013

Fakta menerusi wahyu tidak dapat dipisahkan. Antara sebab ramainya penganut Bibble kurang percaya kepada ajaran mereka adalah kerana sumber mereka meragukan dan TIDAK TEPAT. Percanggahan ilmu kepada kebenaran juga menyebabkan mereka lari daripada agama mereka. Lihat sejarah, Gallilio Galilli telah dihukum bunuh kerena menolak pemikiran Yunani Plotemy yang beranggapan bahawa bumi adalah pusat alam melalui akal mereka.

Institusi gereja berpakat membunuh mereka yang cuba menyatakan kebenaran. Berpuluh ribu dibunuh dan dipenjara. Bagi Institusi gereka, mereka mengatakan bahawa ilmu itu kegelapan dan kejahilan itu kebenaran. Ahli sains seperti Roger Bacon dan Francis Bacon juga menolak Falsafah Yunani yang cuba menyembunyikan kebenaran. Rentetan daripada peristiwa itu, lahirlah Mazhab Proteston yang cuba memprotes segala kebatilan Gereja Katolik yang mana gereja Katolik ini bersikap ditaktor. Paderi mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan.

Umumnya, rata-rata yang dibunuh kerana mereka mengenal kebenaran setelah mereka pulang daripada institusi pengajian Islam di Turki. Di situlah mereka mengenal Islam, di sanalah mereka boleh fasih berbahasa arab. Oleh kerana gereja 'takut' pekung mereka terbongkar, lalu mereka bertindak keras membunuh mereka yang belajar di Universiti tersebut. Anehnya, sejarah seperti ini tetap akan berlaku dalam kalangan umat Islam.

Bagi mereka, ilmu itu tidak perlu dipelajari, cukuplah sekadar apa yang ada. Apabila mengenal kebenaran, maka dilabel pula dengan pelbagai gelaran. Malah, berkemungkinan dipulaukan. Nyata, yang hak tetap akan diperangi walau seinci manapun ianya mahu disebarkan. Kejahilan adalah matlamat utama untuk menyesatkan manusia lari daripada kebenaran.


-ustaz izwan

No comments: