Saturday 11 January 2014

PELAKU BID'AH: PUNCA PERPECAHAN UMAT ISLAM

Oleh: Mohd Hairi Nonchi @ Cikgu Arie

Perselisihan atau perbezaan pandangan adalah lumrah bagi manusia. Malah al-Qur'an [Surah al-Hud, ayat 118-119] menjelaskan manusia diciptakan dalam keadaan sentiasa berselisih. Demikian juga al-Hadis Rasulullah yang menggambarkan akan keadaan perpecahan yang melanda umat Islam selepas kewafatan baginda [Sunan Abu Daud, no: 4607].

Justeru menafikan perselisihan bererti menafikan ayat al-Qur'an dan al-Hadis yang menetapkan perselisihan di kalangan manusia.

KENAPA BERSELISIH?

Perselisihan yang terjadi di kalangan manusia, khususnya sesama umat Islam, adalah tidak lain merupakan ujian Allah ke atas para hamba-Nya. Melalui perselisihan ini Allah menguji:

1- Siapakah yang sudi untuk mengembalikan perselisihan itu kepada al-Qur'an dan al-Sunnah Rasul-Nya [Surah al-Nisa, ayat 59]

2- Siapakah yang akur untuk mengembalikan kefahaman terhadap kedua-dua sumber hukum itu kepada kefahaman para sahabat Nabi, khususnya para khulafa' al-Rasyidin yang mendapat petunjuk [Sunan Abu Daud, no: 4607]

Justeru itu siapa sahaja yang berselisih namun tetap berdegil untuk tidak mahu kembali kepada al-Qur'an dan al-Sunnah Rasulullah sebagaimana yang difahami dan diamalkan oleh para sahabat, bermakna dialah pemecah belah kepada persatuan umat Islam, sekaligus layak untuk dipersalahkan.

Malah jika dia menghalangi orang lain untuk kembali kepada solusi di atas bermakna dia ialah orang yang benar-benar munafik sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah menerusi ayat-Nya yang mulia, surah al-Nisa, ayat 61.

CABARAN KEPADA PELAKU BID'AH

1- Kepada para pentakwil nas al-Sifat Allah, datangkan satu sahaja dalil al-Qur'an, al-Sunnah dan atsar para khulafa' Al-Rasyidin bahawa mereka mentakwilkan nas-nas al-Sifat Allah, khususnya istiwa' kepada istaula'?

2- Kepada para penggemar bid'ah kenduri arwah dan maulid, datangkan satu sahaja dalil Nabi dan para Sahabat Nabi mengadakan kenduri arwah dan maulid Nabi?

Jika tidak ada, bererti kalianlah punca kepada perpecahan umat Islam kerana enggan mengembalikan perselisihan kepada al-Qur'an dan al-Sunnah sesuai dengan kefahaman para khulafa' al-Rasyidin.

No comments: