Sunday, 4 August 2013

INDAHNYA PERSAHABATAN KERANA ALLAH 
Oleh: Mohamad Izwan bin Zainal Abidin

Seorang yang bernama manusia, sudah pasti memerlukan sahabat untuk berkongsi masalah, berkongsi suka dan duka, berkongsi perasaan pahit dan manis. Manusia sangat memerlukan seorang sahabat disisi. Allah telah mengurniakan Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wa sallam seorang sahabat sejati, yang membenarkan kata-kata baginda pada saat ramai orang mendustakannya. Abu Bakar merupakan sahabat yang pertama membenarkan kata-kata baginda. Namun, dalam persahabatan, kita amat memerlukan persahabatan yang sejati, iaitu persahabatan yang ikhlas kerana Allah.  Lihat sahaja Nabi Musa, beliau pernah berdoa kepada Allah agar nabi Harun dijadikan teman seperjuangan dalam berdakwah, Lalu, Allah memakbulkan doa Nabi Musa.

Hari ini, ramai manusia yang terlupa tentang makna persahabatan yang sebenar. Ada dalam kalangan mereka yang memahami persahabatan hanya setakat di dunia sahaja, ada pula mereka yang bersahabat kerana harta dan wang ringgit, ada yang bersahabat kerana jawatan dan pangkat, tidak lupa bagi para mahasiswa, mereka bersahabat hanya kerana assignment dan peperiksaan semata-mata. Persahabatan ini tidak akan kekal lama. Nilailah kembali mengapa Allah menyuruh seorang hambanya memilih sahabat. Teliti kembali saranan Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wa sallam supaya memilih sahabat karib itu daripada kalangan orang yang baik dan soleh.

Kata Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wa sallam:

لا تصاحب الا مؤمنا ولا ياكل طعامك الا تقى

Maksudnya: “Jangan kamu mengambil teman kecuali yang mukmin dan jangan memakan makananmu kecuali orang yang bertakwa.

(HR At-Tirmizi (2395), Abu Dawud (4834) dan dihasankan oleh Al-Albani dalam shahih al-Jami’ (7341).


Rasulullah sangat menitik beratkan seseorang agar memilih sahabat yang baik. Hal ini kerana seorang sahabat yang baik memberi PENGARUH yang besar kepada seseorang sahabatnya yang lain. Bahkan, seorang sahabat yang baik merupakan ‘satu anugerah’ bagi sesiapa yang memperolehnya.

Ayyub as-Sakhtiyaani rahimahullah berkata:

ان من سعادة الحدث والاعجمي ان بوفقهما الله لعالم من اهل السنة

Terjemahan: “Sesungguhnya salah satu tanda kebahagiaan seorang pemuda dan seorang ajam adalah Allah memberinya taufik kepada seorang alim dari kalangan Ahlus Sunnah.”

Seorang sahabat yang baik juga merupakan cerminan bagi dirinya. Setiap perkataan, tingkah laku, perbuatan mahupun minat sudah pasti akan sama. Cuba anda lihat sahabat baik anda, pernahkah anda terfikir bahawa sahabat anda banyak memperngaruhi anda? Sekiranya sahabat anda seorang yang rajin, sudah pasti anda juga akan ‘terkena tempias’ untuk menajadi rajin, sekiranya anda suka memakai pakian yang berstyle, sudah pasti sahabat anda juga yang tidak pandai bergaya, akan mengikuti anda dalam hal tersebut. Hal ini akan terjadi secara ‘automatik’ tanpa kita sedari.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:

فان الناس كاسراب القطا, محبولون على تشبه بعضهم ببعض

Maksudnya: “Sesungguhnya manusia itu seperti sekawanan burung, selalu tertarik untuk saling meniru satu sama lainnya.”
(Al-Istiqaamah (ii/255)

Bersahabat kerana Allah akan mampu membina satu kekuatan iman yang tinggi disamping sebuah persahabatan yang disisipkan keikhlasan kerana Allah akan mampu membuat para Nabi dan syuhada begitu ‘cemburu’ dengan persahabatan mereka. Masakan tidak, Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam telah menuturkan satu hadith qudsi:

قال الله عز وجل المتحابون في جلالي لهم منابر من نور بغبطهم النبيون والشهداء

Maksudnya: “Allah berkata: “Orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganku, bagi mereka mimbar-mimbar dari cahaya yang membuat cemburu para Nabi dan Syuhada.”

(Hadith shahih diriwayatkan oleh At-Tirmizi (2390) dan Ahmad (v/236-237), dari Mu’adz bin Jabal radiyallallahu’anhu)

Lalu, mengapa kita tidak mahu mengejar mimbar tersebut? Para Nabi dan Syuhada sangat cemburu dengan golongan seperti ini. Ya, bukan mudah untuk menjadi seperti golongan tersebut. Keikhlasan dalam persahabatan perlu ditanamkan dalam hati. Sikap istikomah perlu diterapkan agar suatu hari nanti, sahabat anda melakukan kesalahan, anda tidak meninggalkannya begitu sahaja, anda sanggup menasihatinya supaya kembali ke pangkal jalan, membantunya memahami sunnah para Rasul-Nya. Mencintainya kerana Allah dan membencinya kerana Allah.

Kecintaan itu perlu diungkapkan dan tidak perlu disimpan, bahkan sangat sunnah sekiranya seseorang yang sangat mencintai sahabatnya mengucapkan “uhibbukafillah, atau uhibbukifllah kepada sahabat yang dicintainya. Ingat, ucapan ini hanya untuk yang sesama jantina, jangan salah gunakan istilah ini dan seterusnya menjenamakan istilah ini dengan mengatakan kepada rakan yang bukan mahram. Nauzubillah, bertakwalah kepada Allah barangsiapa yang mempermainkan agama-Nya.

Sabda Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam:

اذا احب احدكم اخاه فليعلمه انه يحببه

Maksudnya: “Jika salah seorang dari kamu mencintai saudaranya, hendaklah ia mengkhabarkan bahawa ia mencintainya kerana Allah.”

(HR Ahmad (iv/130 nombor 17171, Abu Dawud (5124), Al-Hakim (iv/171) dan Ibnu Hibban (569) dalam Al-Ihsan)

Dan orang yang diberikan ucapan tersebut, sunnahnya menjawab:

احبك الذي احببتني له

Maksudnya: “Semoga Allah mencintaimu kerana engkau mencintaiku kerana-Nya.”

Berkasih sayanglah kerana Allah, nascaya Allah akan mengasihani kamu, jalinkan persahabatan hanya kerana-Nya, ikhlaskan hati untuk bersahabat kerana-Nya kerana keikhlasan akan membuatkan hasil yang begitu lumayan kelak. Berhadiahlah, maka, perasaan kasih sayang itu akan timbul.

Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam bersabda:

تحادوا تحابوا

Maksudnya: “Hendaklah kamu saling memberi, nascaya kamu akan saling mencintai.”

(HR Bukhari dalam Adabul Mufrad (594) dan dihasankan oleh Al-Albani dalam shahih al-Jaami’ (3004))

Berikanlah hadiah kepada sahabat anda sekali sekala agar persahabatan itu bertambah subur. Jauhi daripada bersangka buruk dan saling bermusuhan kerana perbuatan tersebut hasil kerja syaitan yang ingin memecahbelahkan kesatuan yang telah kukuh itu.

Sekadar perkongsian, semoga bermanfaat, Barakallahufeekum.
Apabila seseorang sedang memegang bekas air di tangannya sedangkan azan sedang dilaungkan ketika bersahur. Nabi Muhammad sallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

اذا سمع احدكم النداء والاءناء على يده فلا يضعه حتى يقضي حاجته منه

Terjemahan: "Sekiranya seorang daripada kamu mendengar azan sedang bekas air di tangannya, janganlah dia letakkan sehingga dia selesaikan apa yang dia perlu."

(HR Abu Daud)
Coretan hati buat diri.

Banyak perkara yang berubah, sama ada fizikal mahupun kematangan dalam berfikir. Duduk di Ipg ini banyak membentuk diri, daripada seorang yang masih dengan dunia keanak-anakan kepada dunia yang lebih mementingkan tanggungjawab dan disiplin. 

Dunia sebagai bakal pendidik terlalu mencabar, walau dihidangkan dengan elaun yang agak lumayan, namun, belum tentu mampu dibayar dengan sedikitnya ilmu yang dikutip. Berdepan dengan ramai pensyarah yang hebat dan berpengalaman, bertemu juga dengan ramai rakan-rakan yang manis dengan senyuman, dunia menjadi segar semula.

IPG dan dunia Hogwart tidak banyak berbeza. Barangkali, 5 tahun setengah bertemu, pasti muka yang sama, masih ku ingat rakan-rakan yang masuk dahulu, ada sahaja perubahan dalam diri mereka, mungkin juga aku tidak terlepas darinya. Kehidupan senior banyak membantu diri menyesuaikan diri, kini, mereka semakin hilang dalam pandangan mata, muncul pula generasi baru dan aku hanya mewarisi apa yang telah mereka lakukan.

Walau majorku Pendidikan Islam, aku juga belajar subjek lain, seolah, aku berpeluang belajar kesemua subjek walau tidak mendalam. Aku belajar bersukan, aku belajar juga Bahasa Inggeris, aku belajar Bahasa Arab dan aku belajar Matematik, aku belajar seni. Namun, ilmu yang basic itu aku hadam juga walaupun aku sebenarnya tidak suka ilmu kira-kira.

Perjalanan itu masih panjang, jauh untuk menunggu perhentian seterusnya. Aku cuma berteduh di hentian yang sementara, masa depanku belum terjamin, namun, aku bahagia duduk di Ipg Kpi. Banyak ilmu dan didikan yang ku timba. Walau aku tidak mampu menjadi pendidik yang berguna, aku berharap, aku terus menjadi penuntut ilmu yang baik.

Kini, generasi baru sedang berhadapan dengan perkara yang sama, menyesuaikan diri dalam keadaan tercari-cari identiti diri. Namun, aku harapkan, ada pelangi yang tersimpan buat mereka walau jauh dari orang tua.


-coretan ustaz izwan
Ketika tiba bulan puasa, usah kecewa sekiranya banyak menyediakan makanan berbuka puasa untuk orang lain, walau hanya sedikit, dicatat pahala bagi yang ikhlas memberi. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Kata Nabi Muhammad sallallahu'alaihi wa sallam:

من فطر ضائما كان له مثل اجره غير انه لا ينقص من اجر الصائم شيئا قال ابو عيسى هذا حديث حسن صحيح

Terjemahan: "Siapa yang menyediakan makanan berbuka untuk orang puasa, dia akan dapat seperti pahalanya tanpa dikurangkan pahalanya sedikitpun."

(HR al-Tirmizi)
ALLAH BERFIRMAN:

"Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat."

(Surah Ali Imran:105)

Seorang Yahudi bernama Syas bin Qais telah memunculkan fitnah dan menceritakan kisah silam yang membuatkan suku Aus dan Khazraj mengangkat pedang sesama mereka. Fitnah yang ditimbulkan tersebar kepada Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam, lalu baginda berkata:

"Wahai kaum Muslimin! Ingatlah kepada Allah! Ingatlah kepada Allah! Apakah dengan perbuatan jahiliyah ini kalian menjadi redha, sedangkan aku ditengah-tengah kalian. Setelah kalian mendapatkan petunjuk dari Allah kepada Islam dan memuliakan kalian dengannya serta menghapus budaya jahiliyah dari kalian dan menyelamatkan kalian dari kekafiran, lalu, kalian mahu kembali lagi kepada masa kekafiran?"

Fitnah perpecahan umat Islam bermula dari makar bisikan syaitan dan tipu daya musuh Islam. Rentetan isu dunia kini, umat Islam semakin banyak berpecah dan terdapat musuh dalam selimut yang menyebabkan perpecahan tersebut.

Kisah dan iktibar yang diperoleh wajar disematkan dalam hati.

Teringat juga kisah Abdullah bin Saba yang turut menjadi pemecah belah umat Islam ketika zaman khalifah Utsman. Kini, watak tersebut akan sentiasa diwarisi zaman berzaman.

Walau pada hakikatnya al-quran dan hadith telah diwasiatkan, namun, jalan nafsu itu tetap pilihan utama. Semoga akan wujud generasi yang memahami isi al-quran dan hadith itu.
Ada tiga golongan yang dibenci Allah di dalam satu hadith. Hadith ini amat bermanfaat untuk ditelaah dan dihadam. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang dibenci Allah.

Ibnu Abbas radiyallallahu'anhu meriwayatkan, Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

ابغض الناس الى الله ثلاثة: ملحد في الحرام, ومبتغ فب الاسلام سنة الجاهلية, ومطلب دم امرئ مسلم بغير حق ليهريق دمه

Terjemahan: "Orang yang sangat dibenci Allah ada tiga golongan: Pertama, orang yang berterus terang mengerjakan yang haram. Kedua, orang yang memasukkan ke dalam Islam kebiasaan adat jahiliyah. Ketiga, orang yang menuntut menumpahkan darah orang lain, tidak menurut kebenaran hukum."

(Sunan Abu Dawud, kitab al-Adab, bab Fil ashabiyah (2/698)
Fitnah telah banyak terjadi dalam sejarah Islam, sewajarnya, fitnah itu perlu dijauhi untuk mendapatkan kebaikan. Fitnah telah banyak terjadi pada Zaman Sahabat Radiyallallahu'anhum. Begitupun, fitnah itu hanya 'terhenti' seketika pada zaman Muawiyah. 

Lantaran itu, ramai orang munafik telah muncul dalam sejarah. Mereka adalah 'Abdullah bin Saba, Zulkhuwairisyah, Abdullah bin Ubai bin Salul'. Mereka berpura-pura beriman dengan Allah dan Rasul-Nya namun pada hakikatnya menentang Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam.

Abu Bakrah Radiyallallahu'amhu meriwayatkan, Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

فاءذا وقعت فمن كان له ابل فليلتحق باءبله, ومن كان له غنم فليلتحق بغنمه, ومن كان له ارض فليلتحق بارضه

Terjemahan: "Bila kekacauan itu telah terjadi, maka barangsiapa yang memiliki unta sebaiknya dia mengembalanya. Barangsiapa yang memiliki kambing, sebaiknya dia mengembalanya. Dan barangsiapa yang mempunyai tanah sebaiknya dia mengarapnya."

(HR Bukhari)
Teladani Akhlak mereka dalam menuntut ilmu...

Imam Waki' bin al-Jarrah (wafat tahun 597H) rahimahullah mengatakan, "Dahulu kami biasa meminta bantuan dalam menghafaz hadith dengan cara mengamalkannya. Dan kami biasa meminta bantuan dalam mencarinya dengan berpuasa."

Imam adh-Dhahhak bin Muzahim (wafat tahun 102 H) rahimahullah mengatakan, "Pintu pertama dari ilmu adalah diam, keduanya adalah mendengarkannya, ketiganya adalah mengamalkannya dan keempatnya adalah menyebarkannya dan mengajarkannya."
Antara golongan kumpulan yang dikecualikan berpuasa dan tidak perlu menggantinya adalah golongan seperti berikut:

1) Lelaki tua yang tidak mampu berpuasa
2) Wanita tua yang tidak mampu berpuasa
3) Orang sakit yang tidak boleh sembuh
4) Wanita yang hamil
5) Wanita yang menyusukan anak

Namun, mereka perlu membayar fidyah dengan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 184:

"Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin."

*Perbincangan ini merupakan ruang yang menerima ijtihad ulama. Ada ulama yang menyatakan kategori yang sedikit berbeza. Berlapang dada itu perlu.
Bulan Ramadan, bulan untuk menggandakan kebajikan:

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wa sallam:

Terjemahan: "Apabila masuknya malam pertama daripada bulan Ramadan para syaitan dan pengganas jin akan dirantai, pintu-pintu neraka akan ditutup, tiada satu pun akan dibuka, pintu-pintu syurga akan dibuka, tiada satupun akan ditutup. Akan ada seseorang yang akan melaungkan, "Wahai orang yang inginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang inginkan kekejian, berhentilah. Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan daripada neraka pada setiap malam.

(HR Duruqtuni (i/207)
'Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah (wafat 181 H) berkata, "Apabila kebaikan seseorang lebih dominan daripada keburukannya, maka itu tidaklah disebut sebagai keburukannya. Dan apabila keburukan seseorang lebih dominan daripada kebaikannya, maka itu tidaklah disebut sebagai kebaikannya."

(Lihat Siyar A'alam an-Nubala', karangan adz-Dazahabi rahimahullah 8/352)
Lihat akhlak ulama....

Imam Ahmad rahimahullah (wafat 241 H) berkata, "Tidaklah seorangpun yang menyeberangi jambatan dari negeri Khursan seperti Ishaq bin Rahuyah. Walaupun dia berbeza pendapat dengan kita dalam beberapa masalah. Sesungguhnya para ulama sentiasa berselisih pendapat satu sama lainnya."

(Lihat Siyar A'laam an-Nubala', 11/371)
Imam adz-Dzahabi rahimahullah berkata, "Jika setiap kesalahan ijtihad seorang ulama dalam satu masalah, yang mana kesalahan tersebut dalam hal yang boleh dimaafkan, lalu kita serentak menjauhinya, nascaya tidak seorangpun yang boleh selamat dari kita, sekalipun Ibnu Naashir atau Ibnu Mandah atau ulama yang lebih tua dari mereka berdua. Hanya Allah yang mampu menunjukkan makhluk kepada kebenaran, Dia-Lah Yang Paling Kasih di atas segala makhluk, maka kita berlindung kepada Allah dari mengikuti hawa nafsu dan kekasaran dalam bertutur kata."

(Lihat as-Siyar, 14/39-40)
Kata Syaikh 'Abdul Muhsin Al-'Abbad Al-Badr:

"Salah satu pintu kebaikan bagi seorang manusia adalah ia sibuk menuntut ilmu, belajar, mengajar, berdakwah dan menulis. Apabila ia mampu melakukan hal yang demikian, maka hendaknya ia menjadi golongan membangun dan tidak menyibukkan dirinya dengan mencela para ulama dan para penuntut ilmu dari kalangan Ahlus Sunnah."

(Lembutnya dakwah Ahlus Sunnah karya Syaikh 'Abdul Muhsin Al-'Abbad Al-Badr)
Kata Abu Hatim bin Hibban al-Busti dalam kitabnya Raudhatul 'Uqalaa halaman 131, "Orang yang mempunyai akal, seharusnya terhindar dari sikap suka mencari-cari tentang keburukan (aib) orang lain. Hendaklah ia sibuk memperbaiki keburukan dirinya sendiri. Sesungguhnya orang yang sibuk dengan keburukan dirinya sendiri daripada mencari-cari keburukan orang lain, badannya akan tenteram dan jiwanya akan tenang. Setiap kali ia melihat keburukan dirinya akan terasa ringan dalam pandangannya ketika ia melihat keburukan tersebut pada saudaranya.

Sesungguhnya orang yang sibuk dengan keburukan orang lain dari memperhatikan keburukan dirinya, hatinya akan buta, badannya akan letih dan sulit baginya untuk meninggalkan keburukan dirinya sendiri."
Berdoalah, nascaya Allah perkenankan......

Syaitan telah mendatangi seseorang lalu membisikkan godaan agar dia enggan berdoa, dan syaitan berkata: "Wahai manusia, kamu adalah hamba yang banyak membuat dosa dan ahli maksiat, bagaimana kamu berdoa kepada Allah sementara kamu meninggalkan perintah-Nya, lalu orang tersebut tergoda dan berhenti berdoa.

Imam Hafiz Ibnu Hajar mengatakan bahawa Ibnu 'Uyainah berkata: "Janganlah kalian berhenti berdoa tatkala merasa berdosa sebab Allah telah mengabulkan doa hambanya yang paling jahat iaitu iblis. Tatkala Iblis berdoa:

"Ya Allah beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan"
(Surah Al-A'raaf:14)

(Fathul Bari 11/144-145)

Kini, doa syaitan itu dimakbulkan. Subhanallah, taraf manusia dan iblis sangat berbeza, walaupun Iblis berniat jahat, Allah makbulkan doanya. Adakah kita perlu berputus asa dalam berdoa?

Berdoalah wahai manusia, Allah Maha Mendengar!
Abdurrahman bin Muljam, apabila disebut namanya, sudah tentu kelihatan hebat bagi orang yang mengaguminya.

Dia bukan seorang penzina, bukan orang yang munafik, bukan pula kaki rasuah. Dia adalah seorang qorie, seorang ahli ibadah, seorang ahli shaum, seorang yang zuhud.

Namun, pada tanggal 17 ramadan, beliau telah menghunuskan pedangnya di kening Ali bin Abi Tolib. Darah sang khalifah tersembur dek orang yang bertaraf ahli ibadah!

Sang khalifah telah memerangi kelompok ini di Nahrawan. Kini, watak Ibnu Muljam berada di mana-mana. Walau dia seorang qorie, walau dia ahli ibadah, walau dia seorang yang kuat berpuasa, belum tentu dia ahli syurga dan pengakhiran hidupnya mulia!

Muhasabah diri.
1
membaca diri, menterjemah dan menilai. Kematangan merupakan asas utama untuk berhadapan dengan masyarakat. Bergaul dengan masyarakat dalam hal yang makruf memberikan peluang untuk mendidik diri. Mengembara dan melihat manusia di sekeliling mampu menajamkan akal untuk terus berubah dan mengubah.
Hari raya bakal menjelang tiba, mari amalkan sunnah-sunnah pada hari raya:

1. Mandi Hari Raya.
2. Memakai pakaian terbaik.
3. Makan sebelum keluar rumah.
4. Menukar laluan pergi dan balik.
5. Mengucapkan tahniah dengan menyebut: "Taqabbalallah Minna Wa Minkum."

Pakailah pakaian yang terbaik untuk menyambut hari raya.
syiah, walau cuba bersangka baik, namun, pada hakikatnya, mereka berbahaya pada agama. Unsur takfir kepada para sahabat radiyallallahu'anhum amat berbahaya sedangkan Allah memuji para sahabat Nabi melalui lisan para nabi-Nya. Mereka berjubah, mereka juga berserban, mereka memuji ahlul bait namun mereka mancaci maki golongan yang dikatakan bukan ahlul bait. 

Kanak-kanak menjadi mangsa mereka. Mereka seawal di bangku sekolah dididik untuk membenci para sahabat, mereka juga mencari ramai ahli yang merdu suaranya dan pandai untuk bercerita sambil menangis teresak-esak. Namun, perkara paling berbahaya, mereka mempunyai agenda tersendiri, menerusi al-quran, mereka mempunyai mushaf al-quran tersendiri iaitu mushaf Fatimah, di dalamnya terdapat tambahan surah 'al-wilayah'.

Jangan terkejut jika mereka mahukan kuasa, satu hari nanti, kepala kita ditebas kerana mereka beriman dengan kata-kata Khomeini bahawa darah ahlul sunnah adalah halal. Jangan terkejut juga, mungkin, satu hari nanti, anda yang kuat menentang mereka menjadi sasaran terawal untuk dibunuh. Nauzubillah Min Zalik.

Mereka juga ada pemerhati dan pertubuhan.


- izwan
Fakta menerusi wahyu tidak dapat dipisahkan. Antara sebab ramainya penganut Bibble kurang percaya kepada ajaran mereka adalah kerana sumber mereka meragukan dan TIDAK TEPAT. Percanggahan ilmu kepada kebenaran juga menyebabkan mereka lari daripada agama mereka. Lihat sejarah, Gallilio Galilli telah dihukum bunuh kerena menolak pemikiran Yunani Plotemy yang beranggapan bahawa bumi adalah pusat alam melalui akal mereka.

Institusi gereja berpakat membunuh mereka yang cuba menyatakan kebenaran. Berpuluh ribu dibunuh dan dipenjara. Bagi Institusi gereka, mereka mengatakan bahawa ilmu itu kegelapan dan kejahilan itu kebenaran. Ahli sains seperti Roger Bacon dan Francis Bacon juga menolak Falsafah Yunani yang cuba menyembunyikan kebenaran. Rentetan daripada peristiwa itu, lahirlah Mazhab Proteston yang cuba memprotes segala kebatilan Gereja Katolik yang mana gereja Katolik ini bersikap ditaktor. Paderi mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan.

Umumnya, rata-rata yang dibunuh kerana mereka mengenal kebenaran setelah mereka pulang daripada institusi pengajian Islam di Turki. Di situlah mereka mengenal Islam, di sanalah mereka boleh fasih berbahasa arab. Oleh kerana gereja 'takut' pekung mereka terbongkar, lalu mereka bertindak keras membunuh mereka yang belajar di Universiti tersebut. Anehnya, sejarah seperti ini tetap akan berlaku dalam kalangan umat Islam.

Bagi mereka, ilmu itu tidak perlu dipelajari, cukuplah sekadar apa yang ada. Apabila mengenal kebenaran, maka dilabel pula dengan pelbagai gelaran. Malah, berkemungkinan dipulaukan. Nyata, yang hak tetap akan diperangi walau seinci manapun ianya mahu disebarkan. Kejahilan adalah matlamat utama untuk menyesatkan manusia lari daripada kebenaran.


-ustaz izwan
Muktazilah telah muncul pada zaman Abasiyyah. Pada zaman ini, buku-buku Falsafah Yunani telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Lalu, timbullah idea untuk menyesuaikan akal menurut falsafah dengan wahyu, apabila timbul pertembungan antara akal dan wahyu, maka mereka lebih mengutamakan akal. Hukum ini dipanggil 'Kanun al Kulli' (Hukum Sejagat). Antara tokoh Falsafah yang dijadikan rujukan adalah Plato dan Aristottle. 

Sejarah Islam telah membuktikan bahawa kelompok ini telah ditentang oleh Imam Ahmad bin Hanbal dalam peristiwa yang melibatkan perdebatan mengenai al-quran. Adakah ianya makhluk atau kalam Allah.

ustaz izwan- ;)
Menjama' solat kerana hujan.

*dibolehkan untuk menjama' solat maghrib dan isyak secara khusus kerana turunnya hujan yang sangat lebat kerana turunnya hujan yang dapat membasahi pakaian dan menyusahkannya. Nabi Sallallahu 'alaihi wasaalm juga pernah menjama' solat maghrib dan isya', pada suatu malam, saat hujan turun dengan deras. Hal itu juga dilakukan oleh Abu Bakar dan umar.

* diriwayatkan dari al-bukhari (no.543), kitab mawaqit asshalah , bab 12 dan muslim (no.705).

Mohd Sufian Syari'at jama' solat adalah sbg ruhksah bg kesulitan utk melakukan solat, ini termasuklah ketika hujan, ketakutan akibat peperangan, org yg bermusafir dsb... Namun menurut guru sy, hujan di sini bukanlah semata2 hujan saja kita boleh jama' solat, apatahlagi dlm keadaan kita pd hari ini dgn segala kemudahan berkenderaan dan keselesaan solat di masjid biarpun ketika hujan... Hujan yg dimaksudkan di sini adalah hujan yg sgt lebat... Wallahu a'lam...



قول امام شافعي،

قل بما شئت في مسبة عرضي ،
فسكوتي عن اللئيم جواب جواب،
ما أنا عادم الجواب ولكن ما من الأسد أن تجيب الكلاب
.

"berkatalah sesukamu untuk menghina kehormatanku
diamkudari orang hina adalah suatu jawaban
bukan bererti saya tidak memiliki jawapan
tetapi pantas singa meladeni anjing
"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) dan berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum). Jika seseorang itu diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa (Nabi menyebutnya dua kali). ” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1894.
Keutamaan berbuat baik di bulan Ramadhan

1) shadaqah 

Nabi shallahu 'alaihi wasallam bersabda:

من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
"Barang siapa memberi makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa maka dia memperoleh seperti pahalanya tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun. (shahiihul Jaami' (no.6415)

2) solat malam

Nabi shallahu 'alaihi wasallam bersabda:

من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفرله ما تقدم من ذنبه
" Barangsiapa melakukan qiyam Ramadhan (solat tarawikh) dengan dasar iman dan mengharapkan pahala dari Allah nescaya dosa-dosanya yang telah lalu diampuni. (Muttafaq alaih: no.37)

3) membaca al-quran
"Jibril bertemu dengan Nabi shallahu 'alaihi wasallam setiap malam di bulan ramadhan lalu dia bertadarus al-quran dengan beliau. (al-bukhari: no.3220)

4) i'tikaf iaitu berdiam diri di masjid dengan maksud beribadah untuk mendekatkan diri kepada Allah . Nabi shallahu 'alaihi wasallam beri'tikaf dan beliau terus beri'tikaf di sepuluh akhir bulan ramadhan sampai wafat. (al-bukhari : no.2026)


doa yang shahih:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

"Rasa haus telah hilang dan urat-urat telah basah, dan pahala telah
>>ditetapkan insya Allah

(HR. Abu Dawud, 2/306 no. 2357, an-Nasa’i dalam as-Sunan al-Kubra,
2/255, ad-Daruquthni, 2/185, al-Baihaqi, 4/239, dari hadits Ibnu ‘Umar dan dihasankan oleh asy-Syaikh al-Albani
Masa tazkirah tadi , penceramah baca hadith ini.

"Ramadhan awalnya rahmat , pertengahannya keampunan , akhirnya bebas dari api neraka".

Hadith ini munkar dan sangat lemah.Diingkari oleh Abu Hatim dalam Al 'Ilal 733 dan Al Albani dalam Silsilah Al Ahadith Ad Dho'ifah 871.

oleh ustaz Muhammad Haikal b. Abd Hamid
Syiah>>

Kita perlu kenal syiah bahawa puak ini adalah kelompok yang sesat malah menyesatkan orang lain. 

Selamat Hari Raya&Maaf Zahir Batin 


Andainya, tulisan ini membuat hati anda rasa panas dan sedih. Semoga Allah memberi  balasan pada setiap perbuatan yg kita lakukan. AMIN

Friday, 26 July 2013

Assalamualaikum...

Apabila kita membicarakan tentang SYiAH...ramai yang membelanya... KONONnya mereka ahlus Sunnah wal Jamaah. Namun , imam MAzhab sendiri pun tidak mengaku bahawa mereka ini Islam. Bahkan mereka ini dianggap kafir.  Antara pendustaan yang mereka lakukan:

1) Pendustaan kepada Allah.
2) Menghina Nabi.
3) Hina sahabat2 Nabi
4) Melaungkan hak2 asasi manusia.
5) mengorek kubur Nabi.

Memang benarlah mereka ini pengikut2 dajal . Lihatlah Iran yang dahulunya negara Sunnah telah dikuasai oleh Syiah. Kita tidak dapat melihat satu pun masjid sunnah. Bahkan mereka sendiri melakukan perbuatan yang bertentangan dengan syariat. Mereka ini bijak dalam berkata-kata dan tidak mustahil mereka ini merupakan sekutu kepada zionis. Mereka ini kononnya negara islam yang menentang Zionis. Padahal zionis itu lah teman rapat mereka. Jika dahulunya iran sibuk dengan program nuklear dan berani mati untuk menyerang amerika syarikat. Kita lihat sampai sekarang mereka ini menipu, malah bohong kepada umat islam dunia...kononya mereka hero .

Wahai umat Islam, lihat lah saudara mu di:

1) Irag
2) Afghanistan
3) yang terbaru di SYRIA>>>> perempuan2 yang berhijab dirogol, dan dibunuh hidup2...

INILAH SYIAH LAKNATULLAH>>>>ADAKAH MEREKA INI SAUDARA ISLAM>>>
PERLU KE KITA BERSAHABAT DENGN MEREKA???? PERLU KER BERBAIK2 DENGAN MEREKA....

JAWAPANNYA: TIDAK PERLU>>>kita perlu memusuhi mereka kerana mereka ini kafir.. OLEH ITU HALAULAH SYIAH ini DARI NEGARA MALAYSIA>>>

SEMOGA ALLAH MEMBALAS PERBUATAN MEREKA YANG ZALIM...

Wednesday, 24 July 2013

AKIBAT BURUKNYA PEMAHAMAN :::

BID’AH yang pertama muncul seperti KHAWARIJ (dan berbagai kelompok sesat yg lan), sebetulnya disebabkan karena BURUKNYA PEMAHAMAN mereka terhadap Al-Quran dan As-Sunnah.

» Umumnya mereka mengatas namakan tindakan mereka di atas prinsip AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR, namun mereka akhirnya mengkafirkan kaum muslimin secara SERAMPANGAN dan menumpahkan darah-darah kaum muslimin.

» Di sinilah asal kejahatan mereka, BURUKNYA PEMAHAMAN baik dari sisi ILMU mahupun dari sisi ISTIDLAL sehingga mereka melegalkan KESESATAN mereka sendiri.

~Allahu musta‘aan~

Di sisi yg lain, ada sebagian kelompok yg lain yg mengatas namakan tindakan mereka atas prinsip AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR untuk MENTABDI’ dan MENTAFSIQkan kaum muslimin, namun kerana BURUKNYA PEMAHAMAN, akhirnya mereka juga terjatuh dalam MENTABDI’, MENTAFSIQ dan TAHZIB kaum muslimin dengan SERAMPANGAN.

» Ini juga adalah KEJAHATAN yg semisal dengan golongan KHAWARIJ td. Kerosakannya tidak kurang buruknya.

» Dan yg menjadi mangsa mereka termasuklah AHLUSSUNNAH. Mereka menyangka telah memiliki ILMU yg cukup, namun pada hakikatnya mereka bukanlah ahlinya, dan mereka bertindak sendirian dengan mengandalkan ILMU yg mereka miliki. Tidak mengembalikannya kepada para ULAMA dan ahlul ilmu yg memiliki keahlian dlm perkara yg berkenaan.

Demikianlah SEMANGATNYA mereka dlm menjalankan AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR namun bertindak sehingga melampaui batas.

---

Hati-hati ya ikhwan, jangan kita mengandalkan kepada KEPANDAIAN diri kita sendiri. Kembalikanlah setiap permasalahan, khususnya permasalahan yg besar ini (TAKFIR/TABDI’/TAFSIQ/TAHZIB) ini kepada ahlinya. Sekalipun kita memiliki ilmunya, namun janganlah kita bertindak terburu-buru tanpa mengikuti BIMBINGAN ULAMA dan ASATIDZAH kita khususnya ketika menyikapi seorang da‘i ahlussunnah yang terjatuh pada sebuah kesalahan/penyimpangan.

Wallahu a‘lam.

Semoga nasihat ini bermanfaat buat diri ana peribadi dan buat saudara-saudaraku sekalian.


Oleh Ustaz Abu Aisyah...
PERMASALAHAN AL-WALA’ WAL BARA’ BERTINGKAT-TINGKAT :::

Asy-Syaikh Shaalih Al-Fauzan ~hafidzahullah~ berkata:

[3] Mereka itu yg dicintai dari satu sisi dan dibenci dari satu sisi maka terkumpul-lah di dalamnya kecintaan dan permusuhan:

---» Dan mereka itu adalah orang-orang yg beriman yg melakukan ma'siyat, mereka dicintai karena iman yg ada pada mereka dan dimusuhi karena ma'siyat yg ada pada mereka yg ma'siyat itu masih dibawah kekafiran dan kemusyrikan,

---» dan mencintainya itu terkandung di dalamnya menasehatinya dan mengingkarinya, maka tidak boleh berdiam diri atas ma'siyat yg telah dilakukannya tetapi mengingkarinya, dan diperintahkan padanya perkara-perkara yg baik, dan dicegah dari perbuatan yg mungkar, dan didirikan atas mereka hukum-hukum had dan teguran, sampai mereka menahan diri mereka untuk tidak berbuat ma'siyat dan bertaubat dari kesalahan-kesalahan mereka,

tetapi:

---» mereka tidak dibenci dengan kebencian yg murni, dan berlepas diri dari mereka seperti apa yg telah dikatakan khawarij kepada orang yg telah melakukan dosa besar yg masih dibawah dari dosa syirik.

---» dan mereka tidak dicintai, dan berloyalitas kepada mereka dengan kecintaan yg murni seperti apa yg telah dikatakan murji'ah tetapi adil di dalam perkara mereka, seperti apa yg telah kita sebutkan seperti halnya madzhab Ahlus Sunnah wal Jama'ah.

Wednesday, 29 May 2013

Bismillah.

Nasihat untuk pihak-pihak yang berkepentingan / mengikuti hawa nafsunya dlm membolehkan ucap selamat terhadap syiar-syiar AGAMA kaum kuffar ... Bertakwalah kepada Allah dan bersegeralah kalian BERTAUBAT. 

...

Mengucapkan selamat kepada orang kafir pada perayaan Natal atau hari besar keagamaan lainnya dilarang menurut ijma’. 

Sebagaimana disebutkan oleh Ibnul Qayyim rahimahullah dalam bukunya ”Ahkamu Ahlidz-dzimmah”, beliau berkata:

“Bahwa mengucapkan selamat terhadap syi’ar-syi’ar kafir yang menjadi ciri khas bagi agama mereka adalah Haram, secara sepakat (ijma’). Seperti memberi ucapan selamat kepada mereka pada hari-hari rayanya atau puasanya, sehingga seseorang berkata, “Selamat hari raya”, atau ia mengharapkan agar mereka merayakan hari rayanya atau hal lainnya.

Maka dalam hal ini, jika orang yang mengatakannya terlepas dari jatuh ke dalam kekafiran, namun (sikap yang seperti itu) termasuk ke dalam hal-hal yang diharamkan. Ibarat dia mengucapkan selamat atas sujudnya mereka pada salib. Bahkan ucapan selamat terhadap hari raya mereka dosanya lebih besar di sisi Allah dan jauh lebih dibenci daripada memberi selamat kepada mereka kerana meminum alkohol dan membunuh seseorang, berzina dan perkara-perkara yang sejenisnya. Dan banyak orang yang tidak paham agama terjatuh ke dalam perkara ini. Dan ia tidak mengetahui keburukan perbuatannya. Maka siapa yang memberi selamat kepada seseorang yang melakukan perbuatan dosa, atau bid’ah, atau kekafiran, berarti ia telah membuka dirinya kepada kemurkaan ALLAH.” –Akhir dari perkataan Syaikh

-Ibnul Qayyim rahimahullah–
Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah berkata,
"Jiwa yang diharamkan oleh ALLAH subhanahu wa Taála untuk dibunuh adalah jiwa yang terjaga, yaitu jiwa seorang muslim, seorang kafir dzimmi, kafir mu’ahad, dan kafir musta’min."
[al-Qaulul Mufid ala Kitabittauhid 1/38]
Segenggam garam untuk ditabur, inikan pula bukit segunung..

Pena mengajak golongan mereka yang berpandangan Islam itu hanya terletak kepada parti2 tertentu...fikir2 kanlah.

Islam itu adalah sejahtera tanpa terikat mana2 parti bertopengkan islam. Jika begitu...banyaklah mereka yang menggunakan nama islam dalam setiap perkara, contoh:

1) institusi perbankan
2) kedai runcit
3) politik
4) lain2

Barakkallahu fikum
Mata melihat dengan pandangan 1 cahaya...

Pena berasakan masyarakat Islam semakin ditindas bukan daripada non muslim tapi dari org Islam sendiri.
Pena melihat golongan peniaga Islam tidak dibantu dari segi perniagaan secara kecil-kecilan . Ini memberikan kelebihan bagi org bukan islam untuk memusnahkan air keringat org islam yang berniaga. HAK ORANG ISLAM TIDAK DIPANDANG SERIUS BAHKAN IA DIPANDANG ENTENG KEPADA SESUATU PIHAK.

Pena melihat terdapat sedikit kekurangan  dalam sektor perniagaan. Pena cadangkan:

1) Org Islam perlu dibantu terlebih dahulu kerana kebanyakan mereka merupakan golongan yang mislin dan susah.
2) Perlu diadakan kelab ushawan di kampung2 dan desa2.
3) bantuan modal dari segi kewangan dan peralatan.
4) Perlu melantik golongan yang miskin yang layak untuk menjawat jawatan di sektor swasta atau awam.
5) Kempen jom berniaga perlu diperluaskan.
6) utamakan kebajikan umat islam terlebih dahulu.

Diharap ia didengari pihak2 yang diluar sana. Barakallahu fikum
Sekelumit lidah untuk dirasa...

Pena berasakan manusia zaman kini seperti roda yang berputar. Dahulunya, era jahiliah sudah diperangi Rasulullah secara total. Namun hari ini zaman ini kembali seperti zaman jahiliah yang terdahulu.
Antaranya:

1) budaya LGST
2) Bunuh
3) Riba berleluasa
4) Rompak-merompak
5)kaya semakin kaya, miskin semakin miskin
6) hak rakyat tidak dipandang
7) hak kebebasan bersuara terlampau bebas sehingga timbulnya cacian
8) demonstrasi berleluasa seperti anutan yahudi dan nasrani
9) zina tanpa segan silu.
10) anak x hormat ibubapa.
11) FIKIR2 KANLah...

Ayuh, kembali kepada Qu'ran dan Assunnah..Taatilah Allah, rasul dan Pemimpin kamu. Barakkahu fikum

Monday, 27 May 2013

ucapan selamat kepada kuam kafir

Bismillah.

Nasihat untuk pihak-pihak yang berkepentingan / mengikuti hawa nafsunya dlm membolehkan ucap selamat terhadap syiar-syiar AGAMA kaum kuffar ... Bertakwalah kepada Allah dan bersegeralah kalian BERTAUBAT. 

...

Mengucapkan selamat kepada orang kafir pada perayaan Natal atau hari besar keagamaan lainnya dilarang menurut ijma’. 

Sebagaimana disebutkan oleh Ibnul Qayyim rahimahullah dalam bukunya ”Ahkamu Ahlidz-dzimmah”, beliau berkata:

“Bahwa mengucapkan selamat terhadap syi’ar-syi’ar kafir yang menjadi ciri khas bagi agama mereka adalah Haram, secara sepakat (ijma’). Seperti memberi ucapan selamat kepada mereka pada hari-hari rayanya atau puasanya, sehingga seseorang berkata, “Selamat hari raya”, atau ia mengharapkan agar mereka merayakan hari rayanya atau hal lainnya.

Maka dalam hal ini, jika orang yang mengatakannya terlepas dari jatuh ke dalam kekafiran, namun (sikap yang seperti itu) termasuk ke dalam hal-hal yang diharamkan. Ibarat dia mengucapkan selamat atas sujudnya mereka pada salib. Bahkan ucapan selamat terhadap hari raya mereka dosanya lebih besar di sisi Allah dan jauh lebih dibenci daripada memberi selamat kepada mereka kerana meminum alkohol dan membunuh seseorang, berzina dan perkara-perkara yang sejenisnya. Dan banyak orang yang tidak paham agama terjatuh ke dalam perkara ini. Dan ia tidak mengetahui keburukan perbuatannya. Maka siapa yang memberi selamat kepada seseorang yang melakukan perbuatan dosa, atau bid’ah, atau kekafiran, berarti ia telah membuka dirinya kepada kemurkaan ALLAH.” –Akhir dari perkataan Syaikh

-Ibnul Qayyim rahimahullah–

akidah yang rosak

Bismillaah.

Asy-Syaikh Mahir Al-Qahthany hafizhahullah memulai tulisannya…

« السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، أما بعد: »

Janganlah engkau melakukan penakwilan-penakwilan yang rusak wahai Ahlus Sunnah, karena tidaklah dibinasakan Khawarij, Jahmiyah, Jabriyah, Qadariyah, Quburiyah dan selain mereka kecuali dengan penakwilan-penakwilan yang rusak tersebut. Hal itu dengan akalmu atau hawa nafsumu menganggap baik amal yang tidak saleh.

Engkau mengetahuinya lalu mencari-carikan dalil untuk membelanya dengan penakwilan-penakwilan yang rusak menurut syariat, maka sesungguhnya akibat perbuatan tersebut adalah sangat buruk. Jadi hawa nafsu akan menghalangi seseorang dari kebenaran. Dan cukuplah untuk menunjukkan keburukannya dengan mengetahui bahwa itu termasuk sifat-sifat orang-orang musyrik.

---» Allah Ta’ala berfirman:

إِنْ يَتَّبِعُوْنَ إِلَّا الظَّنَّ وَمَا تَهْوَى الْأَنْفُسُ وَلَقَدْ جَاءَهُمْ مِنْ رَبِّهِمُ الْهُدَى. [النجم:[23

“Mereka tidaklah mengikuti kecuali dugaan dan apa yang disukai oleh hawa nafsu, padahal telah datang kepada mereka petunjuk dari Rabb mereka.” [An-Najm: 23]

Maka, merupakan aib dan kehinaan jika telah jelas petunjuk bagimu, namun engkau menolaknya dengan dalih-dalih yang rusak atau taklid buta yang tidak ada manfaatnya. Jadi, engkau adalah hamba Allah yang Dia menciptakanmu lalu membaguskan rupamu kemudian menyempurnakannya, engkau bukan budak hawa nafsumu.

---» Allah Ta’ala berfirman:

فَلَمَّا زَاغُوْا أَزَاغَ اللهُ قُلُوْبَهُمْ. [الصف: 5]

“Tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), maka Allah palingkan hati-hati mereka.” [Ash-Shaff: 5]

---» Juga sebagaimana perkataan Abu Bakr Ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu:

لَسْتُ تَارِكًا شَيْئًا كَانَ رَسُوْلُ اللهِ r يَعْمَلُ بِهِ إِلَّا عَمِلْتُ بِهِ فَإِنِّي أَخْشَى إِنْ تَرَكْتُ شَيْئًا مِنْ أَمْرِهِ أَنْ أَزِيْغَ.

“Aku tidak akan meninggalkan sesuatu yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi was salam kecuali aku kerjakan, karena aku takut akan menyimpang jika aku meninggalkan sedikit saja dari perintah beliau.” [Shahih Al-Bukhary no. 3099, bab Fardhul Khumus]

[Petikan daripada sebuah makalah Asy-Syaikh Mahir Al-Qahthany ~hafidzahullah~ (Murid kepada Asy-Syaikh Shalih Fauzan Al-Fauzan ~hafidzahullah~)]

perangai yahudi

Bismillaah.

[sambungan ucapan Asy-Syaikh Mahir Al-Qahthany ~hafizhahullah~]

Setiap orang yang sesat dari umat Muhammad shallallahu ‘alaihi was salam setelah dia mengetahui ilmunya dan mencari-cari pembenaran yang diada-adakan, maka pada dirinya terdapat keserupaan dengan orang-orang Yahudi yang telah menghalalkan hal-hal yang telah Allah haramkan dengan akal-akalan.

[Petikan daripada sebuah makalah Asy-Syaikh Mahir Al-Qahthany ~hafidzahullah~ (Murid kepada Asy-Syaikh Shalih Fauzan Al-Fauzan ~hafidzahullah~)]

banyak ketawa mengeraskan hati

Bismillaah.

Banyak TERTAWA dan banyak MAIN-MAIN adalah dua jenis penyakit yang apabila ini menjadi kebiasaan seseorang pasti akan mengeraskan hatinya dan akan menghasilkan kegagalan buat mereka dalam menuntut ilmu syar‘i. (secara makna)

[Pelajaran daripada Al-Ustadz Muhammad Umar As-Sewed ~Hafidzahullah~ dalam sebuah kajian bertema: Pentingnya Adab & Akhlak Sebelum Menuntut Ilmu]

Carilah Ilmu Sebelum Ilmu Itu Dicabut


Bismillaah.

Orang yang BERILMU berkewajiban untuk mengajarkan kepada yang TIDAK BERILMU.

Selain itu wajib orang tidak tahu (tidak berilmu tentang sesuatu perkara) bertanya kepada orang yang benar-benar BERILMU yakni dari kalangan para ulama mahupun kepada para thulabul ilm yang telah mempelajar ilmu dari ulama tersebut.

Selain itu pula dilarang (haram) bertanya kepada orang-orang yang JAHIL dan tidak dikenal keilmuan dan tidak diketahui belajarnya kepada siapa.

(secara makna)

[Pelajaran daripada Pelajaran daripada Al-Ustadz Muhammad Umar As-Sewed ~Hafidzahullah~ pada acara daurah dgn tema: Carilah Ilmu Sebelum Ilmu Itu Dicabut]