Sunday 4 August 2013

Antara golongan kumpulan yang dikecualikan berpuasa dan tidak perlu menggantinya adalah golongan seperti berikut:

1) Lelaki tua yang tidak mampu berpuasa
2) Wanita tua yang tidak mampu berpuasa
3) Orang sakit yang tidak boleh sembuh
4) Wanita yang hamil
5) Wanita yang menyusukan anak

Namun, mereka perlu membayar fidyah dengan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 184:

"Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin."

*Perbincangan ini merupakan ruang yang menerima ijtihad ulama. Ada ulama yang menyatakan kategori yang sedikit berbeza. Berlapang dada itu perlu.

No comments: