Sunday 4 August 2013

[ AL-QU'RAN ADALAH PENJELAS BAGI SIFAT-SIFAT ALLAH ]

Perlu renungi firman-firman Allah Subhanahu wa Ta’ala apa yang Allah menyifatkan Al-Qu’ran:

- Al Furqaan (Pembeza antara Hak dan Bathil). Allah subhanahu wa ta’ala.

- Al Burhaan (Bukti) dan Nuur (Cahaya). 

- AlHuda, Syifa, Rahmah dan Mau’idzhah (Petunjuk). Penawar, Rahmat dan Peringatan.

-Mubiin (Jelas dan Nyata).

-Mufasshal (yang Diperincikan)

- Bayaan dan Tibyaan (Penjelasan dan Perincian)

Nama-nama dan sifat-sifat Al-Qu’ran Ini menunjukkan kita bahwa ia berada dalam kedudukan yang tertinggi dalam penerangan dan penjelasan, maka sudah tentu menolak kesamaran dan kekeliruan dan kejahilan terhadapnya dengan tiada pengecualian, barangsiapa yang mendakwa melalui AL-Quran tiada jalan kefahaman kepadanya maka telah mencela Al-Qu’ran dan telah menyangsikan maksud-maksudnya dan kecukupannya meleraikan masalah umat yang memerlukannya terlebih lagi dalam bab yang sangat agung iaitu Ketauhidan. 

1) Bagaimana boleh menjadi Furqan (Pembeza kepada kebenaran dan kebatilan) sekiranya tidak dapat membezakan ilmu dan Kejahilan serta Hak dan Bathil.

2) Bagaimana boleh jadi Burhan (Bukti apa yang tidak boleh dibolehkan) diambil sebagai hujah? (Dakwaan mengambil Zahir Al-Quran menyesatkan)

3) Bagaimana menjadi Cahaya sekiranya pembacanya terlungkup dalam kegelapan kejahilan?

4) Bagaimana menjadi petunjuk, penawar, rahmat dan peringatan sekiranya pembacanya tidak dapat apa-apa bahagian daripadanya melainkan lafaz-lafaz yang kosong daripada pertunjuk?

5) Bagaimana boleh menjadi jelas penjelas dan penerang sekiranya mereka yang mentafwidh tidak mewarisi melainkan makna-makna yang mujmal yang umum atau mtulak tanpa penjelasan kepada Nama-Nama dan sifat-sifat Allah subhanhu wa ta’ala yang tidak difahami maknaNya?

Para sahabat-sahabat daripada kalangan muhajirin dan Ansar, mereka lebih memahami nash-nash daripada mereka yang selepas mereka, sebab itu mereka tidak melebihi belajar 10 ayat sehingga mereka mengetahui makna-maknanya dan beramal dengannya. Sebagaimana dalam atsar Ibnu Mas’ud radhiAllahu dan juga atsar Masruuq yang menunjukkan sahabat adalah golongan yang lebih memahami lafaz-lafaz Al-Quran daripada mereka yang datang selepas mereka.

Firman ALLAH,

وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءتْ مَصِيراً

“Dan sesiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin (jalan para sahabat nabi), Kami biarkan dia hanyut dalam kesesatan yang telah dilakukannya dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam, dan Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” [Surah an-Nisaa’, 4: 115]

Yang dibawa oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah sebuah agama yang suci bersih lagi murni, iaitu Islam, bukan agama akal-akalan:

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإسْلامُ

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam…” [Surah Ali Imran, 3: 19]

Dan agama ini telah pun sempurna sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam surah al-Ma’idah pada ayat yang ketiga. Tiada Ilmu Kalam dizaman Nabi dan para sahabat.

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (٣)إِنْ هُوَ إِلا وَحْيٌ يُوحَى (٤)عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَى

"dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat". [Surah an-Najm, 53: 3-5]

No comments: