Thursday, 3 October 2013

KILAUAN PERMATA YANG BERHARGA DARI ‘ULAMA AL-HARAMAIN

:: KILAUAN PERMATA YANG BERHARGA DARI ‘ULAMA AL-HARAMAIN :::

September 25, 2013 at 4:43pm
Bismillaah.

Berkata Syaikhuna Rabee' bin Haadiy Al-Madkhaliy ~hafizhohullahu ta‘ala~ dan semoga Allah mengokohkan dia dan kita dan seluruh kaum muslimin di atas AL-HAQ dan AL-HUDAA …

:: Berbicara seorang PENUNTUT ILMU dan ‘AALIM

1 > Dengan HUJJAH dan BURHAN (penjelasan).
2 > Dengan HIKMAH dan NASIHAT yang baik.

:: Bukan dengan cara yang DUNGU dan SERAMPANGAN

~ seorang yang DUNGU dan SERAMPANGAN lebih besar mudharatnya dari mamfa'atnya
~ maka si dungu yang serampangan ini DITINGGALKAN

[Fataawa dalam masalah ‘Aqiidah dan Manhaj (al-halaqah pertama), fatwa no. 38, oleh Asy-Syaikh Rabee’ ~hafizhohullahu~]

___

Matan asli:

الدر الثمين
من عالم الحرمين

قال شيخنا
ربيع بن هادي عمير المدخلي
حفظه الله وثبته وإيانا وجميع المسلمين على الحق والهدى..

يتكلم طالب العلم والعالم :
- بالحجة والبرهان.
- والحكمة والموعظة الحسنة.

وليس بالسَّفه والطَّيش،
[ بعضهم يتَسفَّهُ ويَطِيشُ ويضُرُّ أكثر مما ينفع فهذا السَّفهُ والطَّيش يُترك.]

[فتاوى في
العقيدة والمنهج
(الحلقة الأولى)
(فتوى رقم: 38 )
للشيخ ربيع -حفظه الله-]

المجموعات المعتمدة فى الملتقى التعاوني السلفي اﻹعلامي للوآتساب بتشجيع وتأييد إمام الجرح والتعديل الشيخ ربيع المدخلي حفظه الله
goo.gl/gl3xRj
〰〰〰〰〰〰〰〰
شآرك باﻷجر وانشرها ....
〰〰〰〰〰〰〰〰

للإشتراك في المجموعات المذكورة في الرابط يرجى إرسال كلمة "إشتراك " للأرقام المعتمدة فيه .

مع تحيات :
إدارة ملتقيات التعاون السلفي الإعلامي
goo.gl/gl3xRj



Ditranskrip oleh:
Al-Ustadz Abul Mundzir Dzul Akmal ~hafidzahullah~
25 Dzul Qa’dah 1434H

# Daripada Asy-Syaikh Abu Ziyaad ~hafizhahullaahu ta‘ala~ # via WA Ta‘dzhiim As-Sunnah (1) #

Bolehkah Menyembelih Haiwan Qurban Di Masjid

Bolehkah Menyembelih Haiwan Qurban Di Masjid ? Asy Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmi

October 21, 2012 at 11:23pm
Bolehkah Menyembelih Haiwan Qurban Di Masjid ? Asy Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmi

 Assalamu'alaikum Warohmatullhi Wabarokaatuh.

Ana mahu bertanya masalah Qurban

Ana dan Isteri berniat melaksanakan Qurban, Atas nama siapakah haiwan qurban itu. Atas nama Keluarga atau Nama masing-masing.
Bagaimanakah hukum acara penyembelihan haiwan qurban yang dilakukan di Masjid secara bersama-sama dan apakah setiap akan meyembelih haiwan qurban itu ada Ijab Qobul atau penyebutan nama orang yang berqurban. Assalamu'alaikum Warohmatullhi Wabarokaatuh.
Mohon Penjelasan serta dalil-dalilnya. Jazakallah Khair.

Irfan. Safitra@***. com

Syaikhuna Mufti KSA Bagian Selatan Syaikh Muhaddits Ahmad bin Yahya An-Najmi hafizhahullah menjawab :

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه وبعد :
الجواب : الأضحية سنة مؤكدة على القادر عليها ماديا وهي على الرجل المكلف بالنفقة وتكون باسمه وأهل بيته. قال النبي صلى الله عليه وسلم :
((يا أيها الناس إن على كل أهل بيت في كل عام أضحية. )).
أما ذبح الأضاحي في المساجد وما حولها مثل حوشه وما أشبه ذلك. فهذه بدعة. لم نسمع بأحد فعلها إلا أهل أندونسيا. لأن الدم المسفوح نجس, ولا يجوز أن يسفح في المساجد وما حولها, لأن هذا العمل تنجيس لها. وقد قال الله عز وجل :
((قُلْ لَا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ)) الأنعام : 145.
ذبح الأضحية إما في المجزرة أو في الفضاء وإلا فكل واحد يذبح أضحيته في بيته. اتقوا الله يا أهل أندونسيا لا تنجسوا المساجد بالدم المسفوح الذي هو نجس بصريح القرآن وبإجماع العلماء من زمن الصحابة إلى الآن.
أما كونه يوكل الجزار في ذبح أضحيته, فأنت إذا أعطيته وقلت له “اذبح لي أضحيتي” فذالك توكيل منك له. وبالله التوفيق.
أملى هذه الفتوى
فضيلة الشيخ أحمد بن يحيى النجمي
19 شوال 1428 هـ

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Segala puji bagi Allah, shalawat dan salam kepada Rasulullah, keluarga dan para Shahabatnya. Wa ba’du :

Jawab :

Kurban adalah sunnah muakkadah bagi yang memiliki kemampuan secara harta benda. Dan kurban dibebankan kepada kaum lelaki sebagai pemberi nafkah keluarga serta berlaku bagi dirinya dan keluarganya. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Wahai manusia, sesungguhnya atas setiap keluarga untuk berkurban setiap tahunnya…”. Adapun penyembelihan haiwan kurban di masjid-masjid dan lingkungan masjid seperti halamannya dan sebagainya, maka ini adalah bid’ah. Kami belum pernah mendengar seorang-pun melakukannya kecuali penduduk Indonesia. Sebab darah yang mengalir (iaitu darah yang menyembur saat proses penyembelihan) adalah najis. Dan tidak boleh mengalirkan darah tersebut di masjid-masjid dan lingkungannya. Sebab perbuatan ini membuat najis masjid. Allah Azza Wa Jalla berfirman yang artinya : Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi -kerana sesungguhnya semua itu kotor- atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ” Al An’am : 145.
Penyembelihan haiwan kurban boleh dilakukan di tempat pnyembelihan atau di tanah lapang, jika tidak, maka masing-masing menyembelih haiwan kurbannya di tempat tinggalnya. Bertakwalah kepada Allah wahai penduduk Indonesia. Janganlah kalian membuat najis masjid-masjid dengan darah (haiwan kurban) yang mengalir yang najis berdasarkan ketetapan Al Qur’an dan ijma’ para Ulama’ dari sejak zaman Shahabat hingga sekarang. Adapun seseorang mewakilkan haiwan kurbannya kepada tukang jagal, maka jika menyerahkan(nya) kepadanya anda katakan : “Sembelihlah haiwan kurbanku untukku”. Maka yang demikian adalah perwakilan anda kepadanya. Wabillahit-taufiq.

Yang mendikte fatwa ini

Yang mulia Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmi

19 Syawal 1428 H Alih bahasa oleh Abu Abdillah Muhammad Yahya

19 Syawal 1428 H/31 Oktober 2007

Nijamiyah-Shamithah-Jazan KSA

Catatan : Syaikhuna berpesan agar fatwa ini diedarkan seluas-luasnya agar diketahui kaum muslimin.

www. mimbarislami. or. id/?module=konsultasi&action=detail&tjid=5sumber: www. darussalaf. or. id, penulis: Asy Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmi

Hukum-hukum Seputar Qurban

HUKUM-HUKUM BERKAITAN UDHIYYAH 2

October 22, 2012 at 2:13pm
Hukum-hukum Seputar Qurban

Berikut ini akan disebutkan beberapa hukum secara umum yang terkait dengan haiwan qurban, untuk melengkapi pembahasan sebelumnya:

1) Menurut pendapat yang rajih, hewan qurban dinyatakan rasmi (ta’yin) sebagai أُضْحِيَّةٌdengan dua hal:

a. dengan ucapan: هَذِهِ أُضْحِيَّةٌ (Haiwan ini adalah haiwan qurban)
b. dengan tindakan, dan ini dengan dua cara:
1. Taqlid iaitu diikatnya sandal/sepatu (kaki) haiwan, potongan-potongan qirbah (tempat air yang menggantung), pakaian lusuh dan yang semisalnya pada leher haiwan. Ini berlaku untuk unta, sapi dan kambing.
2. Isy’ar iaitu dilukakan bonggol unta/lembu sehingga darahnya mengalir pada rambutnya. Ini hanya berlaku untuk unta dan lembu saja.
Diriwayatkan dari ‘Aisyah , dia berkata:

فَتَلْتُ قَلَائِدَ بُدْنِ رَسُولِ اللهِ بِيَدَيَّ ثُمَّ أَشْعَرَهَا وَقَلَّدَهَا

Aku memintal ikatan-ikatan unta-unta Rasulullah dengan kedua tanganku. Lalu baginda isy’ar dan men-taqlid-nya.” (HR. Al-Bukhari no. 1699 dan Muslim no. 1321/362)

Kedua tindakan ini khusus pada haiwan hadyu, sedangkan qurban cukup dengan ucapan. Adapun semata-mata membelinya atau hanya meniatkan tanpa adanya lafadz, maka belum dinyatakan (ta’yin) sebagai haiwan qurban. Berikut ini akan disebutkan beberapa hukum bila haiwan tersebut telah di-ta’yin sebagai haiwan qurban:

2) Diperbolehkan menunggangi haiwan tersebut bila diperlukan atau tanpa keperluan, selama tidak memudaratkannya. Diriwayatkan dari Abu Hurairah , dia berkata: Rasulullah melihat seseorang menuntun unta (qurban/hadyu) maka baginda bersabda:

ارْكَبْهَا

Tunggangi unta itu.” (HR. Al-Bukhari no. 1689 dan Muslim no. 1322/3717)

Juga datang dari Anas bin Malik (Al-Bukhari no. 1690 dan Muslim no. 1323) dan Jabir bin Abdillah (HR. Muslim no. 1324). Lafadz hadits Jabir sebagai berikut:

ارْكَبْهَا بِالْـمَعْرُوفِ إِذَا أُلْـجِئْتَ إِلَيْهَا حَتَّى تَجِدَ ظَهْرًا

Naikilah unta itu dengan cara yang baik bila engkau memerlukannya hingga engkau mendapatkan tunggangan (lain).”

3) Diperbolehkan mengambil manfaat dari haiwan tersebut sebelum/setelah disembelih selain menungganginya, seperti:

a. mencukur bulu haiwan tersebut, bila hal tersebut lebih bermanfaat bagi haiwan. Misal: bulunya terlalu tebal atau di badannya ada luka.
b. Meminum susunya, dengan ketentuan tidak memudaratkan haiwan tersebut dan susu itu kelebihan dari keperluan anak nya
c. Memanfaatkan segala sesuatu yang ada di badan haiwan, seperti tali kekang dan pelana.
d. Memanfaatkan kulitnya untuk alas duduk atau alas shalat setelah disamak.
Dan berbagai sisi kemanfaatan yang lainnya. Dasarnya adalah keumuman firman Allah :

Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi’ar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya.” (Al-Hajj: 36)

4) Tidak diperbolehkan menjual haiwan tersebut atau menghibahkannya kecuali bila ingin menggantinya dengan haiwan yang lebih baik. Begitu pula tidak boleh menyedekahkannya kecuali setelah disembelih pada waktunya, lalu menyedekahkan dagingnya.

5) Tidak diperbolehkan menjual kulit haiwan tersebut atau apapun yang ada padanya, namun untuk dishadaqahkan atau dimanfaatkan.

6) Tidak diperbolehkan memberikan upah dari haiwan tersebut apapun bentuknya kepada tukang sembelih. Namun bila diberi dalam bentuk wang atau sebahagian dari haiwan tersebut sebagai shadaqah atau hadiah bukan sebagai upah, maka diperbolehkan.
Dalil dari beberapa perkara di atas adalah hadits Ali bin Abi Tahlib , dia berkata:

أَمَرَنِي رَسُولُ اللهِ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أُقَسِّمَ لُـحُومَهَا وَجُلُودَهَا وَجِلَالـَهَا عَلَى الْـمَسَاكِينِ وَلَا أُعْطِي فِي جَزَارَتِهَا شَيْئًا مِنْهَا

Nabi memerintahkan aku untuk menangani (penyembelihan) unta-untanya, membahagikan dagingnya, kulit, dan perangkatnya kepada orang-orang miskin dan tidak memberikan sesuatu pun darinya sebagai (upah) penyembelihannya.” (HR. Al-Bukhari no. 1717 dan 1317)

7) Bila terjadi cacat pada hewan tersebut setelah di-ta’yin (dirasmikan sebagai haiwan qurban) maka dirinci:
- Bila cacatnya membuat haiwan tersebut tidak sah, maka disembelih sebagai shadaqah bukan sebagai qurban yang syar’i.
- Bila cacatnya ringan maka tidak ada masalah.
- Bila cacatnya terjadi akibat (perbuatan) pemilik maka dia harus mengganti yang semisal atau yang lebih baik
- Bila cacatnya bukan kerana kesalahan sang pemilik, maka tidak ada kewajiban mengganti, sebab hukum asal berqurban adalah sunnah.

8) Bila haiwan tersebut hilang atau lari dan tidak ditemukan, atau dicuri, maka tidak ada kewajiban apa-apa atas pemilik. Kecuali bila hal itu terjadi kerana kesalahannya maka dia harus menggantinya.

9) Bila hewan yang lari atau yang hilang tersebut ditemukan, padahal pemilik sudah membeli gantinya dan menyembelihnya, maka cukup bagi dia haiwan ganti tersebut sebagi qurban. Sedangkan haiwan yang ketemu tersebut tidak boleh dijual namun disembelih, sebab haiwan tersebut telah di-ta’yin.

10) Bila haiwan tersebut mengandung janin, maka cukup bagi dia menyembelih ibunya untuk menghalalkannya dan janinnya. Namun bila he\aiwan tersebut telah melahirkan sebelum disembelih, maka dia sembelih ibu dan janinnya sebagai qurban. Dalilnya adalah hadits:

ذَكَاةُ الْجَنِينِ ذَكَاةُ أُمِّهِ

Sembelihan janin (cukup) dengan sembelihan ibunya.”

Hadits ini datang dari banyak sahabat, lihat perinciannya dalam Irwa`ul Ghalil (8/172, no. 2539) dan Asy-Syaikh Al-Albani t menshahihkannya.
11) Adapun bila haiwan tersebut belum di-ta’yin maka diperbolehkan baginya untuk menjualnya, menghibahkannya, menyedekahkannya, atau menyembelihnya untuk diambil daging dan lainnya, layaknya haiwan biasa.

Wallahu a’lam bish-shawab.

Hukum-hukum dan Adab-adab Yang Terkait dengan Orang yang Berqurban

1. Syariat berqurban adalah umum, mencakupi lelaki, wanita, yang telah berkeluarga, bujang dari kalangan kaum muslimin, kerana dalil-dalil yang ada adalah umum.

2. Diperbolehkan berqurban dari harta anak yatim bila secara kebiasaan mereka menghendakinya. Ertinya, bila tidak disembelihkan qurban, mereka akan bersedih tidak dapat makan daging qurban sebagaimana anak-anak sebayanya. (Asy-Syarhul Mumti’, 3/427)

3. Diperbolehkan bagi seseorang berhutang untuk berqurban bila dia mampu untuk membayarnya. Sebab berqurban adalah sunnah dan upaya menghidupkan syi’ar Islam. (Syarh Bulugh, 6/84, bahagian catatan kaki)

Al-Lajnah Ad-Da`imah juga mempunyai fatwa tentang diperbolehkannya menyembelih qurban walaupun belum dibayar harganya. (Fatawa Al-Lajnah, 11/411 no. fatwa 11698)

4. Dipersyaratkan haiwan tersebut adalah miliknya dengan cara membeli atau yang lainnya. Adapun bila haiwan tersebut hasil curian atau ghashab lalu dia sembelih sebagai qurbannya, maka tidak sah.

إِنَّ اللهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إلَّا طَيِّبًا

Sesungguhnya Allah itu Dzat yang baik tidak menerima kecuali yang baik.” (HR. Muslim no. 1015 dari Abu Hurairah )

Begitu pula bila dia menyembelih haiwan orang lain untuk dirinya, seperti haiwan gadaian, maka tidak sah.

5. Bila dia mati setelah men-ta’yin haiwan qurbannya, maka haiwan tersebut tidak boleh dijual untuk menutupi hutangnya. Namun haiwan tersebut tetap disembelih oleh ahli warisnya.

6. Disunnahkan baginya untuk menyembelih qurban dengan tangannya sendiri dan diperbolehkan bagi dia untuk mewakilkannya. Keduanya pernah dikerjakan Rasulullah sebagaimana hadits:

ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ

Rasulullah menyembelih kedua (kambing tersebut) dengan tangannya.” (HR. Al-Bukhari no. 5565 dan Muslim no. 1966)

Juga hadits ‘Ali bin Abi Thalib yang telah lewat, di mana beliau diperintah oleh Rasulullah n untuk menangani unta-untanya.
7. Disyariatkan bagi orang yang berqurban bila telah masuk bulan Dzulhijjah untuk tidak mengambil rambut dan kukunya hingga haiwan qurbannya disembelih.
Diriwayatkan dari Ummu Salamah , dia berkata: Rasulullah n bersabda:

إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَأْخُذْ مِنْ شَعْرِهِ وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

Apabila telah masuk 10 hari pertama (Dzulhijjah) dan salah seorang kalian hendak berqurban, maka janganlah dia mengambil rambut dan kukunya sedikitpun hingga dia menyembelih qurbannya.” (HR. Muslim no. 1977)

Dalam lafadz lain:

وَلَا بَشَرَتِهِ

Tidak pula kulitnya.”

Larangan dalam hadits ini ditujukan kepada pihak yang berqurban, bukan pada haiwannya. Sebab mengambil bulu hewan tersebut untuk kemanfaatannya diperbolehkan sebagaimana telah dipaparkan sebelumnya.

Juga, dhamir (kata ganti) هِ pada hadits di atas kembali kepada orang yang hendak berqurban. Larangan dalam hadits ini ditujukan khusus untuk orang yang berqurban. Adapun keluarganya atau pihak yang disertakan, tidak mengapa mengambil kulit, rambut dan kukunya. Sebab, yang disebut dalam hadits ini adalah yang berqurban saja.

- Bila dia mengambil kulit, kuku, atau rambutnya sebelum haiwannya disembelih, maka qurbannya sah, namun berdosa bila dia lakukan dengan sengaja. Tetapi bila dia lupa atau tidak sengaja maka tidak mengapa.
- Bila dia baru mampu berqurban di pertengahan 10 hari pertama Dzulhijjah, maka keharaman ini berlaku saat dia niat dan ta’yin qurbannya.
- Orang yang mewakili penyembelihan haiwan qurban orang lain, tidak terkena larangan di atas.
- Larangan di atas dikecualikan bila terjadi sesuatu yang mengharuskan dia mengambil kulit, kuku, atau rambutnya.
Wallahu a’lam bish-shawab.

8. Disyariatkan untuk memakan sebahagian dari haiwan qurban tersebut. Dalilnya adalah firman Allah :

“Maka makanlah sebagian darinya.” (Al-Hajj: 28)

Juga tindakan Rasulullah n yang memakan sebahagian dari haiwan qurbannya.

9. Diperbolehkan menyimpan daging qurban tersebut walau lebih dari tiga hari. Baginda bersabda:

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنِ ادِّخَارِ لُـحُومِ الْأَضَاحِي فَوْقَ ثَلَاثٍ، فَأَمْسِكُوا مَا بَدَا لَكُمْ

Dahulu aku melarang kalian menyimpan daging qurban lebih dari 3 hari. (Sekarang) tahanlah (simpanlah) semau kalian.” (HR. Muslim no. 1977 dari Buraidah )

10. Disyariatkan untuk menyedekahkan sebahagian dari hewan tersebut kepada fakir miskin. Allah berfirman:

Berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir.” (Al-Hajj: 28)

Juga firman-Nya:

Beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta.” (Al-Hajj: 36)

Yang dimaksud dengan الْبَائِسَ الْفَقِيرَ adalah orang faqir yang menjaga kehormatan dirinya tidak mengemis padahal dia sangat memerlukan. Demikian penjelasan Ikrimah dan Mujahid.
Adapun yang dimaksud dengan الْقَانِعَ adalah orang yang meminta-minta daging qurban. Sedangkan الْـمُعْتَرَّ adalah orang yang tidak meminta-minta daging, namun dia mengharapkannya. Demikian penjelasan Ibnu Jarir Ath-Thabari .

11. Diperbolehkan memberikan sebahagian dagingnya kepada orang kaya sebagai hadiah untuk menumbuhkan rasa kasih sayang di kalangan muslimin.

12. Diperbolehkan memberikan sebahagian dagingnya kepada orang kafir sebagai hadiah dan upaya melembutkan hati. Sebab qurban adalah seperti shadaqah sunnah yang dapat diberikan kepada orang kafir. Adapun shadaqah wajib seperti zakat, maka tidak boleh diberikan kepada orang kafir.
Dan yang dimaksud dengan kafir disini adalah selain kafir harbi. Al-Lajnah Ad-Da`imah mengeluarkan fatwa tentang hal ini (11/424-425, no. 1997).

13. Diperbolehkan membahagikan daging qurban dalam keadaan mentah ataupun masak. Diperbolehkan pula mematahkan tulang haiwan tersebut.
Demikian beberapa hukum dan adab terkait dengan qurban yang dapat dipaparkan pada lembar majalah ini, semoga bermanfaat. Wallahu a’lam bish-shawab.


Sikap Terhadap Orang Yang Tidak Mahu Mencela Ahlul Bid’ah

Sikap Terhadap Orang Yang Tidak Mahu Mencela Ahlul Bid’ah


Sikap Terhadap Orang Yang Tidak Mahu Mencela Ahlul Bid’ah

Asy-Syaikh Abdul Aziz bin Yahya Al-Bura’iy


PERTANYAAN:

Di berbagi forum di masa ini muncul banyak celaan diantara para penuntut ilmu Salafiyyun yang pendorongnya terkadang membela kepentingan peribadi dan mereka menutupinya dengan baju pembelaan terhadap As-Sunnah dengan membawakan ayat-ayat dan hadits-hadits, yang hal ini menyebabkan fitnah diantara ikhwah, terkhusus sebahagian penuntut ilmu ditazkiyah di sisi para masayikh. Hanya saja tidak nampak darinya sikap kuat terhadap orang-orang tertentu yang dihukum Mubtadi’ oleh para masayikh di masa ini, seperti Al-Halaby dan Al-Ma’riby.

Pertanyaannya: bagaimana sikap yang benar terhadap orang yang tidak jelas sikapnya terhadap para Mubtadi’ tersebut? Dan apakah mengwajibkan semua masayikh untuk menampakkan sikapnya hingga boleh diambil ilmunya? Serta bagaimana membantah siapa saja yang mencela para masayikh tersebut -baarakallahu fiikum?

JAWAB:

Wahai saudaraku -semoga Allah menjagamu- pertama kami nasehatkan kepada para penuntut ilmu agar bertakwa kepada Allah Azza wa Jalla dan merasa diawasi oleh-Nya, kerana orang yang ketakwaannya lemah dan imannya lemah, dia akan berani mencela si fulan dan membicarakan si fulan tanpa merasa diawasi oleh Allah, tanpa rasa takut dan khasyah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka orang semacam ini -baarakallahu fiikum- hendaklah dia bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan merasa diawasi oleh-Nya. Orang seperti ini dikhawatirkan keadaannya. Banyak orang yang keadaannya seperti ini menyimpang. Engkau tidak sedar kecuali dia telah mencukur habis janggutnya dan boleh jadi dia meninggalkan shalat. Boleh juga dia ditimpa musibah-musibah yang tidak ada yang mengetahui seberapa jauhnya selain Allah Subhanahu wa Ta’ala. Oleh kerana inilah kami mewasiatkan semua pihak agar bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan kita mengetahui bahwa kehormatan saudara-saudara kita Salafiyyun adalah kehormatan yang terjaga sehingga tidak boleh bagi seorangpun untuk mencela mereka atau membicarakan mereka dengan buruk.
Adapun kaitannya dengan orang yang engkau katakan ini, tidak nampak darinya sikap yang baik terhadap Al-Halaby, Al-Ma’riby dan selain mereka.

Maka kita katakan: Jika Allah tidak membukakan hatinya untuk berbicara, maka kita mengharapkan darinya agar memuji para ulama yang berbicara tentang mereka (Al-Halaby, Al-Ma’riby dan yang lainnya) dan menjelaskan kesesatan mereka. Dan hendaklah dia mengatakan:“Saya bersama para ulama pada apa yang mereka katakan, apa yang mereka tulis dan apa yang mereka jelaskan bahwa mereka (Al-Halaby, Al-Ma’riby dan lainnya) adalah mubtadi’, sedangkan untuk berbicara banyak tentang hal ini saya tidak memiliki kemampuan, cukuplah dengan apa yang dikatakan oleh para ulama.”

Jika dia mengatakan demikian kemudian kita tidak melihatnya mendengar kaset-kaset mereka (Al-Halaby, Al-Ma’riby dan yang lainnya), tidak menganjurkan untuk mendengarkannya, serta tidak mengikuti ucapan-ucapan mereka di internet dan selainnya, maka orang seperti ini -baarakallahu fikum- boleh diambil ilmunya dan semoga Allah membalasnya dengan kebaikan serta mensyukuri apa yang dia lakukan.


Tetapi jika dia hanya diam dalam keadaan dia melihat manusia berkerumun menunggu kalimat yang akan dia ucapkan, namun dia tetap diam. Maka ini -baarakallahu fiikum- adalah bom waktu yang dikhawatirkan akan muncul ledakan Hizbiyyah darinya sewaktu-waktu. Kenapa dia diam?! Sampai biladia akan diam?! Apa yang menyebabkan dia diam?! Engkau memiliki kecemburuan terhadap manhaj salaf, engkau memiliki kecemburuan terhadap dakwah salafiyah, mereka itu terus berusaha menghancurkan dakwah salafiyah malam dan siang dan mengerahkan pasukan mereka dan siapa saja yang ada di sekitar mereka dengan tujuan menggulingkan dakwah salafiyah, tetapi engkau kikir untuk sekadar mengatakan: “Para ulama telah benar dalam menghukum mereka sebagai mubtadi’.” Engkau susah untuk mengatakan kalimat seperti ini. Apa yang ada padamu?! Apa yang engkau miliki?! Apa yang ada di belakangmu?! Bicaralah dan katakan apa yang engkau yakini dan kita tidak akan menanyakan lagi.

Oleh kerana inilah -baarakallahu fiikum- kita tidak akan mengharuskannya jika dia tidak memiliki kemampuan untuk berdiskusi, membantah dan menjelaskan keadaan ahlul bathil, iaitu kita tidak akan mengharuskannya melakukan semua yang diinginkan oleh para penuntut ilmu darinya, asalkan dia telah mendukung para masayikh dalam sikap mereka, namun kita tidak bisa menerima darinya sikap diam total dalam keadaan dia melihat manusia berselisih dalam permasalahan tersebut namun dia hanya diam. Jadi ini tidak diterima -baarakallahu fiikum.

Berapa banyak bom-bom waktu yang kita kerananya kita menjadi berselisih dan kita tidak menyedari kecuali dia telah meledakkan hizbiyyahnya. Bukan merupakan sikap taklid ketika seseorang mengatakan: “Saya bersama para ulama.” Misalnya: “Saya bersama Asy-Syaikh Rabi’ di dalam menilai Abul Hasan, Ali Hasan Al-Halaby, Adnan Ar’ur dan Al-Maghrawy. Saya bersama beliau pada apa yang beliau tulis dan apa yang beliau katakan tentang mereka dan perkataan beliaulah yang benar.” Ini sudah cukup -baarakallahu fiikum. Ini bukan merupakan sikap taklid, ini adalah sikap ittiba’ (mengikuti dalil) -baarakallahu fikum.

Ditranskrip oleh: Abu Ubaidah Munjid bin Fadhl Al-Haddad

fitnah wanita

Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu mengatakan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ وَإِنَّ اللهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيْهَا فَنَاظِرٌ كَيْفَ تَعْمَلُوْنَ، فَاتَّقُوا الدُنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ، فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيْلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ

“Sesungguhnya dunia ini manis lagi hijau, dan sungguh Allah menjadikan kalian sebagai khalifah di atasnya, lalu Dia akan melihat bagaimana kalian berbuat. Maka berhati-hatilah kalian terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, kerana awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya.” (HR. Muslim no. 6883)

fitnah

Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu mengatakan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ وَإِنَّ اللهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيْهَا فَنَاظِرٌ كَيْفَ تَعْمَلُوْنَ، فَاتَّقُوا الدُنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ، فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيْلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ

“Sesungguhnya dunia ini manis lagi hijau, dan sungguh Allah menjadikan kalian sebagai khalifah di atasnya, lalu Dia akan melihat bagaimana kalian berbuat. Maka berhati-hatilah kalian terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, kerana awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya.” (HR. Muslim no. 6883)

jalan wanita

Abu Usaid Al-Anshari radhiyallahu ‘anhu pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada para wanita ketika beliau keluar dari masjid dan mendapati para lelaki bercampur baur dengan mereka di jalan:

اسْتَأْخِرْنَ، فَإِنَّهُ لَيْسَ لَكُنَّ أَنْ تَحْقُقْنَ الطَّرْيْقَ، عَلَيْكُنَّ بِحَافَاتِ الطَّرِيْقِ.- فَكَانَتِ الْمَرْأَةُ تَلْصُقُ بِالْجِدَارِ حَتَّى أَنَّ ثَوْبَهَا يَتَعَلَّقُ بِالْجِدَارِ مِنْ لُصُوقِهَا بِهِ

“Berjalanlah kalian di belakang (jangan mendahului lelaki). Karena sungguh tidak ada bagi kalian hak untuk melalui di tengah-tengah jalan, tapi bagi kalian hanyalah (boleh berjalan di) tepi-tepi jalan.”

Maka ada wanita yang berjalan menempel/merapat ke dinding/tembok sampai-sampai pakaiannya melekat dengan tembok kerana rapatnya dengan tembok tersebut. (HR. Abu Dawud no. 5272, dihasankan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Ash-Shahihah no. 856 dan Al-Misykat no. 4727)

fitbah lelaki

Usamah bin Zaid radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Nabi shallallahu’alaihi wa sallam bersabda :

مَا تركْتُ بَعْدي فِتْنة هي أضَرّ على الرجال من النّساء

Tiada aku tinggalkan suatupun fitnah yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki daripada fitnah dari kalangan para wanita. Hadits Muttafaqun ‘alaihi

wanita

Bismillah...

* Tahukah kamu BUNGA ?
~ indah mempesona..
~ harum semerbak..

* namun itu tk berlangsung lama :
~ akan layu dg segera..
~ sirna aroma harumnya dg cepatnya ...

> Begitulah DUNIA...laksana bunga ..bgt menarik bg manusia...namun tidaklah keelokan & semerbaknya itu ABADI..ternyata menipu..

> Sbgmn firman Alloh :
[ WA LAA TAMUDDANNA 'AINAIYKA ILAA MAA MATTA'NAA BIHII AZWAAJAN MINHUM [ZAHROTAL] HAYAATID DUNYA LINAFTINAHUM FIIH, WA RIZQU RÓBBIKA KHÓIRUN WA ABQOO ]

BIMBINGANNYA AGAR KITA TIDAK TERJERUMUS PADA SIFAT ASHOBIYYAH :::

BIMBINGANNYA AGAR KITA TIDAK TERJERUMUS PADA SIFAT ASHOBIYYAH :::


Bismillaah.

[Soal] Bagaimana bimbingannya agar kita tidak terjerumus pada sifat ASHOBIYYAH kepada ustadz-ustadz yang kita KENAL DEKAT dan CINTA kepadanya?

[Jawab] Prinsipnya seperti yang diterangkan tadi ...

[Pertama] tanamkan dalam diri antum, dalam jiwa antum dan keyakinan antum:

» TAKZIMUL HAQ (mengagungkan kebenaran)
» ITTIBA’UL HAQ (mengikuti kebenaran)
» TAKDIMUL HAQ (senantiasa mendahulukan kebenaran)

[Kedua] YAKINI dalam diri antum ustadz itu sepintar apapun, setinggi apapun ilmunya ... manusia biasa.

» Boleh SALAH
» Boleh BENAR

... ini yang harus dicamkan terlebih dahulu, insya Allah akan terbebas dari sikap ASHOBIYYAH tadi sehingga rasa cinta kita, penghormatan kita, dekatnya kita kepada seorang ustadz yang kita kenal tidak sampai membutakan MATA dan MATA HATI kita.

» ketika ustadz tadi ada perkara yang KELIRU, atau perkara yang MENYIMPANG, tidak segan-segan kita untuk MENEGUR beliau.

... Jangan kerana kedekatan, kerana kecintaan ... semuanya baik! semuanya benar, tidak ada yang salah. Nabi atau Ustadz ini?

Baarakallahu fiikum. Ini ustadz bukan nabi. Maka camkan prinsip ini baik-baik. Baarakallahu fiikum.

[Ketiga] Seperti yang disebutkan oleh shahabat Rasul, dari Ali bin Abi Thalib ~radhiyAllaahu ‘anhu wa yardho~:

“Cintailah orang yang sangat kamu cintai itu sedang-sedang saja kerana bisa jadi suatu masa dia akan menjadi orang yang kamu benci. Bencilah orang yang kamu benci itu sedang-sedang saja kerana bisa jadi suatu masa dia akan menjadi orang yang kamu cintai.”

# sehingga CINTAI-lah dan BENCI-lah sesuai yang dituntunan oleh syariat.

Baarakallahu fiikum.

Amalan Mulia seputar Idul Adha

Amalan Mulia seputar Idul Adha


Amalan Mulia seputar Idul Adha

Written by buletin al-ilmu | 4 November 2011 |

Beberapa hari pertama dari bulan Dzulhijjah tahun ini telah kita lewati. Semoga Allah subhaanahu wa ta’aalaa menerima amal kita dan menghitungnya sebagai amalan yang dinyatakan oleh Rasulullahshallallaahu ‘alaihi wa sallam:

“Tidaklah ada suatu hari yang amal shalih yang dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini (iaitu sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah).” (HR. Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah)

Masih tersisa bagi kita di awal bulan ini beberapa hari yang memiliki keutamaan khusus dibanding hari-hari yang lain. Iaitu hari Arafah pada tanggal 9 dan keesokan harinya yang merupakan hari raya ‘Idul Adha. Berikutnya tiga hari setelah hari raya yang disebut hari tasyriq. Barangsiapa mengisi hari-hari itu dengan amalan yang sesuai dengan petunjuk Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, dia akan meraih keutamaan yang besar.

Para pembaca rahimakumullah. Pada buletin edisi kali akan kami sebutkan secara ringkas makna dari hari-hari tersebut (hari Arafah, hari raya ‘Idul Adha, dan hari-hari tasyriq), keutamaannya, serta amalan apa saja yang dianjurkan pada hari-hari itu, berikut hukum-hukumnya sesuai dengan bimbingan Allahsubhaanahu wa ta’aalaa dan Rasul-Nya shallallaahu ‘alaihi wa sallam.

Namun sebelumnya, penting untuk kita ketahui bahwa di antara amalan yang disyariatkan untuk diperbanyak ketika memasuki 10 hari pertama bulan Dzulhijjah adalah mengucapkan takbir. Ibadah ini masih terus berlanjut hingga akhir hari-hari Tasyriq. Ada dua macam takbir yang disyariatkan pada hari-hari tersebut, yaitu Takbir Muthlaq dan Takbir Muqayyad.

Takbir Muthlaq dilakukan sejak masuknya bulan Dzulhijjah sampai akhir hari Tasyriq. Adapun pelaksanaannya adalah setiap waktu, tidak hanya setiap selesai shalat fardhu. Jadi pensyariatannya bersifat mutlak, oleh kerana itulah dinamakan Takbir Muthlaq.

Sedangkan Takbir Muqayyad dilakukan setiap selesai shalat fardhu, dimulai sejak shalat shubuh hari ‘Arafah sampai seusai shalat ‘Ashr hari Tasyriq yang terakhir. Jadi pensyariatannya terikat dengan shalat, oleh kerana itu dinamakan dengan Takbir Muqayyad (terikat).


Puasa Arafah

Bagi jama’ah haji, hari Arafah adalah saat yang istimewa. Kerana pada hari itulah puncak pelaksanaan manasik haji ditunaikan, iaitu wukuf di padang Arafah. Pada saat itulah Allah subhaanahu wa ta’aalaa memuji dan membanggakan mereka di hadapan para malaikat-Nya. Dan pada hari itulah, banyak hamba-hamba Allah subhaanahu wa ta’aalaa yang dibebaskan dari an-naar (api neraka). Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang ertinya):

“Tidak ada hari yang Allah membebaskan hamba-hamba dari api neraka yang lebih banyak daripada hari Arafah, dan sesungguhnya Allah akan mendekat dan kemudian membanggakan mereka di hadapan para malaikat dan berfirman: apa yang mereka inginkan?” (HR. Muslim)

Bagi umat Islam yang tidak  sedang menunaikan ibadah haji pun, juga berkesempatan untuk mendapatkan keutamaan dan pahala yang besar di hari itu, yaitu dengan berpuasa (‘Arafah).

Walaupun hukumnya sunnah, namun amalan puasa yang dilakukan pada tanggal 9 Dzulhijjah ini memiliki keutamaan yang sangat besar, sebagaimana sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

“(Puasa Arafah) menghapus dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” (HR. Muslim)

Diterangkan oleh an-Nawawi rahimahullaah bahwa puasa ‘Arafah itu akan menggugurkan dosa-dosa pelakunya selama dua tahun. Dan yang dimaksud dosa di sini adalah dosa-dosa kecil. Kalau tidak memiliki dosa kecil, diharapkan akan meringankan beban  akibat dosa besarnya. Jika tidak, maka diharapkan akan mengangkat darjat orang yang berpuasa ‘Arafah tersebut. (Syarh Shahih Muslim)

Maka dari itu, seorang muslim hendaknya tidak terlupa dari kesempatan meraih keutamaan yang sangat besar ini.

Amalan lain yang juga dikerjakan pada hari Arafah adalah memulai mengumandangkan takbir muqayyad. Iaitu dimulai ketika selesai shalat shubuh sebagaimana telah diterangkan di atas. Hanya saja para ulama berbeza pendapat, bila lantunan kalimat yang mengandung pengagungan kepada Allah subhaanahu wa ta’aalaa ini diucapkan, apakah setelah istighfar (dalam bacaan dzikir setelah shalat), atau sebelumnya. Menurut Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullaah, yang benar adalah takbir muqayyad ini diucapkan setelah istighfar dan kalimat ‘Allahumma antassalam wa minkassalam…’ (Asy-Syarhul Mumti’)

‘Idul Adha

Tanggal 10 Dzulhijjah adalah hari raya ‘Idul Adha. Menurut pendapat yang paling kuat di kalangan ulama, inilah hari haji akbar yang merupakan hari penunaian manasik haji yang paling utama dan paling tampak, di mana rangkaian manasik haji paling banyak dilaksanakan pada hari itu.

Disebut juga dengan hari nahr (نَحْرٌ), kerana pada hari inilah dimulainya pelaksanaan nahr (dzabh atau penyembelihan) terhadap haiwan kurban dan haiwan hadyu (bagi jama’ah haji).

Inilah hari yang paling agung dan paling baik di sisi Allah subhaanahu wa ta’aalaa, sebagaimana sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam:

“Sesungguhnya hari yang paling agung di sisi Allah tabaraka wata’ala adalah hari nahr, kemudian hari al-qarr.” (HR. Abu Dawud)

Ibnul Qayyim rahimahullaah berkata, “Sebaik-baik hari di sisi Allah subhaanahu wa ta’aalaa adalah hari Nahr, dan dia adalah hari Haji Akbar.” (Zadul Ma’ad)
Adapun hari al-qarr adalah sehari setelah hari nahr, yaitu tanggal 11 Dzulhijjah.

Shalat ‘Idul Adha

Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Baginda biasa mengerjakan shalat dua hari raya di mushalla -(secara bahasa ertinya tempat shalat)-. Para ulama menerangkan bahwa mushalla yang dimaksud di sini adalah tanah lapang, bukan masjid. Kecuali jika ada halangan, seperti hujan. Dalam kitab Shahih-nya, al-Imam al-Bukhari rahimahullaah meriwayatkan sebuah hadits (yang ertinya):

“Adalah Rasulullah dahulu keluar pada hari Idul Fitri dan Idul Adha ke mushalla, yang pertama kali beliau lakukan adalah shalat.”

Shalat ‘Idul Adha disunnahkan untuk disegerakan pelaksanaannya agar kaum muslimin akan  bersegera menyembelih haiwan kurbannya. Kerana demikianlah yang afdhal, bersegera melakukan penyembelihan agar daging kurban itu akan segera dinikmati.

Sangat dianjurkan bagi kaum muslimin yang hendak menunaikan shalat ‘Id untuk mandi dan mengenakan pakaian yang paling baik sesuai dengan aturan syar’i dalam berpakaian. Bagi laki-laki sangat disukai untuk memakai wewangian, namun tidak bagi wanita.

Sepulang dari shalat ‘Id, disunnahkan untuk melalui jalan yang berbeda dengan jalan yang dilalui ketika berangkat. Kemudian bagi yang berkurban, hendaknya bersegera menyembelih hewan kurbannya. Alhamdulillah pada edisi buletin yang lalu telah dibahas hukum-hukum kurban dan berbagai masalah yang terkait dengannya. Silakan disimak kembali.

Hari Tasyriq

Hari Tasyriq adalah tiga hari setelah hari nahr, yaitu tanggal 11, 12, dan 13 Dzulhijjah. Menurut al-Imam an-Nawawi rahimahullaah, dinamakan hari tasyriq karena pada hari-hari itu orang-orang melakukan tasyriq (mendendeng) daging kurban dan menjemurnya di terik matahari. (Syarh Shahih Muslim)

Adapun Ibnul ‘Arabi -sebagaimana dinukilkan oleh al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullaah – mengatakan bahwa dinamakan hari tasyriq kerana haiwan-haiwan sembelihan, baik hadyu mahupun kurban itu tidaklah disembelih kecuali sampai matahari mengalami isyraq (terbit dan telah tampak bersinar). (Fathul Bari)

Hari-hari tasyriq juga diistilahkan dengan hari-hari Mina. Kerana selama tiga hari ini, jama’ah haji sedang menyempurnakan rangkaian manasik haji mereka di Mina, yaitu mabit (bermalam) dan melempar jumrahdi sana.

Disunnahkan pada hari-hari ini untuk memperbanyak dzikir kepada Allah subhaanahu wa ta’aalaa, sebagaimana yang diperintahkan dalam ayat-Nya (ertinya):

“Dan berdzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang berbilang.” (Al-Baqarah: 203)

Abdullah bin Abbas radhiyallaahu ‘anhuma berkata, “Yang dimaksud dengan ‘beberapa hari yang berbilang’ pada ayat tersebut adalah hari-hari tasyriq.” (Tafsir Ibnu Katsir)

Pada asalnya, berdzikir adalah suatu amalan yang dituntunkan untuk dilakukan setiap saat, bilapun dan di manapun. Namun ketika Allah subhaanahu wa ta’aalaa memerintahkan berdzikir khusus pada hari-hari tasyriq -sebagaimana dalam konteks ayat di atas-, ini menunjukkan bahwa berdzikir pada hari-hari itu memiliki nilai dan keutamaan yang lebih.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam sendiri pun juga telah menganjurkan umatnya untuk menjadikan hari tasyriq ini sebagai hari-hari untuk berdzikir kepada Allah subhaanahu wa ta’aalaa. Baginda shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ لِلّهِ تَعَالَى

“Hari-hari Tasyriq adalah hari-hari untuk menikmati makanan dan minuman, serta hari-hari untuk berdzikir kepada Allah Ta’ala.” (HR. Muslim)

Al-Hafizh an-Nawawi rahimahullaah berkata, “Dalam hadits ini menunjukkan disukainya (disunnahkan) untuk memperbanyak dzikir pada hari-hari itu (hari-hari tasyriq), berupa takbir dan yang lainnya.” (Lihat Syarh Shahih Muslim). Baik takbir muthlaq maupun takbir muqayyad. Baik di masjid, di jalan, di rumah, maupun di pasar. Demikianlah sunnah Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam yang sering dilalaikan oleh kaum muslimin sendiri.

Hadits di atas juga menunjukkan larangan berpuasa pada hari tasyriq. Kerana Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam menyatakan bahwa hari-hari tersebut adalah saatnya untuk menikmati makanan dan minuman. Baginda shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah mengutus salah seorang shahabatnya yang bernama Abdullah bin Hudzafah radhiyallaahu ‘anhu untuk berkeliling di Mina pada hari tasyriq sambil mengumumkan (yang ertinya):

“Hendaknya kalian jangan berpuasa pada hari-hari ini (hari-hari tasyriq), kerana itu adalah hari-hari untuk menikmati makanan, minuman, dan hari-hari untuk berdzikir kepada Allah ‘azza wajalla.” (HR. Ahmad)

Dikecualikan bagi jamaah haji (tamattu’ dan qiran) yang tidak memiliki haiwan hadyu untuk disembelih, boleh bagi mereka berpuasa pada hari-hari itu, sebagai denda kerana tidak menyembelih haiwan hadyu yang merupakan salah satu kewajiban haji. Ini sebagaimana yang diisyaratkan dalam firman-Nya (yang ertinya):

“Tetapi jika ia tidak mendapatkan (haiwan hadyu atau tidak mampu), maka wajib berpuasa tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kalian telah pulang kembali.” (Al-Baqarah: 196)

Sehingga bagi kaum mukminin, hari-hari tasyriq merupakan hari yang terkumpul padanya dua kenikmatan, kenikmatan badan (lahir) dan kenikmatan hati (batin). Kenikmatan badan dengan diberikannya kesempatan untuk menikmati makanan dan minuman, terutama daging kurban, kerana pada hari itu adalah termasuk waktu yang terlarang untuk berpuasa.

Sedangkan kenikmatan hati adalah dengan banyak berdzikir kepada Allah subhaanahu wa ta’aalaa. Karena dzikir itu bisa menenteramkan dan menenangkan hati.

“Ingatlah, hanya dengan berdzikir (mengingat) Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

Semoga menjadi bekal ilmu dan amal yang bermanfaat bagi kita semua. Amin.

Penulis: Al-Ustadz Abu Abdillah Kediri

TAKBIR MENGIKUT SUNNAH

TAKBIR MENGIKUT SUNNAH


Waktu Mulai & Berakhir Takbir

a. Takbir Eidil Fitri

Takbir pada saat Eidil fitri bermula sejak maghrib malam tanggal 1 syawal sehingga selesai solat ‘id.
Hal ini berdasarkan dalil berikut:

1. Allah berfirman, yang ertinya: “…hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu.”(Qs. Al Baqarah: 185)
Ayat ini menjelaskan bahawasanya ketika orang sudah selesai menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadlan maka disyariatkan untuk mengagungkan Allah dengan bertakbir.

2. Ibn Abi Syaibah meriwayatkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar dari rumah menuju ke tanah lapang kemudian baginda saw bertakbir hingga tiba di tanah lapang (musolla iaitu tempat solat hari raya). Baginda saw terus bertakbir sehingga solat selesai. Setelah menyelesaikan solat, baginda saw menghentikan takbir. (HR. Ibn Abi Syaibah dalam Al Mushannaf 5621)

Keterangan:

1. Takbir aidil fitri dilakukan dimana saja dan bila saja. Ertinya tidak semestinya di masjid.
2. Sangat dianjurkan untuk memeperbanyak takbir ketika menuju ke tempat solat raya. Ini kerana ia merupakan kebiasaan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat. Berikut di antara dalilnya:
  • Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar daripada rumah menuju ke tanah lapang (tempat solat hari raya) kemudian baginda saw bertakbir sehingga tiba di tanah lapang. Baginda saw terus bertakbir sehingga solat selesai. Setelah menyelesaikan solat, baginda saw menghentikan takbir. (HR. Ibn Abi Syaibah dalam Al Mushannaf)
  • Daripada Nafi: “Dulu Ibn Umar bertakbir pada hari id (ketika keluar rumah) sehingga beliau tiba di tanah lapang. Beliau terus melanjutkan takbir hingga imam datang.” (HR. Al Faryabi dalamAhkam al Idain)
  • Daripada Muhammad bin Ibrahim (seorang tabi’in), beliau mengatakan: “Dulu Abu Qatadah berangkat menuju tanah lapang pada hari raya kemudian bertakbir. Beliau terus bertakbir sehingga tiba di tanah lapang.” (Al Faryabi dalam Ahkam al Idain)
b. Takbir Aidil Adha

Takbir Aidil Adha ada dua:

1. Takbir yang tidak terikat waktu (Takbir Mutlak)
Takbir hari raya yang tidak terikat waktu adalah takbir yang dilakukan bila saja, dimana saja, selama masih dalam tempoh waktu yang dibolehkan.
Takbir mutlak menjelang aidil Adha bermula sejak tanggal 1 Zulhijjah sehingga waktu asar pada tanggal 13 Zulhijjah. Selama tanggal 1 – 13 Zulhijjah, kaum muslimin disyariatkan memperbanyakkan ucapan takbir di mana saja, bila saja dan dalam keadaan apa saja. Boleh sambil berjalan, di kenderaan, bekerja, berdiri, duduk, ataupun berbaring. Demikian pula, takbir ini boleh dilakukan di rumah, jalan, pejabat, sawah, pasar, tanah lapang, masjid, dst. Dalilnya adalah:
a. Allah berfirman, yang ertinya: “…supaya mereka berzikir (menyebut) nama Allah pada hari yang telah ditentukan…” (Qs. Al Hajj: 28)
Allah juga berfirman, yang ertinya: “….Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang berbilang…” (Qs. Al Baqarah: 203)
Tafsirnya:
  • Yang dimaksud berzikir pada dua ayat di atas adalah melakukan takbir
  • Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhuma mengatakan: “Yang dimaksud ‘hari yang telah ditentukan’ adalah tanggal 1 – 10 Zulhijjah, sedangkan maksud ‘beberapa hari yang berbilang’ adalah hari tasyriq, tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijjah.” (Al Bukhari secara Mua’alaq, sebelum hadis no.969)
  • Dari Sa’id bin Jubair dari Ibn Abbas, bahawa maksud “hari yang telah ditentukan” adalah tanggal 1 – 9 Zulhijjah, sedangkan makna “beberapa hari yang berbilang” adalah hari tasyriq, tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijjah. (Disebutkan oleh Ibn Hajar dalam Fathul Bari 2/458, kata Ibn Mardawaih: Sanadnya sahih)
b. Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.” (HR. Ahmad & Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir)

c. Imam Al Bukhari mengatakan: “Dulu Ibn Umar dan Abu Hurairah pergi ke pasar pada tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Mereka berdua mengucapkan takbir kemudian masyarakat bertakbir disebabkan mendengar takbir mereka berdua.” (HR. Al Bukhari sebelum hadis no.969)

d. Disebutkan Imam Bukhari: “Umar bin Khatab pernah bertakbir di khemahnya ketika di Mina dan didengar oleh orang yang berada di masjid. Akhirnya mereka semua bertakbir dan masyarakat yang di pasar-pun ikut bertakbir. Sehingga Mina bergema dengan takbir.” (HR. Al Bukhari sebelum hadis no.970)

e. Disebutkan oleh Ibn Hajar bahawa Ad Daruqutni meriwayatkan: “Dulu Abu Ja’far Al Baqir (cucu Ali bin Abi Thalib) bertakbir setiap selesai solat sunat di Mina.” (Fathul Bari 3/389)

2. Takbir yang terikat waktu

Takbir yang terikat waktu adalah takbir yang dilaksanakan setiap selesai melaksanakan solat wajib. Takbir ini dimulai sejak setelah solat subuh tanggal 9 Zulhijjah sehingga setelah solat Asar tanggal 13 Zulhijjah. Berikut dalil-dalilnya:

a. Dari Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau dulu bertakbir setelah solat shubuh pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga setelah Zuhur pada tanggal 13 Zulhijjah. (Ibn Abi Syaibah & Al Baihaqi dan sanadnya disahihkan Al Albani)

b. Dari Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah solat shubuh pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga Asar tanggal 13 Zulhijjah. Beliau juga bertakbir setelah ashar. (HR Ibn Abi Syaibah & Al Baihaqi. Al Albani mengatakan: “Sahih dari Ali radhiyallahu ‘anhu“)

c. Dari Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah solat shubuh pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga tanggal 13 Zulhijjah. Beliau tidak bertakbir setelah maghrib (malam tanggal 14 Zulhijjah). (HR Ibn Abi Syaibah & Al Baihaqi. Al Albani mengatakan: Sanadnya sahih)

d. Dari Ibn Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah solat shubuh pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga Asar tanggal 13 Zulhijjah. (HR. Al Hakim dan disahihkan An Nawawi dalam Al Majmu’)

Lafaz Takbir

Tidak terdapat riwayat lafaz takbir tertentu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Hanya saja ada beberapa riwayat dari beberapa sahabat yang mencontohkan lafaz takbir. Diantara riwayat tersebut adalah:

Pertama, Takbir Ibn Mas’ud radhiyallahu ‘anhu. Riwayat daripada beliau ada 2 lafaz takbir:

أ‌- اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُب‌- اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ

Keterangan:Lafaz: “Allahu Akbar” pada takbir Ibn Mas’ud boleh dibaca dua kali atau tiga kali. Semuanya diriwayatkan Ibn Abi Syaibah dalam Al Mushannaf.

Kedua, Takbir Ibn Abbas radliallahu ‘anhuma:

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَأَجَلُّاللَّهُ أَكْبَرُ، عَلَى مَا هَدَانَا

Keterangan:Takbir Ibn Abbas diriwayatkan oleh Al Baihaqi dan sanadnya disahihkan Syaikh Al Albani.

Ketiga, Takbir Salman Al Farisi radhiyallahu ‘anhu:

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا

Keterangan: Ibn Hajar mengatakan: Takbir Salman Al Farisi radhiyallahu ‘anhu diriwayatkan oleh Abdur Razaq dalam Al Mushanaf dengan sanad sahih dari Salman.

Catatan Penting

As Shan’ani mengatakan: “Penjelasan tentang lafaz takbir sangat banyak daripada berberapa ulama. Ini menunjukkan bahawa perintah bentuk takbir cukup longgar. Disamping ayat yang memerintahkan takbir juga menuntut demikian.”
Maksud perkataan As Shan’ani adalah bahawa lafaz takbir itu longgar, tidak hanya satu atau dua lafaz. Orang boleh milih mana saja yang dia suka. Bahkan sebahagian ulama mengucapkan lafaz takbir yang tidak ada keterangan dalam riwayat hadis. Allahu A’lam.

Kebiasaan yang Salah Ketika Takbir

Ada beberapa kebiasaan yang salah ketika melakukan takbir di hari raya, diantaranya:

a. Takbir berjamaah di masjid atau di tanah lapang
Ini kerana takbir yang sunnah itu dilakukan sendiri-sendiri dan tidak diketuai seseoran. Sebagaimana disebutkan dalam riwayat Anas bin Malik bahawa para sahabat ketika bersama nabi pada saat bertakbir, ada yang sedang membaca Allahu akbar, ada yang sedang membaca laa ilaaha illa Allah, dan satu sama lain tidak saling menyalahkan… (Musnad Imam Syafi’i 909)
Riwayat ini menunjukkan bahawa takbirnya para sahabat tidak seragam. Kerana mereka bertakbir sendiri-sendiri dan tidak berjamaah.

b. Takbir dengan menggunakan pengeras suara
Perlu difahami bahawa cara melakukan takbir hari raya tidak sama dengan cara melaksanakan azan. Dalam syariat azan, seseorang dianjurkan untuk melantangkan suaranya sekeras mungkin. Oleh kerana itu, para juru azan di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam seperti Bilal, dan Abdullah bin Umi Maktum ketika hendak azan mereka naik, mencari tempat yang tinggi. Tujuannya adalah agar azan didengar oleh banyak orang. Namun ketika melakukan takbir hari raya, tidak terdapat satupun riwayat bahawa Bilal naik mencari tempat yang tinggi dalam rangka melakukan takbir. Beliau melakukan takbir di bawah dengan suara keras yang hanya didengari oleh beberapa orang di sekelilingnya saja.
Oleh kerana itu, sebaiknya melakukan takbir hari raya tidak sebagaimana azan. Ini kerana dua syariat ini adalah syariat yang berbeza.

c. Hanya bertakbir setiap selesai solat berjamaah
Sebagaimana telah dijelaskan bahawa takbir itu ada dua. Ada yang terikat waktu dan ada yang sifatnya mutlak (tidak terikat waktu). Untuk takbir yang mutlak sebaiknya tidak dilaksanakan setiap selesai solat fardlu saja. Yang sunnah dilakukan setiap saat, bila saja dan di mana saja.
Ibnul Mulaqin mengatakan: “Takbir setelah solat wajib dan yang lainnya, untuk takbir Aidil Fitri maka tidak dianjurkan untuk dilakukan setelah solat, menurut pendapat yang lebih kuat.” (Al I’lam bi Fawaid Umadatil Ahkam: 4/259)
Amal yang disyariatkan ketika selesai solat jamaah adalah berzikir sebagaimana zikir setelah solat. Bukan melaungkan takbir. Waktu melaungkan takbir cukup longgar, boleh dilakukan bilapun selama hari raya. Oleh kerana itu, tidak selayaknya mengambil waktu yang digunakan untuk berzikir setelah solat.

d. Tidak bertakbir ketika di tengah perjalanan menuju tanah lapang
Sebagaimana riwayat yang telah disebutkan di atas, bahawa takbir yang sunnah itu dilakukan ketika di perjalanan menuju tempat solat hari raya. Namun sayang sunnah ini hampir hilang, melihatkan ramainya orang yang meninggalkannya.

e. Bertakbir dengan lafaz yang terlalu panjang
Sebahagian pemimpin takbir sesekali melantunkan takbir dengan bacaan yang sangat panjang. Berikut lafaznya:
الله أكبر كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ…
Takbir dengan lafaz yang panjang di atas tidak ada dalilnya. Allahu a’lam.

Saturday, 28 September 2013

Bab : BERSIKAP PERTENGAHAN DALAM CINTA DAN BENCI



Diriwayatkan dari Aslam Al Adawi ; 'Umar bin Kaththab  رضي الله عنه berkata kepadaku ';

'Wahai Aslam ,Jangan sampai cintamu dipaksakan dan jangan sampai bencimu membinasakan.
Jika kau mencintai seseorang jangan sampai kau memaksakan diri seperti anak kecil yang memaksakan diri demi sesuai yang diinginkan.Dan jika kau membenci seseorang,jangan sampai membuatmu menginginkan orang yang kau benci binasa dan mati.'

Ertinya :

Jika kau mencintai seseorang ,jangan berlebihan seperti wanita dan anak kecil yang memaksakan diri ketika mengingikan sesuatu.Demikian pula saat kau membenci seseorang,jangan berlebihan sehingga mengharapkan orang yang kau benci binasa dan mati.

Taraf Atsar : Shahih
Diriwayatkan oleh : Abdurrazaq dalam Al Mushannaf (XII/181) ,Al Bukhari dalam Al Adab Al Mufrad (no .1322) dan Ibnu Jarir Ath Thabari dalam Tahzibul Atsar (1/223-224)


Diriwayatkan dari Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib  رضي الله عنه ,

'Cintailah kekasihmu seperlunya ,bisa jadi dia akan membencimu suatu hari nanti.Bencilah orang yang kau benci seperlunya sahaja,bisa jadi dia menjadi kekasihmu suatu hari nanti '

Taraf Atsar : SHAHIH
Diriwayatkan oleh : Diriwayatkan secara mauquf dan marfu' .Al Bukhari dalam Al Adab Al Mufrad (no 1321) dan Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushanaf (XIV/102)

Syiah VS SUNNAH

Petikan tentang Syria dari akhbar : The Malaysian Insider
"Sebenarnya perang di sana adalah agenda perebutan kuasa dan tidak ada kaitan dengan perang antara Sunnah dengan Syiah sebagaimana yang digembar-gemburkan"

Jadi fatwa ulama seperti Syaikh Ali As-Sobuni, Syaikh Muhammad Al-Arifi, dan Syaikh Muhammad Hassan (Mesir) serta perhimpunan lebih 100 ulama di Mesir berkenaan jihad di syria tidak releven lagi mengikut kenyataan "beliau" ni.. 

http://my.news.yahoo.com/kepimpinan-ulama-dan-unit-amal-dari-iran-kata-230759814.html

Doa khatam QURAN

Do'a Khatam Al Qur'an

senandung_al_quran_khatam_khatamanKaum muslimin di negeri kita punya kebiasaan mengkhatamkan Al Qur’an, artinya membaca Al Qur’an seluruhnya hingga tuntas. Yang paling seringnya dilakukan di bulan Ramadhan penuh barokah. Setelah khatam ada do’a yang sering dibaca yang pasti di antara kita pernah mendengarnya,

اللهم ارحمني بالقرآن, واجعله لي إماماً, ونوراً, وهدى ورحمةً, اللهم ذَكِّرْني منه ما نسيت, وعلّمني منه ما جهلت, وارزقني تلاوته آناء الليل, واجعله لي حجة يا رب العالمين

“Allhummarhamni bilqur’an. Waj‘alhu li imaman wa nuran wa hudan wa rohmah. Allhumma dzakkirni minhu ma nasitu wa ‘allimni minhu ma jahiltu warzuqni tilawatahu aana-allaili waj‘alhu li hujatan ya rabbal ‘alamin” [Ya Allah sayangilah aku dengan sebab Al Qur’an dan jadikanlah Al Qur’an untukku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, ingatkanlah aku akan ayat-ayat al Qur’an yang kulupa, ajarilah aku tentang isi Al Qur’an yang tidak aku ketahui dan berilah aku nikmat bisa membacanya di waktu malam. Jadikanlah Al Qur’an sebagai membelaku wa tuhan semesta alam].

Bagaimana dengan do’a di atas? Lalu adakah tuntunan atau do’a khusus setelah mengkhatamkan Al Qur’an? Simak bahasan sederhana berikut.

Keep in Mind ...

Perlu diketahui bahwa dalam ajaran nabi kita –shallallahu ‘alaihi wa sallam- tidak ada do’a khusus setelah mengkhatamkan Al Qur’an. Bahkan para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sekalipun atau pula para imam yang terkemuka tidak mengajarkan do’a khusus kala itu. Adapun katanya ada do’a khusus seperti yang termaktub di akhir mushaf Al Qur’an, bahkan ini disandarkan pada Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah-, hal itu sama sekali tidaklah benar. [Lihat Fatwa Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah, 14/226].

Macam Do’a Khatam Al Qur’an

Do’a khatam Al Qur’an ada dua macam. Ada yang membacanya setelah mengkhatamkan Al Qur’an ketika shalat, ada pula yang membacanya karena telah mengkhatamkan di luar shalat. Mengenai do’a karena mengkhatamkan Al Qur’an dalam shalat, maka ini sama sekali tidak ada asal usulnya. Adapun untuk mengkhatamkan Al Qur’an di luar shalat, maka ada riwayat dalam hal ini sebagaimana yang dipraktekkan oleh Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu. Nantikan riwayat Anas di akhir bahasan.

Syaikh Muhammad bin Sholeh Al ‘Utsaimin rahimahullah pernah ditanya, “Apa hukum membaca do’a khatam Al Qur’an pada shalat malam di bulan Ramadhan?”

Syaikh rahimahullah menjawab, “Saya tidak mengetahui adanya tuntunan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai do’a khatam Al Qur’an ketika shalat malam di bulan Ramadhan. Aku pun tidak mengetahui dari para sahabat akan hal ini. Yang ada adalah riwayat dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, di mana Anas ketika mengkhatamkan Al Qur’an, beliau mengumpulkan keluarganya, lalu mendo’akan kebaikan bagi mereka. Dan ingat ini dilakukan karena mengkhatamkan Al Qur’annya di luar shalat (bukan di dalam shalat). [Fatawa Arkanil Islam, hal. 354]

Riwayat Hadits Senandung Al Qur’an

Syaikh Bakr Abu Zaid rahimahullah memiliki risalah yang bermanfaat dalam hal ini, dengan judul “Juz-u fii Marwiyaat Du’a Khatmi al Qur’an, wa Hukmuha Dakhilus Sholah wa Khorijuha” (Bahasan khusus tentang riwayat-riwayat do’a khatam Al Qur’am, dan bagaimana hukumnya di dalam dan luar shalat). Di dalamnya beliau rahimahullah menyinggung do’a “Allahummar hamnii bil qur’aan ...”, yang lebih ma’ruf di kalangan kita disebut dengan “senandung Al Qur’an”. Bagaimana status riwayat do’a tersebut? Benarkah shahih dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam?

Perlu diketahui bahwa hadits yang membicarakan do’a tersebut termasuk hadits mu’dhol yang dibawakan oleh Daud bin Qois. Hadits mu’dhol adalah di antara hadits yang lemah karena sanadnya terputus, yaitu ada dua perowi terputus secara berturut-turut.

Hadits di atas disebutkan oleh Al Ghazali dalam Ihya ‘Ulumuddin 1/278. Tatkala as Subki membahas biografi Al Ghazali dalam Thabaqat As Syafi’iyyah Al Kubro 6/286-386, beliau menyebutkan hadits-hadits yang tercantum dalam kitab Ihya ‘Ulumuddin namun pada realitanya tidak memiliki sanad. Di antara yang hadits yang disebutkan oleh as Subki adalah hadits di atas. Lihat Thabaqat As Syafi’iyyah Al Kubro 6/301.

Namun dalam Takhrij kitab Ihya ‘Ulumuddin untuk hadits-hadits yang ada dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin pada 1/287 al Hafizh al ‘Iraqi mengatakan, “Hadits di atas diriwayatkan oleh Abu Manshur Al Muzhaffar bin Al Husain Al Arjani dalam kitabnya Fadha-il Al Qur’an dan Abu Bakr bin al Dhahhak dalam Asy Syama-il. Sanad yang ada di dua kitab tersebut semuanya bersumber dari Abu Dzar Al Harawi dari Dawud bin Qois secara mu’dhol (ada dua perawi dalam sanadnya yang gugur secara berturut-turut)”.

Sedangkan Az Zarkasyi dalam buku Al Burhan 1/475 mengatakan bahwa hadits di atas diriwayatkan oleh Al Baihaqi dalam Dala-il An Nubuwwah. Akan tetapi aku tidak menjumpai hadits tersebut dalam kitab Dala-il An Nubuwwah yang dicetak tahun 1405 H. Hadits di atas juga disebutkan oleh Al Ghafiqi dalam kitabnya Fadha-il Al Qur’an -yang masih berupa manuskrip-, akan tetapi beliau tidak menyebutkan siapa yang meriwayatkannya sebagaimana kebiasaan beliau. [Juz-u fii Marwiyaat Du’a Khatmi al Qur’an[1], hal. 256-257]

3 Macam Riwayat Do’a Setelah Khatam Al Qur’an

Sebagaimana disebutkan oleh Syaikh Bakr Abu Zaid rahimahullah, beliau katakan bahwa riwayat tentang do’a khatam Al Qur’an ada tiga macam:

Pertama, riwayat yang menunjukkan bhwa do’a khatam Al Qur’an adalah di antara waktu diijabahinya (terkabulnya) do’a. Riwayat tersebut berasal dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ada dua riwayat. Juga terdapat dalam riwayat Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Jabir radhiyallahu ‘anhu, Al ‘Irbadh bin Sariyah radhiyallahu ‘anhu, perkataan Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dan perkataan Mujahid rahimahullah.

Kesimpulan Syaikh Bakr Abu Zaid mengenai macam riwayat pertama ini, “Tidak ada satu pun hadits yang shahih dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang membicarakan bahwa do’a saat khatam Al Qur’an adalah do’a yang mustajab. Hadits yang menerangkan hal itu boleh jadi mawdhu’ (diriwayatkan oleh seorang pendusta) atau hanya perkataan Jabir. Tidak ada yang shahih kecuali hanya perkataan Mujahid (yang hanya seorang tabi’in).” [Juz-u fii Marwiyaat Du’a Khatmi al Qur’an, hal. 264]

Kedua, riwayat yang menjelaskan adanya do’a khusus setelah khatam Al Qur’an (sebagaimana senandung qur’an yang telah kami singgung di atas, pen). Hal ini terdapat dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, Wazir bin Hubaisy dari ‘Ali radhiyallahu ‘anhu, Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, hadits mursal dari ‘Ali bin Al Husain rahimahullah, hadits mu’dhol dari Daud bin Qois rahimahullah.

Syaikh Bakr Abu Zaid menjelaskan mengenai macam riwayat yang membicarakan ada do’a khusus setelah khatam Al Qur’an, “Ada yang berasal dari hadits Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, dalam sanadnya ada perowi yang pendusta (hadits mawdhu’). Ada pula dari hadits Abu Hurairah, namun tidak diketahui siapa yang mengeluarkan hadits itu. Ada juga hadits dari ‘Ali bin Al Husain yang hukumnya mursal (seorang tabi’in berkata langsung dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, pen) dan di dalamnya juga ada perowi yang dituduh berdusta dan dituduh berpaham Rofidhah (Syi’ah). Juga ada hadits dari Daud bin Qois di mana haditsnya mu’dhol (dua orang perowi yang berturu-turut terputus, artinya sanadnya tidak bersambung, pen). Begitu pula hadits Wazir bin Hubaisy dari ‘Ali sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu An Najaar dalam “Dzail Tarikh Baghdad”, namun nyatanya tidak ada dalam cetakan kitab tersebut. Dan bila disandarkan pada kitab tersebut, itu sudah menunjukkan dho’if (lemah)-nya.” [Juz-u fii Marwiyaat Du’a Khatmi al Qur’an, hal. 264]

Intinya, macam riwayat kedua ini tidak ada satu pun yang shahih, semuanya bermasalah. Sehingga kita katakan bahwa tidak ada hadits shahih yang membicarakan adanya do’a khusus setelah khatam Al Qur’an.

Ketiga, riwayat yang menjelaskan dikumpulkannya keluarga dan anak-anak lalu berdo’a kebaikan untuk mereka. Riwayat ini dari Anas radhiyallahu ‘anhu secara marfu’ (sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam) dan mauquf (perkataan sahabat), juga ada riwayat dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma.

Syaikh Bakr Abu Zaid membicarakan mengenai macam riwayat terakhir ini, “Riwayat yang membicarakan dikumpulkannya keluarga dan anak-anak ketika khatam Al Qur’an (lalu berdo’a kala itu, tanpa do’a yang dikhususkan, pen), maka riwayat tersebut berasal dari perbuatan sahabat –yang mulia- Anas radhiyallahu ‘anhu. Sedangkan jika dikatakan itu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka riwayat tersebut tidak shahih (intinya, hanya perbuatan sahabat Anas saja, pen). Dan dalam atsar Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma yang menerangkan hal yang sama ada ‘illah (cacat di dalamnya), yaitu adanya inqitho’ (terputus) dan dalam sanadnya ada perowi matruk (yang dituduh berdusta).” [Juz-u fii Marwiyaat Du’a Khatmi al Qur’an, hal. 264]

Conclusion

Yang tepat, asal do’a setelah khatam Al Qur’an tidak diterangkan dalam satu hadits pun dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, yang ada hanyalah riwayat sahabat Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu yang jadi perbuatan beliau. Riwayat Anas tersebut diriwayatkan oleh Tsabit Al Banani, Qotadah, Ibnu ‘Athiyah dan selainnya,

كَانَ إِذَا خَتَمَ الْقُرْآنَ جَمَعَ أَهْلَهُ وَوَلَدَهُ ، فَدَعَا لَهُمْ

“Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu pernah ketika khatam Al Qur’an mengumpulkan keluarga dan anaknya, lalu Anas berdoa untuk kebaikan mereka.” (HR. Ibnul Mubarok, Ibnu Abi Syaibah, Ibnu Nashr, Ibnu ‘Ubaid, Ibnu Adh Dhurais, Ibnu Abi Daud, Al Faryabi, Ad Darimi, Sa’id bin Manshur, Ath Thobroni, Al Anbari. Al Haitsami katakan bahwa dalam periwayat dalam sanad Thobroni adalah tsiqoh, kredible. Syaikh Al Albani katakan bahwa dalam riwayat Ad Darimi sanadnya shahih)

Dalam kesimpulan terakhir, Syaikh Bakr Abu Zaid rahimahullah menjelaskan, “Riwayat dalam masalah do’a setelah khatam Al Qur’an tidak shahih sama sekali jika disandarkan pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lihatlah bagaimana berbagai kitab-kitab ulama Islam yang terkenal seperti kutubus sittah, Muwattho’, musnad Ahmad, berbagai tulisan ulama dalam Bab dzikir (seperti Ibnu Daqiq Al ‘Ied dalam Al Ilmam, Al Majd Ibnu Taimiyah dalam Al Muntaqo, Ibnu Hajar dalam Bulughul Marom, dan selainnya), dalam kitab-kitab tersebut tidak menerangkan adanya do’a (khusus) setelah khatam Al Qur’an.” [Juz-u fii Marwiyaat Du’a Khatmi al Qur’an, hal. 265]

Jika ada yang mempraktekan seperti Anas bin Malik, yaitu dengan mengumpulkan keluarga lalu mendo’akan kebaikan bagi mereka, maka itu baik. Do’anya ini sifatnya umum dan tidak dikhususkan pada satu do’a saja.

Wallahu waliyyut taufiq. Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat.



Reference:

Fatwa Al Islam Sual wa Jawab no. 65581, Syaikh Sholeh Al Munajjid, Asy Syamilah

Al Ajza’ Al Haditsiyah, Juz-u fii Marwiyaat Du’a Khatmi al Qur’an, wa Hukmuha Dakhilus Sholah wa Khorijuha, Syaikh Bakr Abu Zaid, terbitan Darul ‘Ashimah, cetakan pertama, 1416 H