Wednesday 11 December 2013

Ayat-Ayat Al-Quran & Hadith-Hadith Yang Melarang Berzikir Dengan Suara Yang Kuat

October 28, 2013 at 10:20pm
Ayat al-Quran Yang Melarang Mengeraskan Zikir :

1- Surah Al A'raf, ayat 205

Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lengah.

2- Surah Al A'raf, ayat 55

Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

3- Surah Al Isra', ayat 110

Katakanlah (Muhammad), "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahmaan. Dengan nama Allah yang mana saja kamu dapat menyeru, kerana Dia mempunyai nama-nama yang terbaik (Asmaa'ul Husnaa) dan janganlah engkau mengeraskan suaramu dalam solat dan janganlah pula merendahkannya dan usahakan jalan tengah di antara kedua itu.

Hadith-Hadith Yang Melarang Berzikir Dengan Suara Yang Kuat :

Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan bahawa Abu Musa al-Anshari berkata:

Kami pernah bersama-sama Nabi di dalam satu ekspedisi apabila ada beberapa orang yang menyebut "Allahu Akbar" dengan suara yang kuat. Mendengar itu, Nabi menegur mereka dengan berkata:

أيها النس اربعوا على أنفسكم انكم ليس تدعون أصم ولا ئبا. انكم تدعون سميعا قريبا وهو معكم.

Wahai manusia! Kasihanilah diri kamu kerana bukanlah kamu menyeru (berdoa) kepada Dzat yang pekak lagi jauh. Sesungguhnya kamu menyeru kepada Dzat yang Maha Mendengar lagi dekat bersama kamu. - Shahih al-Bukhari (no. 2830).

Dalam hadis yang lain, Imam Malik telah meriwayatkan bahawa al-Bayadhiyyi telah berkata:

أَنَّ رَسُوْلَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ خَرَجَ عَلَى النَّاسِ وَهُمْ يُصَلُّو نَ وَقَدْ عَلَتْ أَصْوَا تُهُمْ بِالْقِرَاءَةِ فَقَالَ: أَنَّ الْمُصَلِّي يُنَا جِيْ رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فَلْيَنْظُرْ بِمَ يُنَاجِيْهِ وَلاَ يَجْهَرْ بَعْضُكُمْ عَلَىَ بَعْضٍ بِالْقِرْ آنِ.

Bahawa Rasulullah pada suatu ketika keluar kepada orang ramai. Didapatinya ramai orang bersolat dan ramai pula yang mengeraskan (meninggikan) suara mereka dalam membaca al-Qur’an. (Melihat yang demikian) Maka Rasulullah bersabda: Sesungguhnya orang yang sedang bersolat itu sedang munajat atau berkomunikasi dengan Tuhannya ‘Azza wa Jalla, maka seharusnya dia mengetahui apa yang diperkatakannya itu! Dan janganlah pula sebahagian kamu mengeraskan suara melebihi yang lainnya dalam membaca al-Qur'an. - Musnad Ahmad (no. 19022).

Dalam riwayat Abu Daud (no. 1332) ada disebutkan:

أعْتَكَفَ رَسُوْلَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهِ عَلَيْهْ وَسَلَّمْ فِيْ الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُوْنَ بِا الْقِرَاءِة فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ أَلاَّ اِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلاَ يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلاَ يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَىَ بَعْضٍ فِيْ الْقِرَاءِةِ أَوْ قَالَ فِيْ الصًّلاَةِ.

Rasulullah memerhatikan orang-orang yang beriktikaf di masjid dan baginda mendengar mereka menguatkan suara mereka sewaktu membaca al-Qur'an. Baginda menyelak kain langsir dan berkata: Setiap daripada kamu sedang berkomunikasi dengan Tuhannya. Janganlah sebahagian daripada kamu mengganggu yang lainnya. Janganlah kamu menguatkan suara kamu melebihi yang lainnya sewaktu membaca al-Qur'an atau ketika kamu sedang solat. ~ Cikgu Mohd Hairi Nonchi

No comments: