Saturday 11 January 2014

ULAMAK BUKAN DALIL ASAS DALAM AGAMA !!

Sering kali terjadi perbahasan dengan penggemar bid'ah dan syirik, apabila kita meminta mereka membawakan dalil al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih, mereka enggan melakukannya. Sebaliknya menyenaraikan pula nama-nama dan kitab-kitab ulamak yang mendukung amalan dan keyakinan bid'ah dan syirik mereka.

Tidakkah mereka fikir bahawa kita juga memiliki ulamak yang pendapatnya menjadi rujukan kita? Apakah hanya mereka sahaja yang memiliki ulamak tempat dirujuk di dunia ini ?

Sebab itulah sering kita tegaskan bahawa adab berselisih sesama muslim adalah dengan kembali kepada al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih, bukan kepada ulamak lalu meninggalkan al-Qur'an dan al-Sunnah. Jika sudah dibawakan dalil, barulah disusuli dengan keterangan para ulamak.

Mana-mana pandangan ulamak yang memiliki dalil yang sahih harus digenggam kuat. Sebaliknya mana-mana pandangan yang tidak memiliki sebarang dalil, atau dalilnya ternyata lemah (hadis lemah atau palsu), maka harus meninggalkannya.

Mereka asyik berkata: "Tapi takkanlah ulamak kami tidak faham dalil?". Maka kami juga menjawab: "Demikian juga, takkanlah ulamak kami pun tidak faham dalil sehingga menentang hujah kalian dengan dalil juga?"

Kalau seperti inilah gayanya dalam menguruskan perselisihan, sampai bila nak selesai masalah?

Sampai bila umat Islam nak menyahut seruan Allah agar menyelesaikan perselisihan dengan kembali SEPENUHNYA kepada al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih?

No comments: