Friday 10 January 2014

Lidah itu tidak perlu diheret ke neraka...



Manusia dikurniakan lidah untuk manfaat tertentu antaranya untuk merasa dan menyebut. Tanpanya, manusia mungkin menjadi bisu. Lidah, pada fizikalnya nampak lembut dan cantik. Namun, ianya mampu menjadi "pedang" dengan sekelip masa sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak.

Pedang yang tajam mampu membunuh musuh dengan sekelip mata. Tidak jauh bezanya dengan lidah, dengan hanya satu perkataan, mampu 'melemahkan' hati manusia tanpa menyentuhnya. Begitulah hebatnya lidah. Jadi, sewajarnya manusia itu mengawal lidah mereka agar tidak berlaku mudarat yang lebih besar. Kita tidak boleh menafikan, dengan lidah sahaja, manusia mampu bermusuhan dan memutuskan silaturahim, dengan lidah juga, manusia boleh bertikam lidah dan saling berbunuhan. Berapa ramai di luar sana yang nyawanya melayang kerana lidah? berapa ramai di luar sana yang memutuskan silaturahim kerana lidah?

Menipulah sekiranya lidah anda tidak pernah melakukan sedikit ketelinggiciran, manusia tidak pernah maksum, namun, itu mungkin dilakukan dalam keadaan tidak terkawal emosinya atau ianya tidak dilakukan berulang kali dan bukan kebiasaan. Amat malang sekiranya lidah itu seperti biasa menghemburkan perkataan kesat dan jijik. Maka, bermula hari ini, praktikkan lidah anda untuk mengeluarkan perkataan yang baik.

Kata Nabi Muhammad sallallahu'alaihi wa sallam:

Terjemahan: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah ia berkata baik atau diam."

Juga, Nabi Muhammad sallallahu'alaihi wa sallam mengatakan:

Terjemahan: "Seorang muslim dengan muslim yang lainnya adalah selamat dari gangguan tangan dan lisannya."

Tidak dilupa, jangan mengheret diri anda ke neraka kerana lidah. Pernah sahabat Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam bertanya kepada beliau, apakah yang menyebabkan seseorang masuk ke syurga, lalu, beliau mengatakan, "akhlak yang baik", lalu, para sahabat bertanya lagi, "apakah yang menyebabkan seseorang masuk ke neraka? Lalu, beliau mengatakan, "Al-Fammu wa Farju" iaitu mulut dan kemaluan.

Sama-sama kita bermuhasabah diri...

No comments: