Wednesday 11 December 2013

Tentang bacaan yasin

Ahlus Sunnah Manhaj Salaf tidak pernah sama sekali menghalang atau mengharamkan mana-mana individu yang membaca surah yasin pada khamis malam jumaat.

Bagaimana mungkin membaca surah yasin hukumnya haram sedangkan ia adalah sebahagian surah dari ayat al quran.

Tetapi pendirian ahlus sunnah bahawa mereka yang membaca surah yasin pada khamis malam jumaat adalah bidaah kerana tiada contoh serta perbuatan dari nabi.

 menetapkan sesuatu ikhtiqad pada bacaan tertentu, pada waktu yang tertentu, dengan khaifiat yang tertentu, dan juga dengan kiraan yang tertentu tanpa didasari daripada petunjuk Nabi Shalallahu 'alaihi wa Sallam dan juga para sahabat Radhiyallahu 'anhum ajma'in. itulah yang menyebabkan amalan kita termasuk dalam Bid'ah.

cukuplah Ittiba' (petunjuk Nabi) wa ikhlas (karna Allah semata tanpa mempersekutukan-Nya) menjadi prinsip asas amal ibadah kita.

wallahu'alam.

No comments: