Tuesday 13 August 2013

Bismillaah.

Jika seseorang mengerti ADAB-ADAB dalam persahabatan, maka mereka akan sedar betapa besarnya NIKMAT tersebut yang telah mereka dapatkan namun sedikit sekali orang yang bersyukur dengan nikmat tersebut.

Firman Allah Jalla wa ‘ala:

“... dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya ...” [Aali Imraan: 103]

Hendaknya sesama saudara kita, saling kasih mengasihi dan tolong menolong di dalam kebaikkan dan saling berwasiat serta nasihat-menasihati dgn kebaikkan (amar ma‘ruf nahi mungkar). 

Jangan seperti kaum jahiliah, kita saling berselisih, saling menjatuhkan, saling berpaling wajah dan saling meninggalkan di antara satu dgn yg lain sekalipun pada saudara kita ada suatu perkara yg kita INGKARI (tidak disukai).[*]

Wallahu a‘lam.

# Faedah daripada Al-Ustadz Abu Mu‘awiyah Askari ~hafidzahullah~, dalam pembahasan kitab Adabul 'Isyrah wa Dzikru ash-Shuhbah wal Ukhuwwah (Adab Memperlakukan Orang Lain) karya Abul Barakat al-Ghazzi ~rahimahullah~.
Kata Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi hafizhahullah:

"Tidak aku ketahui seorang pun dalam kalangan anak-anak umat Islam yang membenci al-Syeikh Ibn Baz, melainkan orang tersebut ada gangguan pada agamanya, atau tercela pada akidahnya, atau juga ia telah diperdaya. Kerana sesungguhnya beliau (Ibn Baz) termasuk dalam kalangan orang-orang yang benar, iaitu orang-orang yang mempunyai ilmu lalu beramal, ketika beramal ia ikhlas, ketika ia ikhlas ia menjadi orang-orang yang benar." -Fi Wada' al-A'lam oleh Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi, m/s 64. Cetakan pertama, tahun 2003 Masihi. Dar al-Fikr al-Mu'ashir, Beirut-
Rasulullah SAW telah bersabda yang berraksud: "Janganlah kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya, tetapi datanglah dari bahagian tepinya dan mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau tidak, baliklah."

(Riwayat: At-Tabrani)


Huraian Hadith: 
1. Semulia-mulia manusia adalah mereka yang beradab dan tahu tata tertib setiap perkara yang dilakukannya.

2. Islam mengambilkira segala hal yang bersangkutan dengan kehidupan manusia termasuklah aspek hubungan sosial mereka dan menga
jarkan adab-adab yang tertentu demi mewujudkan suasana masyarakat yang aman dan harmoni.

3. Adab dalam berziarah contohnya disebutkan secara terperinci iaitu
i) Memberi salam terlebih dahulu
ii) Mengetuk pintu perlahan-lahan dan tidak melebihi tiga kali
iii) Berdiri bersebelahan pintu kerana dibimbangi jika yang membuka pintu itu adalah orang yang bukan muhrim
iv) Tidak masuk melainkan setelah mendapat keizinan
v) Tidak mengintai atau mengendap ke dalam rumah
vi) Duduk di tempat yang disediakan kerana tuan rumah lebih maklum tentang keadaan rumah mereka.

4. Berkunjung sebagai tetamu hendaklah memilih masa yang sesuai agar ia tidak menimbulkan keberatan kepada tuan rumah lebih-lebih lagi jika kedatangan tersebut didapati mengganggu urusan penting yang hendak dilaksanakannya.
Imam Shafie Rahimahullah :

i) semasa hidupnya beliau lantang menentang ilmu dari ahlil kalam. Tapi zaman sekarang, mereka yg mengaku bermazhab Shafie mengangkat dan memuja ilmu kalam.

ii) beliau mengharamkan istihsan (mengganggap baik sesuatu amalan), tapi sekarang mereka yg mengaku bermazhab Imam Syafie adalah pembela dan pengamal istihsan.

Allahul Musta'an.
Bismillahirrahmanirrahim. .

Firman Allah,

“Dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” 
(QS. An-Nisaa: 128)

“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.”
(Q.S An-Nisaa: 135)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(QS. An-Nisaa: 58)
NAK KAYA??????? NIKAHLA,,,

bila ditanya kpd ramai sahabat ana: "BILA NAK NIKAH??
jawabnya: "TUNGGU DULU LA, DUIT PUN BELOM CUKUP"...

Allah SWT menjawab:

وَأَنكِحُوا اْلأَيَامَى مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَآئِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَآءَ يُغْنِهِمُ اللهُ مِن فَضْلِهِ وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

“Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian antara kamu, dan orang-orang yang layak (benikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (An Nuur: 32).

Daripada ayat di atas, Ibnu Mas’ud RA berkata:

التمسوا الغنى في النكاح
“Carilah kaya (hidup berkecukupan) dengan menikah.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azim mengenai tafsir ayat di atas).

Disebutkan pula dalam hadis bahawa Allah akan sentiasa menolong orang yang ingin menjaga kesucian dirinya melalui pernikahan. Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda tentang tiga golongan yang pasti mendapat pertolongan Allah, antaranya:

وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيدُ الْعَفَافَ
“… seseorang yang menikah krn ingin menjaga kesuciannya.” (HR. An Nasai dan At Tirmizi).
Saya menasihati sahabat2 FB agar berhati-hati dengan Page ini.Kita sedia maklum masyarakat di negara kita sudah sedar akan bahaya dan kesesatan Syiah Rafidhah.Jika sebelum ini mereka berani bergerak atas nama "Syiah" dan beberapa nama lain.Namun kali ini mereka akan bergerak dan berjuang atas tiket Human Rights "FREEDOM OF RELIGION".Sebab itu kita harus terus berwaspada dengan gerakan Pluralisme dan Liberalisme.

*P/S: Saya boleh bau Syiah dekat page ini apabila nama pergerakan ini "As-Sajjad Movement",dan kandungannya jelas banyak dilihat ingin membela Syiah Rafidhah.Persoalannya mengapa nama As-Sajjad digunakan?? 
https://www.facebook.com/pages/Assajjad-Movement/148115502024
Baru sahaja kita berpisah dengan bulan Ramadan, dan hari-hari yang dilalui ketika Ramadan masih terkesan dalam jiwa. Setelah itu kita disyariatkan oleh ALLAH untuk berhari raya supaya kita bergembira dan berbahagia setelah selama sebulan menunaikan kewajipan berpuasa kerana ALLAH. Disyariatkan hari raya memiliki hikmah dan tujuan yang besar, antaranya seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu supaya kaum Yahudi dan Nasrani mengetahui bahawa dalam agama kita terdapat kelapangan. Ini menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang pertengahan.
Pertama kali perayaan ini disyariatkan adalah ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sampai ke Madinah. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengatakan bahawa ALLAH telah menggantikan perayaan dan hari kebesaran yang ada dengan dua perayaan bagi umat Islam iaitu Idul Adha dan Idul Fitri, bahkan Baginda mengatakan bahawa dua perayaan ini adalah yang lebih baik berbanding perayaan-perayaan yang lain. Maka Umat Islam harus berbangga dan meraikan perayaan ini dan tidak mencari yang selain dari keduanya.
Idul fitri diraikan setelah kaum Muslimin melaksanakan kewajipan Rukun Islam berpuasa di bulan Ramadan dan ketaatan sepanjang bulan itu. Bukan sahaja berpuasa dari makan dan minum, tapi juga dari perbuatan mungkar dan lagha. Hanya setelah melaksanakan ketaatan, Allah menghadiahkan kegembiraan yang hanya layak dirasakan oleh orang yang menunaikan hak-hak ALLAH, iaitu orang yang jiwanya dekat dengan Allah. Itulah hari kemenangan bagi hamba Allah yang bertakwa.
Disebabkan Hari Raya merupakan suatu syariat, hendaklah kita perhatikan supaya dalam kita bergembira, kita tetap menjaga hak Allah. Ini kerana suatu syariat harus dilakukan seperti mana ia disyariatkan, dan tidak harus disertakan di dalamnya perkara yang mengundang murka ALLAH yang menyebabkan manusia jauh dari rahmatNya.
Semangat meneladani Rasulullah harus wujud supaya amalan yang dilakukan bernilai ibadah. Ini kerana jika amalan dilakukan sekadar ikut-ikutan, terpaksa, melakukan tanpa ilmu, atau kerana manusia dan kepentingan dunia, amalan itu hanyalah bernilai budaya dan rutin. Ini kerana syarat diterima ibadah adalah ikhlas dan ittiba’ (meneladani Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam). Selain daripada itu, amalan tidak bernilai ibadah yakni tidak ada nilainya di sisi ALLAH.
Maka berikut adalah di antara perkara yang harus sedaya upaya kita jauhi, ia telah tersebar di kalangan masyarakat;
Pertama, tasyabbuh (menyerupai) orang-orang kafir. Tasyabbuh kafir adalah dilarang sama ada dalam urusan pakaian, tingkah laku, serta amalan-amalan yang khusus atau sinonim dengan orang kafir. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Hasan. Riwayat Ahmad)
Antara amalan menyerupai orang kafir pada hari raya adalah seperti mendengar muzik dan nyanyian (kecuali duff yang dimainkan oleh anak perempuan kecil). Hari raya hakikatnya adalah hari untuk melahirkan kesyukuran dan menzahirkan pengagungan kepada ALLAH. Oleh kerana itu, umat Islam diperintahkan untuk bertakbir memuji ALLAH dan menzahirkan syariat dan identiti Muslim pada hari ini. Mendengar muzik dan nyanyian bercanggah dengan tuntutan ini, kerana telinga dan lidah yang dihiasi muzik mana mungkin dapat berzikir kepada Allah.
Amalan memasang muzik jelas merupakan hasil dari meniru budaya orang kafir. Malah di dalam hadis sahih riwayat Bukhari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Akan datang sekelompok orang dari umatku yang menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki), khamar (sesuatu yang memabukkan) dan alat muzik.” (Riwayat Al-Bukhari secara mu’allaq. Imam Nawawi dan Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata bahawa hadis ini sahih dan bersambung sesuai syarat sahih)
Hadis ini jelas menunjukkan bahawa zina, sutera, khamar (arak) dan alat muzik hukum asalnya adalah haram tetapi di akhir zaman ini akan ada golongan yang menghalalkannya. Ini adalah satu mukjizat Nabi di mana apa yang diucapkan oleh Baginda benar-benar menjadi kenyataan. Ibnu Mas’ud ra. ketika mentafsirkan perkataan ‘Lahwal Hadits’ (perkataan sia-sia) dalam dalam surat Luqman ayat 6 mengatakan yang dimaksudkan adalah Al-Ghinaa‘ (nyanyian).
Kedua, Tabarruj (mempamerkan kecantikan) bagi wanita dan keluarnya wanita dari rumah tanpa keperluan yang dibenarkan Syarak. Hal ini menyalahi firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat ke-33, “Dan hendaklah kamu (wanita) tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu” (Surah Al-Ahzab: 33)
Ketiga, ikhtilath (percampuran lelaki dan perempuan) dan berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, “Sesungguhnya jika kepala kamu ditusuk dengan besi, itu lebih baik daripada dia menyentuh wanita yang tidak halal dia sentuh.” (Silsilah Al-Ahadis Al-Sahihah)
Keempat, mengkhususkan ziarah kubur pada hari raya dan membaca Al-Quran di kubur. Tujuan disyariatkan menziarah kubur adalah untuk mengingati kematian iaitu melahirkan rasa takut. Ini bercanggah dengan tujuan pensyariatan Hari Raya yang menuntut umat Islam bergembira dan bersenang hati.
Bahkan tidak ada dalil yang menunjukkan perintah Allah ataupun anjuran Nabi untuk menziarahi kubur pada Hari Raya. Untuk mengkhususkan suatu amalan berbentuk ibadah pada hari dan waktu tertentu perlu kepada dalil. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Barangsiapa yang beramal suatu amalan (dalam urusan ibadah) di mana ia tidak termasuk dalam urusan kami, maka amalnya tertolak.” (Riwayat Muslim)
Rasulullah juga melarang menjadikan kubur sebagai tempat perayaan, juga melarang duduk di kubur dan menjadikan kubur sebagai tempat ibadah (termasuk membaca Al-Quran) seperti mana diriwayatkan dalam hadis-hadis sahih, antaranya sabda Baginda, “Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kamu kepadaku kerana selawat itu akan sampai kepadaku dimana kamu berada.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)
Dalam riwayat lain Baginda bersabda: “Semoga Allah melaknat Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kubur para nabiNya sebagai masjid (tempat beribadah).” (Riwayat Bukhari).
Juga tidak dibolehkan membaca Al-Quran di kubur kerana Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu jadikan rumah kamu sebagai kubur, kerana sesungguhnya Syaitan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah Al-Baqarah” (Riwayat Muslim). Ini menunjukkan bahawa rumah yang tidak dibacakan Al-Quran adalah seperti kubur, kerana kubur bukan tempat untuk membaca Al-Quran.
Kelima, membakar mercun sehingga mengganggu orang lain dan membuat orang terkejut. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Muslim (yang baik) adalah yang tidak mengganggu muslim lain dengan lisan dan tangannya.” (Riwayat Muslim). Begitu juga bentuk-bentuk gangguan yang lain.
Hidup manusia di dunia tidak lepas dari syariat Allah. Ini kerana tujuan diciptakan manusia adalah untuk beribadah kepadaNYA. Firman Allah, “Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu.” (Al-Dzariyat: 56). Maka hendaklah sedaya upaya kita menjalani urusan harian khususnya urusan ibadah sesuai tuntutan sunnah agar ia benar-benar bernilai ibadah dan kita berhasil mendapat manfaatnya dan yang lebih penting jauh dari kemurkaan ALLAH.
Penulis adala Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuwan Malaysia

Sunday 4 August 2013

ailatur qadar lebih baik dari seribu bulan..

Jadi jika dikatakan lailatur qadar bersamaan 83 tahun 4 bulan maka ia tidak tepat sama sekali,kerana lailatur qadar yang diberitahu dalam nas adalah lebih baik dari seribu bulan,yakni lebih baik dari 83 tahun 4bulan bukan bersamaan dengan 1000bulan atau 83 tahun 4 bulan..

عن أبي بردة عن أبي موسى ومعاذ: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم بعثهما إلى اليمن يعلمان الناس أمر دينهم، أن لا يأخذوا الصدقة إلّا من هذه الأربعة: الحنطة والشّعير والتّمر والّبيب 

Daripada Abi Burdah daripada Abi Musa dan Muadz radhiyallahu anhum bahawa Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam pernah mengutus keduanya ke Yaman menjadi da'ie di sana lalu baginda memerintahkan mereka agar tidak memungut zakat kecuali daripada empat macam ini iaitu: Gandum, sya'ir (sejenis gandum lain), tamar (kurma kering) dan anggur kering

HR al-Hakim dlm Mustadrak 'ala Sahihain dan al-Baihaqi, hadith ini sahih
Aku lihat RAMADHAN dari kejauhan... Lalu kusapa ia..."Hendak ke mana?" Dengan lembut ia berkata, "Aku harus pergi, mungkin JAUH & sangat LAMA... Tolong sampaikan pesanku untuk orang MUKMIN: Aku akan pergi...Syawal akan tiba... Sampaikan salam & terima kasihku untuknya karena telah menyambutku dengan suka cita dan melepas kepergianku dengan derai air mata. Kelak akan kusambut ia di SURGA dari pintu AR RAYAN".

Selamat meraih pahala terbaik di detik" terakhir RAMADHAN. Masih ada beberapa hari lagi untuk bercengkrama dgn RAMADHAN...

"Ya ALLAH, andai hari ini ada diantara hamba2-Mu yang Engkau angkat derajatnya, Engkau ampuni dosa2nya, Engkau lapangkan rizkinya, Engkau muliakan keturunannya, Engkau lepaskan dari semua kesulitannya, Engkau indahkan akhlaknya dan Engkau berkahi segala hartanya...

Maka Insya ALLAH jadikanlah saudaraku yg sdg membaca ini beserta Keluarganya se-baik2 hamba yg mendapatkannya
Perkara yg paling aku risaukan ialah golongan ahlul bidaah yg menyelinap dalam kelompok ahlul Sunnah dan memakai jenama Ahlul Sunnah walhal mereka menolak beberapa Sunnah Nabi dan mencipta amalan-amalan ibadat baru yg tiada dlm mana-mana Sunnah Rasulullah.
Kelompok ahli Sufi adalah penegak bidaah dlm agama.Mereka(sufi) sering mempromosikan diri sebagai Ahlul Sunnah Wal Jamaah sedangkan mereka(sufi) menolak beberapa Sunnah Nabi SAW dlm pengamalan syariat.Sangat hairan pada kelompok sufi ini,bagaimana mereka nak isbatkan diri mereka Ahlul Sunnah sedangkan mereka menolak beberapa Sunnah.
Takrif umum Ahlul Sunnah Wal Jamaah bermaksud kelompok orang Muslim yg mengikut cara ibadat,perbuatan,akhlak berdasarkan Sunnah Nabi SAW dan para Sahabat yg diiktiraf.Individu yg mengaku Muslim tapi menolak beberapa Sunnah Nabi SAW bukan Ahlul Sunnah sebaliknya pendusta terhadap Nabi SAW.
Kelompok Sufi,ialah satu kelompok yg berdusta diatas nama Ahlul Sunnah Wal Jamaah sedangkan para Sufi suka mencipta amalan-amalan ibadat yg bersifat baru serta berbohong dgn menyebarkan riwayat lsraeliyyat dan hadith Maudu'(palsu).
Ada sebahagian ahli Sufi menafikan lafaz bidaah yg diungkapkan Rasulullah SAW.Demi ALLAH,jika penafian tersebut kerana faktor kejahilan maka berprasangka baik lah,mudahan ALLAH ampuni atas kejahilannya namun,jika didatangkan keterangan hujah atau dalil yg konkrit tetapi masih menafikan,sesungguhnya aqidahnya gugur sebagai seorang Muslim.
Sufi kebanyakan terdiri dari kelompok bodoh dan jahil.Kebodohan semakin terserlah bila keangkuhan mendominasi jiwa mereka.Faktor keangkuhan tersebut,para Sufi tidak rasa berdosa menghambur fitnah kepada kelompok Ahlul Sunnah yg tulen.
Ada Sufi yg menafikan terus makna bidaah.Faktor kejahilan dlm Ulum Hadith menyebabkan mereka tidak tahu apa erti bidaah yg sebenar.Sehingga ada Sufi yg memperlecehkan takrif bidaah sehingga berani menafikan lafaz'bidaah' Nabi SAW ungkapkan didalam hadith-hadith baginda.
Sabda Rasulullah SAW:
"Jgn menokok tambah atau ada-adakan amalan yg tidak kami lakukan kerana setiap perkara yg diada-adakan adalah bidaah dan setiap bidaah itu mungkar dan setiap yg mungkar itu ke neraka."
(HR Abu Dawud/Shahih)
Alangkah malang ada para sufi menafikan lafaz bidaah yg Rasulullah SAW sabdakan dlm hadith Baginda.
Kesimpulan,Sufi bukan ahlul Sunnah tetapi Salafi adalah Ahlul Sunnah yg tulen dan asli.
Firman ALLAH(bermaksud):
"Barangsiapa yg mengikut akan Rasul maka sesungguhnya dia telah mengikut ALLAH"
(An-Nisa':80)
[ AL-QU'RAN ADALAH PENJELAS BAGI SIFAT-SIFAT ALLAH ]

Perlu renungi firman-firman Allah Subhanahu wa Ta’ala apa yang Allah menyifatkan Al-Qu’ran:

- Al Furqaan (Pembeza antara Hak dan Bathil). Allah subhanahu wa ta’ala.

- Al Burhaan (Bukti) dan Nuur (Cahaya). 

- AlHuda, Syifa, Rahmah dan Mau’idzhah (Petunjuk). Penawar, Rahmat dan Peringatan.

-Mubiin (Jelas dan Nyata).

-Mufasshal (yang Diperincikan)

- Bayaan dan Tibyaan (Penjelasan dan Perincian)

Nama-nama dan sifat-sifat Al-Qu’ran Ini menunjukkan kita bahwa ia berada dalam kedudukan yang tertinggi dalam penerangan dan penjelasan, maka sudah tentu menolak kesamaran dan kekeliruan dan kejahilan terhadapnya dengan tiada pengecualian, barangsiapa yang mendakwa melalui AL-Quran tiada jalan kefahaman kepadanya maka telah mencela Al-Qu’ran dan telah menyangsikan maksud-maksudnya dan kecukupannya meleraikan masalah umat yang memerlukannya terlebih lagi dalam bab yang sangat agung iaitu Ketauhidan. 

1) Bagaimana boleh menjadi Furqan (Pembeza kepada kebenaran dan kebatilan) sekiranya tidak dapat membezakan ilmu dan Kejahilan serta Hak dan Bathil.

2) Bagaimana boleh jadi Burhan (Bukti apa yang tidak boleh dibolehkan) diambil sebagai hujah? (Dakwaan mengambil Zahir Al-Quran menyesatkan)

3) Bagaimana menjadi Cahaya sekiranya pembacanya terlungkup dalam kegelapan kejahilan?

4) Bagaimana menjadi petunjuk, penawar, rahmat dan peringatan sekiranya pembacanya tidak dapat apa-apa bahagian daripadanya melainkan lafaz-lafaz yang kosong daripada pertunjuk?

5) Bagaimana boleh menjadi jelas penjelas dan penerang sekiranya mereka yang mentafwidh tidak mewarisi melainkan makna-makna yang mujmal yang umum atau mtulak tanpa penjelasan kepada Nama-Nama dan sifat-sifat Allah subhanhu wa ta’ala yang tidak difahami maknaNya?

Para sahabat-sahabat daripada kalangan muhajirin dan Ansar, mereka lebih memahami nash-nash daripada mereka yang selepas mereka, sebab itu mereka tidak melebihi belajar 10 ayat sehingga mereka mengetahui makna-maknanya dan beramal dengannya. Sebagaimana dalam atsar Ibnu Mas’ud radhiAllahu dan juga atsar Masruuq yang menunjukkan sahabat adalah golongan yang lebih memahami lafaz-lafaz Al-Quran daripada mereka yang datang selepas mereka.

Firman ALLAH,

وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءتْ مَصِيراً

“Dan sesiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin (jalan para sahabat nabi), Kami biarkan dia hanyut dalam kesesatan yang telah dilakukannya dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam, dan Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” [Surah an-Nisaa’, 4: 115]

Yang dibawa oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah sebuah agama yang suci bersih lagi murni, iaitu Islam, bukan agama akal-akalan:

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإسْلامُ

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam…” [Surah Ali Imran, 3: 19]

Dan agama ini telah pun sempurna sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam surah al-Ma’idah pada ayat yang ketiga. Tiada Ilmu Kalam dizaman Nabi dan para sahabat.

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (٣)إِنْ هُوَ إِلا وَحْيٌ يُوحَى (٤)عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَى

"dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat". [Surah an-Najm, 53: 3-5]
Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam bersabda:

الصدقة على السكين صدقة و على ذي الرحيم ثنتان صدقة صلة

Maksud: Sedeqah yg diberikan kepada orang miskin adalah berfungsi sebagai sedeqah, sedangkan sedeqah yg diberikan kepada kaum kerabat ada dua fungsi, yakni sebagai sedeqah dan sebagai silaturrahim.

HR at-Tirmizi, sahih
Dari Abdullah bin Umar berkata, "Kami dahulu pernah duduk-duduk bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau seringkali menyebutkan tentang fitnah (yg akan terjadi), hingga beliau menyebut fitnah ahlas.

Lalu ada yg bertanya, "Apakah fitnah ahlas itu?"

Beliau menjawab, "yaitu harob (saling bermusuhan & berperang) & charob (hilangnya harta & keluarga).
Beliau bersabda, "Kemudian datang setelah itu fitnah sarro (kesenangan), kotorannya berasal dari salah seorang AHLI BAITku, ia menganggap dari (golongan)ku padahal bukan. Sesungguhnya wali-waliku hanyalah orang yg bertaqwa."

Kemudian manusia akan berdamai di atas (kepemimpinan) seseorang yg tidak punya ketegasan.

Kemudian setelah itu datang fitnah duhaima (berat dan membabi buta), tidak ada seorangpun umat ini kecuali ia akan terkena fitnah tersebut. Bila diperkirakan akan selesai, ia malah semakin panjang. Pada waktu itu di pagi hari seseorang beriman, sore harinya menjadi kafir. Di sore hari mukmin, paginya menjadi kafir.

Hingga manusia (umat islam) pun menjadi dua kelompok; kelompok iman yg tidak ada padanya kemunafikan. Dan kelompok munafik yg tidak ada padanya iman.

Bila hal itu telah terjadi, maka tunggulah dajjal keluar di hari itu atau keesokan harinya.
(HR Ahmad, Abu Dawud).

Hadits yg membuat merinding bulu roma..
Bagaimana tidak..
Sekarang kita berada di zaman sarro..
Kenikmatan..
Dan kesenangan..
Ternyata Kotorannya berasal dari sebagian ahlu bait Nabi..
Mereka menganggap dari golongan Rasulullah..
Padahal bukan..
Ini menunjukkan..
Sebatas keturunan Nabi bukanlah jaminan selamat dari kesesatan..
Lalu..
Akan datang fitnah yg berat & membabi buta..
Akankah kita mengalami fitnah duhaima itu...
Ya Rabb.. Apabila ternyata kami mengalaminya..
Maka wafatkan kami dalam keadaan hati kami tidak terfitnah..
Kokohkan hati kami di atas iman..
Kuatkan kami..
Tegarkan kami..
La haula walaa quwwata illaa billaah..

Ditulis Oleh Ustadz Badrusalam, Lc
Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata,

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلاَةِ فَهِىَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلاَةِ فَهِىَ صَدَقَةٌ مِنَ الصَّدَقَاتِ.

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mewajibkan zakat fithri untuk menyucikan orang yang berpuasa dari bersenda gurau dan kata-kata keji, dan juga untuk memberi makan kepada fakir miskin. Barangsiapa yang menunaikannya sebelum sollat maka zakatnya diterima dan barangsiapa yang menunaikannya setelah sollat maka itu hanya dianggap sebagai sedekah di antara berbagai sedekah.” (HR. Abu Daud no. 1609 dan Ibnu Majah no. 1827. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

FAEDAH HADITH :
1- Sebagai Penyucian bagi orang yang berpuasa dari perkataan yang sia-sia dan kata-kata kotor serta catat (kekurangan) saat puasa. Jadilah kebaikan di hari raya menjadi sempurna.

2- Untuk memberi makan kepada fakir miskin dan mencukupi keperluan mereka sehingga tidak perlu meminta-minta di hari raya, sekaligus membahagiakan mereka di hari raya. Jadilah hari raya itu menjadi hari kebahagiaan.

3- Bentuk saling berbuat memberi kebaikan antara orang kaya dan orang miskin di hari raya.

4- Mendapat pahala karena telah menunaikan zakat pada yang berhak menerima di waktu yang telah ditentukan.

5- Zakat fithri adalah zakat untuk badan yang Allah tetapkan setiap tahunnya di hari raya Idul Fithri.

6- Zakat fithri adalah bentuk syukur setelah puasa itu sempurna.
(Az Zakat fil Islam, 322-324)
Jadi orang kelantan amat beruntung, kaya dengan orang berilmu seperti Dr Najib al qari, Dr Abd Basit, Dr Johari Mat, Maulanaa Asri. Mereka ini dari segi keilmuan memang tidak perlu dipertikaikan lagi, mereka juga faham selok belok dakwah di kelantan & cara dakwah yang berstrategi tanpa tergesa-gesa... Hampir-hampir saya ingin mengatakan orang kelantan tidak perlu keluar dari kelantan atau menjemput orang luar dek kerana Allah telah anugerahkan ulama-ulama yang hebat di sana yang ramai & tidak mampu saya senaraikan kesemuanya serta mungkin ramai lagi yang tidak saya kenali. Orang kelantan semua, anda berhutang budu & nasi dagang dengan saya kerana status ini tau!
Berusahalah untuk beriktikaf pada malam akhir-akhir Ramadhan, walaupun 1 jam. Telah sahih riwayat bahawa Ya'la bin Umayyah yang merupakan seorang Sahabat Nabi beliau beriktikaf hanya 1 jam kerana sibuk. 

Berkata Syaikhuna al-Muhaddith al-Hafiz 'Abdul 'Aziz Marzuq at-Tharifi: 

من عجز عن اعتكاف العشر فليعتكف ليالي الوتر، ومن عجز عنها فليعتكف ليلة سبع وعشرين ومن عجز فليعتكف ولو ساعة، كان يعلى بن أمية صحابي يعتكف ساعة

Terjemahan: "Mereka yang tidak berupaya untuk beriktikaf pada seluruh 10 malam akhir Ramadhan, maka beriktikaflah pada malam-malam ganjil, mereka yang masih tidak mampu juga maka beriktikaflah pada malam 27, dan mereka yang masih tetap tidak mampu maka beriktikaflah walaupun 1 jam, pernah Ya'la bin Umayyah yang merupakan seorang Sahabat Nabi beriktikaf 1 jam" 
Tahukah anda kisah Imam Muslim sebelum kewafatannya ?

Suatu hari, Imam Muslim mendengar sebuah hadis yang belum pernah didengarinya. Beliau pulang ke rumah, menyalakan lampu, serta melarang seorang pun dari memasuki biliknya.

Beliau diberikan sekantung kurma.

Imam Muslim memakan kurma itu, mencari hadis dalam kitab-kitabnya hingga hampir waktu Subuh.

Setelah habis kurma dimakannya, barulah hadis tersebut dijumpai.
AWAS USTADZ SYI'AH MENYAMAR (TAQIYYAH)

Adakah yang menyangka bahwa ustadz yang sosoknya begitu teduh dan sering tampil mengisi acara di banyak televisi nasional kita (terutama ketika bulan Ramadhan) ternyata seorang syi'i (penganut syi'ah) ??

Semoga dengan melihat video ini kita mampu menjaga diri dan keluarga dari bahaya syi'ah dan taqiyyah (dusta) nya.

http://www.youtube.com/watch?v=BTrYSUG53N4

Dan besok malam dia akan isi kajian I'tikaf Akbar di Masjid Sunda kelapa.

Sebarkan dan selamatkan aqidah ummat. Stop penyebaran agama dusta "syi'ah" sedini mungkin.

Video ini adalah acara assyuro yg mereka lakukan beberapa waktu yg lalu gedung pertemuan Puri Ardya Garini, halim perdanakusumah...
Bismillah. .

Sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam:

لا طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةٍ ، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ ( رواه البخاري، رقم 7257، ومسلم، رقم 1840)

"Tidak ada ketaatan dalam (berbuat) kemaksiatan. Sesungguhnya ketaatan adalah dalam berbuat kebaikan."
(HR. Bukhari, 7257 dan Muslim, 1840)
Banyak friend request I received .Kalau add semata mata nak tanya saya ni wahabi ke tak ,tak payahlah .

Wahabi ke kalau memanggil orang memahami Agama berdasarkan Al Quran dan Al Hikmah (As Sunnah) ? Sedangkan ALLAH Subhanahu wa Ta’ala menyatakan di dalam Surah Al-Hujurat,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului sesuatu lebih daripada Allah dan Rasul-Nya.” (Surah Al-Hujurat, 49: 1)

Wahabi ke kalau melarang orang menjadi ta'asub dengan ustaz atau bertaqlid buta ?

Sedangkan peringatan tentang penyakit taksub kepada orang alim ini telah dikisahkan didalam Al Quran melalui surah At Taubah

Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putra Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. [AtTaubah :31]

Wahabi ke kalau melarang orang dari melakukan bid'ah itu hal hal baru dalam urusan agama ,tidak boleh sesuka hati mereka reka yang baru.Kalau boleh ,mengapa rasulullah sallallahuu 'alaihi wa sallam telah mengingatkan kita didalam hadisnya yang mashyur iatu :

Dari Ummul Mu’minin; Ummu Abdillah; Aisyah radhiallahuanha dia berkata: Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: Siapa yang mengada-ada dalam urusan (agama) kami ini yang bukan (berasal) darinya[1]), maka dia tertolak. (Riwayat Bukhari dan Muslim), dalam riwayat Muslim disebutkan: siapa yang melakukan suatu perbuatan (ibadah) yang bukan urusan (agama) kami, maka dia tertolak).

Wahabi kah kalau beriman ALLAH dilangit ? Sedangkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam telah memberi kesaksian terhadap keimanan Jahriah yang beriman terhadap ALLAH di Langit ?

Daripada Muawiyah bin Hakam As-Sulami (radhiyallahu ‘anhu), beliau berkata: “Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwaiyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya (peliharaannya). Dan aku adalah termasuk salah seorang anak Adam (keturunan adam) dari manusia kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka (memiliki rasa marah/tidak berpuas hati). Atas sebab itu (apabila kambingnya dimakan serigala) wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku pergi berjumpa Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: “Wahai Rasulullah! Adakah aku harus memerdekakannya?” Jawab Rasulullah: “Bawalah wanita itu ke sini”. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. “Di mana Allah?” Dijawabnya: “Di langit”. Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah aku?” Dijawabnya: “Engkau Rasulullah”. Maka baginda bersabda: “Merdekakanlah wanita ini, kerana dia adalah seorang mukminah”.” (SHAHIH MUSLIM)

Jadi ,dimana wahabinya kalau dalil dari Al Quran dan As Sunnah menyokongnya ?
Kata Syeikh Bin Bazz rhm Terkadang lailatul qadar itu boleh dilihat tandanya bagi orang yang diberi taufiq oleh Allah untuk melihat tandanya. Dahulu para sahabat radhiallahu’anhum juga berdalil dengan beberapa jenis tanda.

Namun bagi orang yang memang beribadah di malam itu karena iman dan mengharap pahala namun tidak melihat tanda apa-apa bukan berarti tidak mendapatkan keutamaannya.

Dulu orang-orang melayu lama percaya jika lailatur qadar pokok mesti sujud,air menjadi ais...huh
INDAHNYA PERSAHABATAN KERANA ALLAH 
Oleh: Mohamad Izwan bin Zainal Abidin

Seorang yang bernama manusia, sudah pasti memerlukan sahabat untuk berkongsi masalah, berkongsi suka dan duka, berkongsi perasaan pahit dan manis. Manusia sangat memerlukan seorang sahabat disisi. Allah telah mengurniakan Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wa sallam seorang sahabat sejati, yang membenarkan kata-kata baginda pada saat ramai orang mendustakannya. Abu Bakar merupakan sahabat yang pertama membenarkan kata-kata baginda. Namun, dalam persahabatan, kita amat memerlukan persahabatan yang sejati, iaitu persahabatan yang ikhlas kerana Allah.  Lihat sahaja Nabi Musa, beliau pernah berdoa kepada Allah agar nabi Harun dijadikan teman seperjuangan dalam berdakwah, Lalu, Allah memakbulkan doa Nabi Musa.

Hari ini, ramai manusia yang terlupa tentang makna persahabatan yang sebenar. Ada dalam kalangan mereka yang memahami persahabatan hanya setakat di dunia sahaja, ada pula mereka yang bersahabat kerana harta dan wang ringgit, ada yang bersahabat kerana jawatan dan pangkat, tidak lupa bagi para mahasiswa, mereka bersahabat hanya kerana assignment dan peperiksaan semata-mata. Persahabatan ini tidak akan kekal lama. Nilailah kembali mengapa Allah menyuruh seorang hambanya memilih sahabat. Teliti kembali saranan Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wa sallam supaya memilih sahabat karib itu daripada kalangan orang yang baik dan soleh.

Kata Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wa sallam:

لا تصاحب الا مؤمنا ولا ياكل طعامك الا تقى

Maksudnya: “Jangan kamu mengambil teman kecuali yang mukmin dan jangan memakan makananmu kecuali orang yang bertakwa.

(HR At-Tirmizi (2395), Abu Dawud (4834) dan dihasankan oleh Al-Albani dalam shahih al-Jami’ (7341).


Rasulullah sangat menitik beratkan seseorang agar memilih sahabat yang baik. Hal ini kerana seorang sahabat yang baik memberi PENGARUH yang besar kepada seseorang sahabatnya yang lain. Bahkan, seorang sahabat yang baik merupakan ‘satu anugerah’ bagi sesiapa yang memperolehnya.

Ayyub as-Sakhtiyaani rahimahullah berkata:

ان من سعادة الحدث والاعجمي ان بوفقهما الله لعالم من اهل السنة

Terjemahan: “Sesungguhnya salah satu tanda kebahagiaan seorang pemuda dan seorang ajam adalah Allah memberinya taufik kepada seorang alim dari kalangan Ahlus Sunnah.”

Seorang sahabat yang baik juga merupakan cerminan bagi dirinya. Setiap perkataan, tingkah laku, perbuatan mahupun minat sudah pasti akan sama. Cuba anda lihat sahabat baik anda, pernahkah anda terfikir bahawa sahabat anda banyak memperngaruhi anda? Sekiranya sahabat anda seorang yang rajin, sudah pasti anda juga akan ‘terkena tempias’ untuk menajadi rajin, sekiranya anda suka memakai pakian yang berstyle, sudah pasti sahabat anda juga yang tidak pandai bergaya, akan mengikuti anda dalam hal tersebut. Hal ini akan terjadi secara ‘automatik’ tanpa kita sedari.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:

فان الناس كاسراب القطا, محبولون على تشبه بعضهم ببعض

Maksudnya: “Sesungguhnya manusia itu seperti sekawanan burung, selalu tertarik untuk saling meniru satu sama lainnya.”
(Al-Istiqaamah (ii/255)

Bersahabat kerana Allah akan mampu membina satu kekuatan iman yang tinggi disamping sebuah persahabatan yang disisipkan keikhlasan kerana Allah akan mampu membuat para Nabi dan syuhada begitu ‘cemburu’ dengan persahabatan mereka. Masakan tidak, Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam telah menuturkan satu hadith qudsi:

قال الله عز وجل المتحابون في جلالي لهم منابر من نور بغبطهم النبيون والشهداء

Maksudnya: “Allah berkata: “Orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganku, bagi mereka mimbar-mimbar dari cahaya yang membuat cemburu para Nabi dan Syuhada.”

(Hadith shahih diriwayatkan oleh At-Tirmizi (2390) dan Ahmad (v/236-237), dari Mu’adz bin Jabal radiyallallahu’anhu)

Lalu, mengapa kita tidak mahu mengejar mimbar tersebut? Para Nabi dan Syuhada sangat cemburu dengan golongan seperti ini. Ya, bukan mudah untuk menjadi seperti golongan tersebut. Keikhlasan dalam persahabatan perlu ditanamkan dalam hati. Sikap istikomah perlu diterapkan agar suatu hari nanti, sahabat anda melakukan kesalahan, anda tidak meninggalkannya begitu sahaja, anda sanggup menasihatinya supaya kembali ke pangkal jalan, membantunya memahami sunnah para Rasul-Nya. Mencintainya kerana Allah dan membencinya kerana Allah.

Kecintaan itu perlu diungkapkan dan tidak perlu disimpan, bahkan sangat sunnah sekiranya seseorang yang sangat mencintai sahabatnya mengucapkan “uhibbukafillah, atau uhibbukifllah kepada sahabat yang dicintainya. Ingat, ucapan ini hanya untuk yang sesama jantina, jangan salah gunakan istilah ini dan seterusnya menjenamakan istilah ini dengan mengatakan kepada rakan yang bukan mahram. Nauzubillah, bertakwalah kepada Allah barangsiapa yang mempermainkan agama-Nya.

Sabda Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam:

اذا احب احدكم اخاه فليعلمه انه يحببه

Maksudnya: “Jika salah seorang dari kamu mencintai saudaranya, hendaklah ia mengkhabarkan bahawa ia mencintainya kerana Allah.”

(HR Ahmad (iv/130 nombor 17171, Abu Dawud (5124), Al-Hakim (iv/171) dan Ibnu Hibban (569) dalam Al-Ihsan)

Dan orang yang diberikan ucapan tersebut, sunnahnya menjawab:

احبك الذي احببتني له

Maksudnya: “Semoga Allah mencintaimu kerana engkau mencintaiku kerana-Nya.”

Berkasih sayanglah kerana Allah, nascaya Allah akan mengasihani kamu, jalinkan persahabatan hanya kerana-Nya, ikhlaskan hati untuk bersahabat kerana-Nya kerana keikhlasan akan membuatkan hasil yang begitu lumayan kelak. Berhadiahlah, maka, perasaan kasih sayang itu akan timbul.

Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam bersabda:

تحادوا تحابوا

Maksudnya: “Hendaklah kamu saling memberi, nascaya kamu akan saling mencintai.”

(HR Bukhari dalam Adabul Mufrad (594) dan dihasankan oleh Al-Albani dalam shahih al-Jaami’ (3004))

Berikanlah hadiah kepada sahabat anda sekali sekala agar persahabatan itu bertambah subur. Jauhi daripada bersangka buruk dan saling bermusuhan kerana perbuatan tersebut hasil kerja syaitan yang ingin memecahbelahkan kesatuan yang telah kukuh itu.

Sekadar perkongsian, semoga bermanfaat, Barakallahufeekum.
Apabila seseorang sedang memegang bekas air di tangannya sedangkan azan sedang dilaungkan ketika bersahur. Nabi Muhammad sallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

اذا سمع احدكم النداء والاءناء على يده فلا يضعه حتى يقضي حاجته منه

Terjemahan: "Sekiranya seorang daripada kamu mendengar azan sedang bekas air di tangannya, janganlah dia letakkan sehingga dia selesaikan apa yang dia perlu."

(HR Abu Daud)